NURUL ASYIKIN BINTI MOHAMAD KAMAL's Reflection /
Screening and Planning. -WEEK 6-

Salam. Alhamdulillah, syukur Dia masih beri saya kefahaman dalam menuntut ilmu dan moga diberkahi. Dalam minggu ini, saya dapat rasakan saya dapat belajar sesuatu yang sangat dekat dalam kehidupan seharian kita.  Bila mana doktor bercakap mengenai "screening" dan "planning", dalam kita ingin membentuk sesuatu kumpulan itu, kita seharusnya menganalisis dan memeriksa terlebih dahulu ciri-ciri, kriteria, keadaan mahupun isu yang seseorang itu sedang alami. Setiap orang itu berbeza-beza dan memerlukan terapi yang berbeza-beza sesuai mengikut keadaan ahli tersebut. Jika dalam sesebuah kumpulan itu mengandungi pelbagai isu yang berbeza-beza, maka lambatlah proses terapi itu bergerak dengan baik, tiada kesefahaman antara satu sama lain malah akan menjejaskan lagi hubungan sesama ahli dalam kumpulan tersebut. Seterusnya bercakap mengenai "planning", perancangan ini bagus kerana ia akan membantu serta mengiringi kita dalam melakukan sesuatu dan  saya berpendapat ianya amat bagus jika dipraktikkan dalam kehidupan kita juga.  Bila mana kita ada perancangan dalam hidup, di situ terzahirlah kejelasan dalam mencapai sesuatu yang kita inginkan dalam kehidupan kita (matlamat). Rugilah mereka yang hanya menunggu dan terus menunggu lalu sekadar mengikut persekitaran sahaja. Tanpa perancangan, kemungkinan kita akan  sentiasa bertemu dengan kegagalan. Kadang-kadang saya terfikir, tersungkur atau jatuhnya kita ditengah jalan berpunca dari salahnya langkah kita bermula. Maksudnya di sini adalah, bila mana tiada perancangan yang disusun atau diikuti dengan baik, maka tiada penghalaannya dan menjadi tidak tentu arah.