My Journal
Alhamdullilah, bersyukur kepada Allah SWT kerana dengan limpahan kurnia, taufik, hidayah dan pertolongan-Nya, dapatlah buku Koleksi Khutbah Jumaat Masjid Sultan Ismail UTM 2020 ini disiapkan dan berada di tangan pembaca sekalian.
Khutbah berperanan sebagai satu medium yang penting dalam menyampaikan pengajaran, maklumat dan isu-isu semasa umat Islam. Melalui khutbah yang disampaikan juga, ahli kariah dapat peringatan mengenai hal-hal yang berkaitan dengan dunia dan akhirat mereka.
Buku ini merupakan buku kedua yang diterbitkan oleh Pusat Islam UTM (PIUTM) dalam usaha mengumpulkan teks khutbah yang ditulis sendiri oleh para asatizah PIUTM. Ini adalah sebahagian usaha untuk memberi peluang para asatizah PIUTM menyampaikan mesej kepada warga UTM dalam bentuk penulisan dan penerbitan.
Selain itu, teks khutbah ini juga sesuai digunakan oleh khatib di masjid dan surau jumaat kerana mengandungi berbagai tajuk yang umum dan sesuai dengan peristiwa tertentu.
Akhir kalam, setinggi kemaafan atas kekurangan dan kekhilafan yang terdapat dalam buku ini. Ruang kepada komen dan kritikan yang membina sentiasa terbuka. Saya juga mengucapkan berbanyak terima kasih dan setinggi penghargaan kepada semua individu yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam penerbitan buku ini. Saya berdoa agar usaha dan kerjasama yang disumbangkan beroleh ganjaran daripada Allah SWT.
Sekian, terima kasih. Wasalam.
Dr. Mohd Nasir Masroom
(Ketua Penyunting)
Masjid Sultan Ismail,
Universiti Teknologi Malaysia.
2020
lm 10 posting di FB ni, sekitar 1 shj yg cerita pasal duka lara. Alhamdulillah, lebih ramai yg gembira drp yg keciwa.
Tetapi kita jangan tertipu dgn hidup ini mesti selalu gembira. Sedangkan sedih dan gembira ada di mana². Mahu atau tidak, kita akan melaluinya.
Jika kita salah tafsir, kita akan rasa bhw kita shj yg sedih, duka, keciwa dan gagal. Orang lain semuanya gembira dan berjaya.
Ketahuilah bhw FB ialah tempat org kongsi gembira dan berjaya. Terlalu sedikit yg mahu kongsi sedih dan derita. Buat apa..? Kata mereka.
Kita begitu juga. Yg hebat dan ceria shj menghiasi status kita. Kita niat agar kegembiraan ini menjadi inspirasi kpd rakan dan taulan. Hati² jika ada rasa sombong dan bangga diri. Takut² juga ia mengundang rasa benci dan iri hati.
Jika kita sedang duka, sedih dan keciwa, jangan baca FB, insta dan twiter.
Luahkan dgn berkongsi cerita dan rasa. Cari kawan yg amanah, jujur dan ikhlas utk mendengar.
Buat sesuatu yg berfaedah seperti membaca, membelai pokok dan membela kucing dan ikan.
Bentang sejadah utk solat di awal pagi. Baca al-Quran, zikir dan istigfar jangan dilupa.
Moga kesedihan akan lekas sirna.
Pada asasnya, kita membuat keputusan adalah berdasarkan kpd kepentingan diri kita sendiri dahulu.
Selepas itu barulah mula menimbangkan kepentingan orang yg terdekat seperti ibubapa, suami isteri, adik beradik dan anak-anak.
Selanjutnya jika kita terlibat dgn komuniti, persatuan dan institusi, kita juga perlu memikirkan kepentingan organisasi yg kita bernaung. Selain itu, kita juga perlu memikirkan kepentingan pelanggan dan pemegang taruh kpd organisasi tersebut.
Bagi seorang pemimpin pula tentulah kepentingan ahli atau rakyat turut diambil kira.
Dlm keadaan tertentu, akan berlaku konflik atau pertembungan kepentingan di antara diri dan keluarga, ahli dan organisasi dan sebagainya.
Jadi, bagaimanakan kita mahu menguruskan keadaan ini?
