NURUL ASYIKIN BINTI MOHAMAD KAMAL's Reflection
Alhamdulillah, satu lagi teknik dalam kumpulan kaunselling telah diajar oleh pensyarah saya, iaitu "Drawing Out", ia merupakan satu teknik yang membantu dalam menggalakkan ahli kumpulan untuk berinteraksi, berkongsi sekaligus melibatkan diri dalam perbincangan kumpulan (sesi kaunselling). Teknik ini sangat sesuai digunakan kepada ahli kumpulan yang memiliki sifat seperti berikut, pemalu, pasif, pendiam, introvert, tertutup dan lain-lain lagi. Ia kerana sangat membantu serta memberi peluang kepada mereka ini untuk memulakan sesuatu interaksi. Di samping itu, beberapa metod telah diajar dalam menggunakan "drawing out" ini, antaranya adalah "direct and indirect method, dyads, use of rounds, written exercise, eye contact, a movement and more". Kesemua metod ini boleh digunakan dalam "drawing out" bagi melancarkan lagi proses sesi kaunselling. Bukan itu sahaja, teknik ini dapat kita aplikasikan di dalam rutin harian kita bila mana kita berhadapan dengan mereka yang memerlukan bantuan dalam berkomunikasi. Sekaligus, dapat membantu mereka dalam memberikan pandangan mereka sendiri.
Dalam topik kali ini, sangat menarik perhatian saya kerana ia merupakan salah satu kemahiran, cara atau teknik yang saya tak pernah pelajarinya. Sebelum ini saya hanya didedahkan dengan cara memberi signal atau simbol kepada klien untuk memberhentikan sesuatu perbincangan atau sesi kaunseling. Tetapi kini, saya didedahkan dengan beberapa metod dalam 'CUTTING OFF' melalui lisan, antara metodnya adalah "cut and stay with person, topic & cut and leave the person and topic". Lebih memahami dengan mendalam apabila kami mempraktikkannya serta diberi tunjuk ajar (modelling) oleh Dr dalam mengendalikan sesuatu sesi dengan metod 'CUTTING OFF'. Seperkara lagi, dalam topik ini ia telah mengajar saya dalam mengembalikan sesuatu yang negatif kepada positif/neutral itu, sebagai contoh, jika seseoarang itu cuba untuk mempengaruhi kawannya ke arah yang tidak baik, dengan 'cutting off' dapat menarik balik perhatian kawan yang dipengaruhi itu ke arah yang baik/normal. Apa yang saya belajar dari topik ini, ianya bukan sahaja boleh digunakan dalam sesuatu sesi kaunselling tetapi sangat bermanfaat jika kita bijak serta hemah menggunakannya di luar, maksudnya adalah menggunakannya apabila berhadapan dengan masyarakat, berurusan dengan kehidupan yang sebenar. In shaa ALLAH, bagi saya, ianya sangat membantu kita dalam berkomunikasi serta berbincang dengan baik. Kadang-kadang saya perasan, sepanjang saya belajar dalam 'group counselling' ini, ia sedikit sebanyak telah mempersiapkan diri saya (preparation) untuk berhadapan dengan dunia luar/dunia yang sebenar. Ini kerana, subjek ini banyak melatih saya dalam berurusan dengan manusia, termasuklah mengambil kira dari segi emosi mahupun pemikiran seseorang manusia itu sekaligus mengajar saya untuk menciptakan dan menwujudkan sesuatu hubungan yang harmoni.
I have played my own role in craft groups. In this group, no specific role was created, including the role of the leader. All of us choose to work together in all matters. Before and during the festival, I have played my own role in give a commitment, ideas, helpful in terms of searching the equipment, tools and technical. Next, no specific strategy is used while playing a role but what I do is take a responsibility for the success of this festival. What I mean here is I had all out and give well in making this festival work in terms of energy, time, feelings, ideas and sacrifices. For example, I've never missed been present in group discussions and went to the store in order to find the suitable tools for our activities. The challenge is during the festival where some of the tools that we have provided before the festival have been lost. We're so panicked on that time. What we can do at the time to solve our problems is seek help from other groups to find new tools for us. The process involved is that I have used the existing tools to replace the lost tool functionality. For example, we have lost glue, scissors, brushes, water colors and more. So to handle it, I propose to use double tape instead of glue and color magic pen instead of water color. From that, I learned to think critically and quickly in solving the problems faced immediately. Finally, learn to be patient kindly in dealing with people. That's all, thank you.
