My Journal /
CINTA DAN RINDU MASJID

Ramai ahli kariah dah rindu nak solat Jumaat. Namun, bilangan yang dibenarkan hanya 40 orang sahaja.
Tiba² nampak ada nama jemaah yang dapat giliran dua minggu berturut-turut. Rasa tidak adil dan tidak telus dalam kalangan AJK Masjid yang bertugas.
 
Di pihak AJK kita guna pendekatan tertentu dalam membuat pemilihan. Berlaku kesilapan dan terlepas pandang memang ada. Tetapi apabila isu dibesarkan, ada pihak yang akan ditunding untuk persalahkan. Sedangkan individu inilah yang telah berkhidmat dgn cemerlang sebelum ini.
 
Belum lagi masalah jemaah mengendeng agar nama dimasukkan dlm senarai 40 orang. Gunakan segala "kelebihan dan keistimewaan" utk dijadikan sandaran. Nak tolak, siapalah kita.
Bila nama ditolak, cakap "ini ke kawan.." Ada juga yang kata "awak tak kenal ke siapa saya.." Ada juga yang dakwa "kau kan orang besar kat situ, masukkan lah nama aku.. " Serba salah sebenarnya..
 
Sebagai AJK, kita kena layan semua ahli kariah dgn adil dan saksama.
Jika kita boleh kata ibadah haji dan umrah sebagai "tetamu Allah", maka begitulah dalam hal pemilihan solat Jumaat ini. Kita boleh buat rayuan kpd Tabung Haji, tetapi belum tentu kita dapat tunaikan haji juga.
 
Jika kita boleh rasional apabila tak dapat cium hajar aswad, kenapa kita tak boleh rasional bila nama kita tak terpilih. Jika kita boleh sabar bila jodoh belum sampai atau rezeki belum datang, janganlah kita panasaran dan marah tak tentu hala.
Kepada para AJK, berlakulah adil dan saksama dalam menjalankan tugas dan amanah. Kita bukan sahaja perlu amanah, TETAPI PERLU DILIHAT bersikap amanah, adil dan bersistematik.
 
Para jemaah sedang memerhatikan kita. Mereka menunggu² saban minggu nama mereka terpilih. Ada yang dah 6 minggu tak solat Jumaat. Ada yang dah setahun (ada ke?) tak dengar khutbah. Bayangkan rindunya mereka pada hari Jumaat.
Jangan pandang enteng cinta dan rindu mereka. CINTA membenihkan RINDU. Rindu menumbuhkan CEMBURU. Cemburu menerbitkan MARAH, dan api kemarahan ni boleh membakar jambatan silaturahim yang telah kita bina bertahun lamanya.
Bersabarlah wahai sahabat.
 
Jom kita baca surah al-Kahfi agar kita terlindung dari fitnah manusia dan dajjal.