FARHANA MUNIRAH BINTI MUSTAPA's profile picture FARHANA MUNIRAH BINTI MUSTAPA

Member of elearning.utm.my

FARHANA MUNIRAH BINTI MUSTAPA's wall

~~IKHLAS MENERIMA KESALAHAN, DAN BELAJAR DARI SETIAP KESALAHAN, KERANA ITU YANG AKAN MENJADIKANMU KUAT DALAM MENJALANI KEHIDUPAN~~

RABBI YASSIR WALA TUA'SSIR RABBI TAMMIM BI KHAIR 

DON'T LIMIT YOUR CHALLENGES. CHALLENGE YOUR LIMITS

View whole wall

Individual Reflection 2CT Festival 2018

I play the role as Che Aminah in theatre “Rusuh Natrah”. Che Aminah is Natrah’s adoptive mother. The strategy I used to get into the character is I watch theatre "Natrah" and also I get help from my group members that teaching me how to express the emotion in the right way. Moreover, we also practice many times to get feel into the character. There are issues and challenges that we faced which is miscommunication. We have miscommunication during do the practice and one of our group members take an action which makes a post-mortem during the practice to solve the problem. After listening to each other complain and opinion we become more happy to practice and can work as a team. We brainstorm together to solve the problem in using props and lighting because the stage is limited space. A lesson that I learned and gained in this festival is communication. When we work in big group communication the most important thing because if we do not have good communication it will affect the flow of the program. One more thing that I gained is confident when I do the theatre in front of many people. I do not believe that I can be managed to bring the character and have the ability to act in front of people while my personality is shy and I was afraid to stand in front of many people

 

FARHANA MUNIRAH BINTI MUSTAPA's Reflection RSS

REFLECTION 9

Hari  : Rabu

Tarikh  : 23/5/2018

Tajuk  : Drawing Out

Pembelajaran pada kali ini adalah cara mengalakkan ahli untuk bercakap. Kemahiran ini digunakan apabila ketua ingin membantu ahli yang sukar untuk bercerita dan meluahkan perasaan mereka dengan kata-kata. Kebiasannya ahli yang sukar untuk bercerita ini adalah kerana mereka merasa takut, tidak bersedia untuk bercerita, kurang percaya dengan orang yang tidak dikenali, dilahirkan dengan sikap yang pendiam dan hanya suka mendengar sahaja serta beberapa faktor lagi. 

   Antara cara yang digunakan adalah "drawing out delicately" iaitu dengan memberi kebenaran kepada ahli untuk bercakap, memanggil nama dua atau tiga kali, ketua menggunakan mata sekiranya ada diantara ahli yang ingin bercakap. Antara cara lain untuk mengalakkan ahli bercakap adalah menggunakan "dyads or tryards", "use rounds for drawing" iaitu ketua meminta semua ahli untuk memberi komen tanpa menunding kepada sesiapa. Selain itu, menggunakan cara "use written excercise", "use of eyes", "use of movements". Kesemua cara yang disebutkan adalah untuk membantu ahli untuk bercakap.

REFLECTION 8

Hari  : Rabu

Tarikh  : 16/5/2018

Tajuk  : Cutting Off

Pada minggu ini kami belajar tentang cara untuk memberhentikan ahli daripada bercakap. Tujuannya adalah untuk memberi peluang kepada ahli lain untuk bercakap, mengelakkan daripada ahli menguasai sesi tersebut serta untuk berlaku adil dengan ahli yang lain. 

   Sebagai seorang ketua perlulah tahu waktu yang sesuai untuk memberhentikan ahli dengan menggunkan intonasi yang sesuai. Selain itu, ketua juga perlu memberitahu sebab ahli tersebut diberhentikan dari bercakap dan ketua juga boleh menggunakan signal yang sesuai untuk memberhentikan ahli dari terus bercakap.

   Manfaat yang saya dapat daripada pembelajaran "cutting off" ini adalah tidak salah untuk memberhentikan orang ketika bercakap akan tetapi perlulah dilakukan dengan cara yang berhemah dan beradab agar ahli tidak terasa hati dan tidak beranggapan buruk kepada ketua. Kerana adakalanya ahli sendiri tidak perasan mungkin kata-kata mereka itu melibatkan perasaan ahli-ahli lain atau membuat ahli lain kurang selesa. Oleh itu sebagai ketua perlulah cekap dalam memberhentikan ahli tersebut dengan cara yang betul. 

REFLECTION BAITUS SOLEHAH

Hari  : Rabu

Tarikh  : 2/5/2018

Menjadi seorang ketua bukanlah sesuatu yang mudah walaupun saya sendiri sudah berpengalaman sebelum ini pada sesi yang pertama kerana setiap sesi ada cabarannya yang tersendiri. Pada sesi yang terakhir ini saya sebagai ketua merasa   gembira apabila kesemua penghuni Baitus Solehah di dalam kumpuan kami mula berasa selesa dengan kami dan ada dalam kalangan mereka yang lebih terbuka untuk bercerita tentang kisah hidup mereka. Sepanjang sesi ini berlangsung saya dapat merasakan perubahan pada diri saya di mana saya lebih banyak untuk bertanyakan soalan yang membolehkan mereka bercerita dengan lebih mendalam.