Bagi sesi yang terakhir ini, saya rasa sangat berpuas hati dengan pengendalian ahli kumpulan kaunseling saya di mana akhirnya kami dapat mengetahui dan mengukur akan keadaan bagi setiap ahli kumpulan. Dengan bantuan (DASS), kami dapat meneroka lebih lagi akan perasaan, fikiran serta jasmani ahli kumpulan, ada yang menunjukkan prestasi semakin baik sejak berada di Baitul Solehah dan ada yang sebaliknya. Pada sesi akhir ini juga, kami mengambil peluang dan manfaat dalam berkongsi mengenai tahap-tahap emosi kita kepada pelatih-pelatih tersebut. Saya berasa sangat lega dan bersyukur kerana berjaya mengendalikan ahli kumpulan saya dengan memberi mereka nasihat, sokongan moral dan sokongan positif sehingga mereka merasakan penyampaian tersebut. Saya bertambah yakin bahawa hubungan antara kami dan ahli kumpulan sudah selesai dan bertambah harmoni, di mana tiada rasa janggal antara satu sama lain dan sudah dapat menerima antara satu sama lain berbanding sesi yang pertama kalinya
Bagi sesi seterusnya ini, saya berasa lebih yakin dan selesa berbanding sesi sebelum ini, hal ini mungkin disebabkan saya lebih bersiap sedia dengan pengetahuan dan kemahiran. Maka kesannya, saya merasakan sesi kumpulan kaunseling berjalan dengan lancar dan baik, di mana setiap ahli kumpulan sudah mula membuka diri masing-masing untuk memberi peluang kepada ketua dan pembantu dalam usaha mendalami, memahami serta menasihati ahli kumpulan akan topik yang dibincangkan. Membuka diri yang dimaksudkan disini adalah seseorang itu sudah mula berani dan bersifat terbuka dalam berkongsi kisah hidup dan pendapat. Dari situ juga, saya dapat lihat ahli kumpulan kaunseling saya sudah mula membina hubungan antara satu sama lain dan rasa kepercayaan telah terwujud. Bermulanya sesi ini telah banyak mengajar saya dalam urusan/pengurusan sumber manusia dan berjiwa kuat dalam berhadapan dengan mereka yang sedang menghadapi masalah yang kritikal/traumatik. Saya lebih stabil dalam pengurusan emosi dan tidak lagi terganggu dengan gangguan luaran mahupun dalaman.
Kejanggalan dan ketidakseimbangan dirasakan pada awal sesi ini bermula, ini kerana kemungkinan apabila berhadapan dengan ahli kumpulan kaunseling yang sebenarnya. Pada awalnya juga, saya merasakan tidak memainkan peranan sebagai seorang pembantu yang baik, di mana saya tidak berusaha menghampiri ahli kumpulan saya dan hanya sekadar membiarkan keadaan berlalu pergi. Saya juga tidak berhasil menyantuni kesemua ahli kumpulan kaunseling, hanya menyantuni seorang dua daripada 5 orang ahli yang lain. Respon yang saya maklumkan ini sama seperti dalam sesi kaunseling yang bersifat individual (one-to-one conversation). Maka, ianya perlu diperbaiki lagi. Pada waktu itu juga, saya merasakan saya lebih mendengar serta berdiam daripada menyuarakan pendapat terhadap isu/topik yang dibincangkan. Di peringkat permulaan ini, saya telah gagal dalam mengawal emosi dengan baik (menangis apabila mendengar kisah-kisah hidup pelatih), demikian kerana isu yang dibincangkan telah menganggu emosi saya dan saya merasakan ianya telah menganggu tumpuan ahli kumpulan yang lain dengan menarik perhatian mereka akan tangisan saya.
