Alhamdullilah, bersyukur kepada Allah SWT kerana dengan limpahan kurnia, taufiq, hidayah dan pertolongan-Nya, dapatlah buku Panduan Asas Untuk Para Imam ini disiapkan dan berada di tangan pembaca sekalian.
Tugas seorang imam adalah satu tugas yang mulia di sisi Allah SWT. Untuk menjadi imam, sesorang itu memerlukan pengetahuan, keberanian, keyakinan dan kemahiran memimpin. Selain itu, tugasan 5 kali sehari semalam bukanlah satu tugas yang ringan kerana ia memerlukan komitmen yang tinggi. Di samping itu, pengetahuan mengenai hukum hakam yang berkaitan dengan solat berjemaah dan ayat-ayat hafazan juga satu perkara yang perlu diberi perhatian.
Melalui buku ini, para imam diberikan panduan asas dalam melaksanakan tugas masing-masing. Buku ini juga sesuai kepada semua lapisan masyarakat kerana tugas imam adalah tugas semua lelaki mukmin yang mukallaf. Dengan menjadikan buku ini sebagai rujukan, para pembaca dapat mengetahui kaifiyat dan pengetahuan asas sebagai seorang imam.
Akhir kalam, saya mengucapkan berbanyak terima kasih dan setinggi penghargaan kepada semua individu yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam penerbitan buku ini. Saya berdoa agar usaha dan kerjasama yang disumbangkan beroleh ganjaran daripada Allah SWT.
Sekian, terima kasih. Wasalam.
Dr. Mohd Nasir Masroom
(Ketua Panel Penyunting)
Pusat Islam,
Universiti Teknologi Malaysia.
2020
SILA DOWNLOAD BUKU INI DI SINI