Ada beberapa kaedah yang boleh digunakan untuk memilih 40 jemaah untuk Solat Jumaat. Saya kongsikan kaedah berdasarkan cara yang biasa digunakan untuk memilih responden dalam kajian.
LANGKAH SATU: MENYEDIA SENARAI JEMAAH - AJK perlu ada nama SEMUA ahli kariah yang layak Solat Jumaat. Ini boleh dilakukan dengan cara berikut;
a) Boleh guna Google Form untuk pendaftaran
b) AJK buat bancian dari rumah ke rumah
LANGKAH DUA: MEMILIH 40 JEMAAH - Berpandukan kpd senarai semua ahli kariah tadi, ada beberapa cara boleh digunakan, antaranya;
a) Susun nama ahli kariah ikut abjad ABC. Pilih 40 orang yang pertama utk minggu ini. Pilih 40 selepas itu utk minggu seterusnya hingga abis satu kampung. ATAU;
b) Pilih ikut nombor ganjil 1, 3, 5, 7, 9 seterusnya hingga cukup 40 orang. Minggu depan, pilih nombor genap pula 2, 4, 6, 8, 10 hingga cukup 40 orang. ATAU;
c) Tulis nama setiap ahli kariah atas kertas² kecil. Gulung/lipat kertas ini dan masukkan dalam balang kaca. Jemput YB kawasan atau Pengerusi JKKK atau Tok Kadi atau Pak Imam untuk pilih 40 nama secara undian. Minggu depan jemput VIP lain pula utk cabut undi. Sediakan sedikit jamuan utk memeriahkan lagi majlis cabut undi ini.
Ketiga- tiga cara ini dipanggil Pemilihan Rawak (Random Sampling). Kaedah ini paling kurang "bias", lebih adil dan telus /transference.
Selain itu, ada cara lain yang boleh digunakan. Walaupun pontensi "bias" berlaku, ia masih diterima.
Kita namakan sebagai..
d) Pemilihan Berlapis (Stratified Sampling). Bahagikan kawasan kampung kepada zon A, B, C. Minggu ni giliran Zon A, minggu depan Zon B dan minggu depan lagi Zon C pula. Lantik ketua setiap zon dan dia yg akan pilih jemaah utk minggu itu.
Seterusnya, boleh juga..
e) Ikut kouta (Qouta Sampling). Buat kategori seperti warga emas 30%, dewasa 40%, remaja 30%. AJK perlukan siapkan senarai nama ikut kategori. Boleh juga lantik ketua setiap kategori.
Manakala cara termudah, dinamakan sebagai..
(f) Persempelan Mudah (Convenient Sampling) iaitu pilih sesiapa sahaja yg lalu depan masjid/surau ketika waktu zohor dah masuk. Kadangkala kita panggil sebagai "walk in" atau siapa cepat dia dapat.
Sungguh pun kaedah (f) ini lebih mudah diuruskan oleh AJK, kerapkali ia mengundang rasa tidak puas hati ahli kariah kerana peluang hanya kpd individu tertentu sahaja.
g) Boleh juga guna kaedah Snow Ball / Bola Salji. Kaedah ini dipraktis dgn cara AJK cari ahli atau AJK yg rekmen jemaah lain. Kaedah ini terdedah kpd kronisme, nepotisme dan rasuah. Jika boleh elakkan kaedah ini.
Jadi, para AJK semua hendaklah jelas kaedah pemilihan jemaah Solat Jumaat 40 orang ni. Pilihlah mana² kaedah yg lebih adil dan kurang "bias" berdasarkan KESESUAIAN di tempat masing-masing.
Insya Allah tiada sengketa, tiada yang terluka.