Pada asasnya, kita membuat keputusan adalah berdasarkan kpd kepentingan diri kita sendiri dahulu.
Selepas itu barulah mula menimbangkan kepentingan orang yg terdekat seperti ibubapa, suami isteri, adik beradik dan anak-anak.
Selanjutnya jika kita terlibat dgn komuniti, persatuan dan institusi, kita juga perlu memikirkan kepentingan organisasi yg kita bernaung. Selain itu, kita juga perlu memikirkan kepentingan pelanggan dan pemegang taruh kpd organisasi tersebut.
Bagi seorang pemimpin pula tentulah kepentingan ahli atau rakyat turut diambil kira.
Dlm keadaan tertentu, akan berlaku konflik atau pertembungan kepentingan di antara diri dan keluarga, ahli dan organisasi dan sebagainya.
Jadi, bagaimanakan kita mahu menguruskan keadaan ini?
Jika konflik antara diri dan keluarga mungkin selalunya kita beralah walaupun sukar kerana lebih mengutamakan kepentingan keluarga berbanding diri sendiri.
Tetapi keadaan menjadi lebih sukar sekiranya kita berperanan sebagai ketua. Seorang ketua perlu menimbangkan kesan baik buruk keputusan yang dibuat dari berbagai sudut iaitu organisasi, pelanggan dan pekerja (atau ahli).
Dlm hal ini, tiada satu formula terbaik yg boleh diapplikasikan dalam semua keadaan. Ini kerana, dalam keadaan tertentu, kepentingan organisasi (institusi, negara) lebih diutamakan. Sedangkan dlm keadaan yg lain, kepentingan pelanggan (ahli, rakyat) yg paling diutamakan.
Situasi ini menuntut keupayaan fikir yg futuristik, kreatif dan rasional. Daya futuristik dapat mengira risiko yg bakal berlaku pada masa depan. Sedangkan idea kreatif penuh dgn pilihan, kaedah dan strategi. Manakala idea rasional dipandu oleh sikap yg realistik, objektif dan bukan emosi.
Dengan lain perkataan, ketika menimbang utk membuat keputusan, kita perlu meluaskan horizon pemikiran yg mencakupi setiap arah dan sudut.
Bersikap empati juga boleh membantu dlm membuat keputusan. Dgn meletakkan diri berada di tempat orang lain, kita dapat memahami sesuatu isu dgn lebih baik.
Sebagai ketua contohnya, ada 3 pandangan yg perlu timbang iaitu kita sebagai ketua/majikan, kita ada staf/pekerja dan kita ada pelanggan/stake holder. Dengan menimbangkan kepentingan ketiga-tiga pihak ini, keputusan boleh diambil.
Mungkin tidak semua akan "menang", tetapi jangan semua "kalah atau rugi". Di sana ada yg untung banyak, manakala di sini untung sikit. Tapi semua orang untung, menang-menang, dan yang paling penting adil dan tidak menzalimi pihak lain.
Biar apa pun keadaannya, satu perkara yg terpenting dibuat adalah sentiasa memohon petunjuk drp Allah SWT agar keputusan yg dibuat memberi manfaat kpd ramai orang, dan dijauhkan drp membuat keputusan yg salah. Ini boleh dilakukan dgn Solat Hajat dan Solat Istikharah. Terutamanya kpd pemimpin yg setiap hari akan membuat keputusan dlm organisasinya.
Mungkin ada yg sinis dgn amalan ini. Tetapi usah kita lupa bhw setiap hari sebanyak 17 kali dlm solat fardu kita memohon diberi petunjuk kpd jalan yg benar. Mesejnya ialah kita amat memerlukan petunjuk dan pertolongan drp Yang Maha Kuasa, Yang Maha Bijaksana dan Yang Maha Adil, agar keputusan yg dibuat adalah betul, tepat dan memberi manfaat kpd semua.
?? ??? ??? ??? ??? ?????
????? ?????? ????????