NURUL ASYIKIN BINTI MOHAMAD KAMAL's Reflection /
Refleksi Pembantu di BAITUL SOLEHAH -WEEK 10-

Kejanggalan dan ketidakseimbangan dirasakan pada awal sesi ini bermula, ini kerana kemungkinan apabila berhadapan dengan ahli kumpulan kaunseling yang sebenarnya. Pada awalnya juga, saya merasakan tidak memainkan peranan sebagai seorang pembantu yang baik, di mana saya tidak berusaha menghampiri ahli kumpulan saya dan hanya sekadar membiarkan keadaan berlalu pergi. Saya juga tidak berhasil menyantuni kesemua ahli kumpulan kaunseling, hanya menyantuni seorang dua daripada 5 orang ahli yang lain. Respon yang saya maklumkan ini sama seperti dalam sesi kaunseling yang bersifat individual (one-to-one conversation). Maka, ianya perlu diperbaiki lagi. Pada waktu itu juga, saya merasakan saya lebih mendengar serta berdiam daripada menyuarakan pendapat terhadap isu/topik yang dibincangkan. Di peringkat permulaan ini, saya telah gagal dalam mengawal emosi dengan baik (menangis apabila mendengar kisah-kisah hidup pelatih), demikian kerana isu yang dibincangkan telah menganggu emosi saya dan saya merasakan ianya telah menganggu tumpuan ahli kumpulan yang lain dengan menarik perhatian mereka akan tangisan saya.