Alhamdulillah, satu lagi teknik dalam kumpulan kaunselling telah diajar oleh pensyarah saya, iaitu "Drawing Out", ia merupakan satu teknik yang membantu dalam menggalakkan ahli kumpulan untuk berinteraksi, berkongsi sekaligus melibatkan diri dalam perbincangan kumpulan (sesi kaunselling). Teknik ini sangat sesuai digunakan kepada ahli kumpulan yang memiliki sifat seperti berikut, pemalu, pasif, pendiam, introvert, tertutup dan lain-lain lagi. Ia kerana sangat membantu serta memberi peluang kepada mereka ini untuk memulakan sesuatu interaksi. Di samping itu, beberapa metod telah diajar dalam menggunakan "drawing out" ini, antaranya adalah "direct and indirect method, dyads, use of rounds, written exercise, eye contact, a movement and more". Kesemua metod ini boleh digunakan dalam "drawing out" bagi melancarkan lagi proses sesi kaunselling. Bukan itu sahaja, teknik ini dapat kita aplikasikan di dalam rutin harian kita bila mana kita berhadapan dengan mereka yang memerlukan bantuan dalam berkomunikasi. Sekaligus, dapat membantu mereka dalam memberikan pandangan mereka sendiri.