LOGIK & WAHYU
Logik tercipta atas pengalaman manusia. Sbb itu manusia yg membuat kesimpulan berdasarkan logik semata-mata akan sesat di jalan yg terang.
Oleh kerana manusia tidak mampu mencerap ilmu dan pengetahuan bersumberkan akal sahaja, maka diutuskan kpd kita seorang Rasul untuk mengajarkan ilmu dan pengetahuan yg berasaskan wahyu.
Namun begitu, sebahagian manusia beranggapan bhw hanya akal dan minda adalah sumber ilmu yang sah. Mereka menolak semua pengetahuan yg tidak berasaskan akal, pengalaman dan cerapan panca indera (senses).
Ungkapan "mind is everything" telah menjadi asas ilmu pengetahuan dalam bidang sains, perubatan dan teknologi. Bidang ini dibina dan membangun hasil drp cerapan, ujikaji dan pemerhatian, yg semuanya dialami oleh manusia (pengalaman).
Dari sisi Islam, sains dan teknologi (ST) adalah bidang yang memberi penjelasan (explain, describe) kepada sesuatu fenomena alam yg berlaku. ST berupaya menjelaskan sebab dan akibat/kesan kpd sesuatu peristiwa yang berlaku.
ST boleh menjawab kpd persoalan "Mengapa ini berlaku? Apakah proses yg menyebabkan sesuatu perkara berlaku?" Inilah keajaiban dan kelebihan ST yg dibina berdasarkan logik akal.
Kita perlu sedar, bhw ST hanya mampu menjawab persoalan "kenapa dan bagaimana". ST tidak akan menjawab "siapa (who)" yg menjadikan sesuatu peristiwa itu berlaku. Ini bukan bidang dan tugas ST utk menjawabnya. ST tidak akan boleh menjawabnya.
Sebagai contoh, COVID19 boleh menyebabkan kematian kpd manusia. Tetapi tidak semua pesakit COVID19 mati. Ada yg sihat selepas mendapat rawatan. Kenapa mereka sihat? Kerana sistem immune mereka baik dapat melawan COVID 19. Itu sahaja jawapan drp ST. Mereka tidak boleh menjawab, siapa yg jadikan sistem immune pesakit COVID19 baik?
Contoh lain, ST boleh menjelaskan proses hujan turun, gerhana, air pasang surut, tsunami dan lain-lain. Tetapi ST tidak akan menjawab siapa yg menjadikannya.
Dengan kata lain, semua fenomena dan kehidupan di alam ini telah diprogramkan sehingga semua ekosistem ini dapat berjalan seperti yang direncanakan. Siapa yg mencipta dan memprogramkannya?
Sumbangan utama ST dlm kehidupan manusia ialah keupayaan utk menjelaskan proses yang berlaku. Dari sini ST boleh merancang, mengolah (kadangkala mengeksploitasi), proses yg berlaku utk menjadikan kehidupan manusia lebih baik (dan lebih buruk).
Jika saintis itu bertakwa dan bermoral, kehidupan manusia jadi lebih baik. Sebaliknya, jika saintis dan kapitalis bekerjasama, dunia menjadi neraka sebelum neraka.
Dari sisi psikologi Islam, jika kita terperangkap dlm logik akal, kita sukar mencapai hakikat keimanan kpd Allah SWT. Kita akan sukar mendapat sifat reda, pasrah, tawakal dan sabar kerana kita fikir kita telah melakukan segala²nya mengikut logik akal kita untuk mencapai kejayaan, mendapat rezeki, menjadi kaya, pandai, cantik dan sebagainya.
Rupanya, logik akal dan emosi kita telah menguasai diri berbanding keimanan kepada Allah SWT.
Salam Jumaat
10.19am
#cactus lagi.. hishh!