Jika konflik antara diri dan keluarga mungkin selalunya kita beralah walaupun sukar kerana lebih mengutamakan kepentingan keluarga berbanding diri sendiri.
Tetapi keadaan menjadi lebih sukar sekiranya kita berperanan sebagai ketua. Seorang ketua perlu menimbangkan kesan baik buruk keputusan yang dibuat dari berbagai sudut iaitu organisasi, pelanggan dan pekerja (atau ahli).
Dlm hal ini, tiada satu formula terbaik yg boleh diapplikasikan dalam semua keadaan. Ini kerana, dalam keadaan tertentu, kepentingan organisasi (institusi, negara) lebih diutamakan. Sedangkan dlm keadaan yg lain, kepentingan pelanggan (ahli, rakyat) yg paling diutamakan.
Situasi ini menuntut keupayaan fikir yg futuristik, kreatif dan rasional. Daya futuristik dapat mengira risiko yg bakal berlaku pada masa depan. Sedangkan idea kreatif penuh dgn pilihan, kaedah dan strategi. Manakala idea rasional dipandu oleh sikap yg realistik, objektif dan bukan emosi.
Dengan lain perkataan, ketika menimbang utk membuat keputusan, kita perlu meluaskan horizon pemikiran yg mencakupi setiap arah dan sudut.
Bersikap empati juga boleh membantu dlm membuat keputusan. Dgn meletakkan diri berada di tempat orang lain, kita dapat memahami sesuatu isu dgn lebih baik.
Sebagai ketua contohnya, ada 3 pandangan yg perlu timbang iaitu kita sebagai ketua/majikan, kita ada staf/pekerja dan kita ada pelanggan/stake holder. Dengan menimbangkan kepentingan ketiga-tiga pihak ini, keputusan boleh diambil.
Mungkin tidak semua akan "menang", tetapi jangan semua "kalah atau rugi". Di sana ada yg untung banyak, manakala di sini untung sikit. Tapi semua orang untung, menang-menang, dan yang paling penting adil dan tidak menzalimi pihak lain.
Biar apa pun keadaannya, satu perkara yg terpenting dibuat adalah sentiasa memohon petunjuk drp Allah SWT agar keputusan yg dibuat memberi manfaat kpd ramai orang, dan dijauhkan drp membuat keputusan yg salah. Ini boleh dilakukan dgn Solat Hajat dan Solat Istikharah. Terutamanya kpd pemimpin yg setiap hari akan membuat keputusan dlm organisasinya.
Mungkin ada yg sinis dgn amalan ini. Tetapi usah kita lupa bhw setiap hari sebanyak 17 kali dlm solat fardu kita memohon diberi petunjuk kpd jalan yg benar. Mesejnya ialah kita amat memerlukan petunjuk dan pertolongan drp Yang Maha Kuasa, Yang Maha Bijaksana dan Yang Maha Adil, agar keputusan yg dibuat adalah betul, tepat dan memberi manfaat kpd semua.
?? ??? ??? ??? ??? ?????
????? ?????? ????????
LOGIK & WAHYU
Logik tercipta atas pengalaman manusia. Sbb itu manusia yg membuat kesimpulan berdasarkan logik semata-mata akan sesat di jalan yg terang.
Oleh kerana manusia tidak mampu mencerap ilmu dan pengetahuan bersumberkan akal sahaja, maka diutuskan kpd kita seorang Rasul untuk mengajarkan ilmu dan pengetahuan yg berasaskan wahyu.
Namun begitu, sebahagian manusia beranggapan bhw hanya akal dan minda adalah sumber ilmu yang sah. Mereka menolak semua pengetahuan yg tidak berasaskan akal, pengalaman dan cerapan panca indera (senses).
Ungkapan "mind is everything" telah menjadi asas ilmu pengetahuan dalam bidang sains, perubatan dan teknologi. Bidang ini dibina dan membangun hasil drp cerapan, ujikaji dan pemerhatian, yg semuanya dialami oleh manusia (pengalaman).
Dari sisi Islam, sains dan teknologi (ST) adalah bidang yang memberi penjelasan (explain, describe) kepada sesuatu fenomena alam yg berlaku. ST berupaya menjelaskan sebab dan akibat/kesan kpd sesuatu peristiwa yang berlaku.