Alhamdulillah, dalam topik kali ini, saya didedahkan dengan jenis-jenis latihan yang dapat digunakan dalam sesi kumpulan dan sebab-sebab latihan ini digunakan. Sebelum sesuatu latihan itu dijalankan, perlulah dititikberatkan mengenai fizikal atau kondisi serta keadaan ahli kumpulan agar latihan itu dapat disesuaikan dengan baik. Bagi pandangan saya, sangat penting latihan diadakan dalam sesi kumpulan, ini kerana dengan latihan dapat membantu leader dalam meneroka lebih terhadap kondisi ahli-ahlinya, serta dapat menwujudkan suasana yang selesa dan harmoni dalam kumpulan. Di samping itu, setiap latihan yang dilakukan perlu mempunyai motifnya yang tersendiri, maksudnya di sini perlu jelas dengan tujuan sesuatu latihan itu digunakan dalam sesi kumpulan agar leader tetap berada dalam tujuan dan matlamat kumpulan serta fokus. Boleh dikatakan latihan ini boleh dijadikan sebagai alat dalam membantu sesebuah sesi itu berjalan dengan baik. Dan akhir kata, alat itu perlulah digunakan dengan sebaik mungkin agar memperoleh manfaatnya di situ.
Alhamdulillah, untuk topik kali ini, apa yang saya dapat adalah mengenai ilmu dan kemahiran dalam mengendalikan sesuatu kumpulan itu terutamakan pada sesi pembukaan. Dalam sesi ini sangatlah penting kerana ia yang akan menjadi penerus atau penyambung bagi sesi yang seterusnya, bila mana tersekat di sesi permulaan maka akan menjadi sukar di peringkat sesi yang seterusnya. Saya perasan dan sedar, seorang leader itu sangat memainkan peranan yang penting, leader itu perlu ada ilmu dan kemahiran dalam mengendali serta berurusan dengan manusia. Leader itu juga perlu kreatif dalam mengendalikan kumpulan, ia kerana leader akan berurusan dengan pelbagai ragam ahli/manusia yang pelbagai, jadi perlunya leader yang memiliki sifat pelbagai dalam dirinya. Ini kerana tidak semua orang akan dapat menerima satu cara sahaja, maka leader perlu peka dengan setiap kondisi ahli kumpulannya. Disebabkan ini lah, pelbagai cara dan aktiviti telah dibincangkan bersama agar dalam dijadikan panduan dalam mengendalikan sesi pembukaan sesebuah kumpulan dengan baik.
Salam. Alhamdulillah, syukur Dia masih beri saya kefahaman dalam menuntut ilmu dan moga diberkahi. Dalam minggu ini, saya dapat rasakan saya dapat belajar sesuatu yang sangat dekat dalam kehidupan seharian kita. Bila mana doktor bercakap mengenai "screening" dan "planning", dalam kita ingin membentuk sesuatu kumpulan itu, kita seharusnya menganalisis dan memeriksa terlebih dahulu ciri-ciri, kriteria, keadaan mahupun isu yang seseorang itu sedang alami. Setiap orang itu berbeza-beza dan memerlukan terapi yang berbeza-beza sesuai mengikut keadaan ahli tersebut. Jika dalam sesebuah kumpulan itu mengandungi pelbagai isu yang berbeza-beza, maka lambatlah proses terapi itu bergerak dengan baik, tiada kesefahaman antara satu sama lain malah akan menjejaskan lagi hubungan sesama ahli dalam kumpulan tersebut. Seterusnya bercakap mengenai "planning", perancangan ini bagus kerana ia akan membantu serta mengiringi kita dalam melakukan sesuatu dan saya berpendapat ianya amat bagus jika dipraktikkan dalam kehidupan kita juga. Bila mana kita ada perancangan dalam hidup, di situ terzahirlah kejelasan dalam mencapai sesuatu yang kita inginkan dalam kehidupan kita (matlamat). Rugilah mereka yang hanya menunggu dan terus menunggu lalu sekadar mengikut persekitaran sahaja. Tanpa perancangan, kemungkinan kita akan sentiasa bertemu dengan kegagalan. Kadang-kadang saya terfikir, tersungkur atau jatuhnya kita ditengah jalan berpunca dari salahnya langkah kita bermula. Maksudnya di sini adalah, bila mana tiada perancangan yang disusun atau diikuti dengan baik, maka tiada penghalaannya dan menjadi tidak tentu arah.
- «Previous page
- 1
- 2
- »Next page