Bagi sesi seterusnya ini, saya berasa lebih yakin dan selesa berbanding sesi sebelum ini, hal ini mungkin disebabkan saya lebih bersiap sedia dengan pengetahuan dan kemahiran. Maka kesannya, saya merasakan sesi kumpulan kaunseling berjalan dengan lancar dan baik, di mana setiap ahli kumpulan sudah mula membuka diri masing-masing untuk memberi peluang kepada ketua dan pembantu dalam usaha mendalami, memahami serta menasihati ahli kumpulan akan topik yang dibincangkan. Membuka diri yang dimaksudkan disini adalah seseorang itu sudah mula berani dan bersifat terbuka dalam berkongsi kisah hidup dan pendapat. Dari situ juga, saya dapat lihat ahli kumpulan kaunseling saya sudah mula membina hubungan antara satu sama lain dan rasa kepercayaan telah terwujud. Bermulanya sesi ini telah banyak mengajar saya dalam urusan/pengurusan sumber manusia dan berjiwa kuat dalam berhadapan dengan mereka yang sedang menghadapi masalah yang kritikal/traumatik. Saya lebih stabil dalam pengurusan emosi dan tidak lagi terganggu dengan gangguan luaran mahupun dalaman.