ST boleh menjawab kpd persoalan "Mengapa ini berlaku? Apakah proses yg menyebabkan sesuatu perkara berlaku?" Inilah keajaiban dan kelebihan ST yg dibina berdasarkan logik akal.
Kita perlu sedar, bhw ST hanya mampu menjawab persoalan "kenapa dan bagaimana". ST tidak akan menjawab "siapa (who)" yg menjadikan sesuatu peristiwa itu berlaku. Ini bukan bidang dan tugas ST utk menjawabnya. ST tidak akan boleh menjawabnya.
Sebagai contoh, COVID19 boleh menyebabkan kematian kpd manusia. Tetapi tidak semua pesakit COVID19 mati. Ada yg sihat selepas mendapat rawatan. Kenapa mereka sihat? Kerana sistem immune mereka baik dapat melawan COVID 19. Itu sahaja jawapan drp ST. Mereka tidak boleh menjawab, siapa yg jadikan sistem immune pesakit COVID19 baik?
Contoh lain, ST boleh menjelaskan proses hujan turun, gerhana, air pasang surut, tsunami dan lain-lain. Tetapi ST tidak akan menjawab siapa yg menjadikannya.
Dengan kata lain, semua fenomena dan kehidupan di alam ini telah diprogramkan sehingga semua ekosistem ini dapat berjalan seperti yang direncanakan. Siapa yg mencipta dan memprogramkannya?
Sumbangan utama ST dlm kehidupan manusia ialah keupayaan utk menjelaskan proses yang berlaku. Dari sini ST boleh merancang, mengolah (kadangkala mengeksploitasi), proses yg berlaku utk menjadikan kehidupan manusia lebih baik (dan lebih buruk).
Jika saintis itu bertakwa dan bermoral, kehidupan manusia jadi lebih baik. Sebaliknya, jika saintis dan kapitalis bekerjasama, dunia menjadi neraka sebelum neraka.
Dari sisi psikologi Islam, jika kita terperangkap dlm logik akal, kita sukar mencapai hakikat keimanan kpd Allah SWT. Kita akan sukar mendapat sifat reda, pasrah, tawakal dan sabar kerana kita fikir kita telah melakukan segala²nya mengikut logik akal kita untuk mencapai kejayaan, mendapat rezeki, menjadi kaya, pandai, cantik dan sebagainya.
Rupanya, logik akal dan emosi kita telah menguasai diri berbanding keimanan kepada Allah SWT.
Salam Jumaat
10.19am
#cactus lagi.. hishh!
Alhamdullilah, bersyukur kepada Allah SWT kerana dengan limpahan kurnia, taufiq, hidayah dan pertolongan-Nya, dapatlah buku Panduan Asas Untuk Para Imam ini disiapkan dan berada di tangan pembaca sekalian.
Tugas seorang imam adalah satu tugas yang mulia di sisi Allah SWT. Untuk menjadi imam, sesorang itu memerlukan pengetahuan, keberanian, keyakinan dan kemahiran memimpin. Selain itu, tugasan 5 kali sehari semalam bukanlah satu tugas yang ringan kerana ia memerlukan komitmen yang tinggi. Di samping itu, pengetahuan mengenai hukum hakam yang berkaitan dengan solat berjemaah dan ayat-ayat hafazan juga satu perkara yang perlu diberi perhatian.
Melalui buku ini, para imam diberikan panduan asas dalam melaksanakan tugas masing-masing. Buku ini juga sesuai kepada semua lapisan masyarakat kerana tugas imam adalah tugas semua lelaki mukmin yang mukallaf. Dengan menjadikan buku ini sebagai rujukan, para pembaca dapat mengetahui kaifiyat dan pengetahuan asas sebagai seorang imam.
Akhir kalam, saya mengucapkan berbanyak terima kasih dan setinggi penghargaan kepada semua individu yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam penerbitan buku ini. Saya berdoa agar usaha dan kerjasama yang disumbangkan beroleh ganjaran daripada Allah SWT.
Sekian, terima kasih. Wasalam.
Dr. Mohd Nasir Masroom
(Ketua Panel Penyunting)
Pusat Islam,
Universiti Teknologi Malaysia.
2020
SILA DOWNLOAD BUKU INI DI SINI
- «Previous page
- 1
- 2
- »Next page