NURUL ASYIKIN BINTI MOHAMAD KAMAL's Reflection /
Beginning/Opening session -WEEK 7-

Alhamdulillah, untuk topik kali ini, apa yang saya dapat adalah mengenai ilmu dan kemahiran dalam mengendalikan sesuatu kumpulan itu terutamakan pada sesi pembukaan. Dalam sesi ini sangatlah penting kerana ia yang akan menjadi penerus atau penyambung bagi sesi yang seterusnya, bila mana tersekat di sesi permulaan maka akan menjadi sukar di peringkat sesi yang seterusnya. Saya perasan dan sedar, seorang leader itu sangat  memainkan peranan yang penting, leader itu perlu ada ilmu dan kemahiran dalam mengendali serta berurusan dengan manusia. Leader itu juga perlu kreatif dalam mengendalikan kumpulan, ia kerana leader akan berurusan dengan pelbagai ragam ahli/manusia yang pelbagai, jadi perlunya leader yang memiliki sifat pelbagai dalam dirinya. Ini kerana tidak semua orang akan dapat menerima satu cara sahaja, maka leader perlu peka dengan setiap kondisi ahli kumpulannya. Disebabkan ini lah, pelbagai cara dan aktiviti telah dibincangkan bersama agar dalam dijadikan panduan dalam mengendalikan sesi pembukaan sesebuah kumpulan dengan baik.