                        Selain itu, sebagai ketua saya dapat merasakan aura yang positif daripada diri mereka walaupun pelbagai dugaan yang menimpa mereka. Selepas ketiga-tiga sesi ini berlangsung saya merasakan lebih bersemangat untuk mempertingkatkan ilmu saya di dalam bidang kaunseling kerana saya melihat sesi ini sebagai sesuatu yang menyeronokkan kerana dapat membantu mereka yang memerlukan semangat dari kita disamping itu kita sendiri dapat belajar pelbagai perkara di dalam sesi tersebut.

 

REFLECTION BAITUS SOLEHAH

Hari  : Jumaat

Tarikh  : 27/4/2018

Pada sesi kali kedua, saya melihat penghuni Baitus Solehah lebih bersifat terbuka untuk bercerita tentang kisah hidup mereka. Bahkan ada juga kisah baru yang diceritakan oleh mereka. Bagi pendapat saya mereka sudah merasa selesa dengan kami dan sudah boleh menyesuaikan diri dengan kami. Melalui aktiviti yang dijalankan saya berpendapat mereka juga pandai dalam memberikan hujah dan pendapat mereka berkaitan dengan isi yang dibangkitkan. Pembantu ketua juga banyak membantu dalam sesi kedua untuk mendalami lebih lagi kisah hidup mereka.

            Melalui sesi kedua, sebagai seorang ketua perkara yang saya cuba bangkitkan adalah sejauh mana kepercayaan mereka kepada pasangan mereka dan bagaimana mereka boleh memberikan kepercayaan sepenuhnya kepada pasangan mereka itu. Antara perkara yang dapat saya pelajari dari penghuni Baitus Solehah adalah usah berjanji saat sedang bahagia kerana janji yang dibuat tidak semestinya akan ditunaikan. Tambahan lagi, jangan mudah percaya dengan individu yang baru sahaja kita kenal kerana kita tidak tahu baik buruk perangainya. Hal in kerana, ramai antara mereka yang tertipu oleh janji manis yang diberikan kepada mereka. Oleh hal itu, pengajaran yang saya perolehi adalah usah bercinta jika cinta itu boleh memudaratkan dan mendatangkan keburukan kepada diri sendiri.

            Sebagai kesimpulannya, sebagai seorang wanita jangan mudah menyerahkan diri kepada lelaki dan usah cepat jatuh hati kepada belaian dan layanan baik seorang lelaki. Bagi ibu bapa pula, seeloknya luangkan masa bersama anak-anak dan usah abaikan mereka walaupun mereka sudah dewasa kerana anak muda lebih memerlukan perhatian keluarga kerana mereka sedang belajar cara untuk menjadi manusia yang baik.       

REFLECTION BAITUS SOLEHAH

Hari  : Rabu

Tarikh  : 18/4/2018

Sebelum memulakan aktiviti, saya selaku ketua di dalam kumpulan mula memperkenalkan diri dan meminta mereka untuk memperkenalkan diri mereka juga. Pada awalnya saya selaku ketua merasa gementar dan risau kerana ini merupakan pengalaman pertama saya berhadapan dengan penghuni Baitus Solehah. Saya juga merasa gementar dan risau sekiranya mereka tidak mahu untuk berkongsi tentang kisah hidup mereka.

            Perkara yang saya dapat daripada mereka sewaktu mereka berkongsi kisah mereka adalah, sebagai seorang perempuan kita tidak seharusnya percaya sepenuhnya kepada lelaki yang baru kita kenali. Tambahan lagi, saya juga merasakan peranan ibu bapa juga sangat penting dalam tempoh masa anak-anak memerlukan perhatian kerana ada di antara mereka tidak mendapat perhatian yang secukupnya dari keluarga dan menyebabkan mereka lebih percayakan pasangan mereka kerana pasangan mereka boleh memberikan perhatian sepenuhnya dan kasih sayang kepada mereka.

            Seterusnya saya juga ada perasaan kagum kepada mereka kerana tidak terfikir untuk menggugurkan kandungan mereka kerana mereka berfikiran panjang dan memikirkan dosa yang akan bertambah sekiranya menggugurkan kandungan tersebut. Saya juga merasa bangga dengan mereka kerana mempunyai sikap ingin berubah dan berusaha untuk ke arah yang lebih baik. Tambahan lagi, mereka di Baitus Solehah disediakan pembelajaran agama yang baik.

            Secara kesimpulannya, saya menutup sesi dengan memberitahu bahawa perkara yang lalu jadikan sebagai pengajaran dalam hidup dan terus pandang ke hadapan untuk memperbaiki diri ke arah yang lebih baik kerana pintu taubat Allah sentiasa terbuka untuk hamba-hambaNya.

Details

About me

  • First name: FARHANA MUNIRAH BINTI MUSTAPA
  • Faculty: A15HA0030
  • Student ID: A15HA0030
  • Display name: FARHANA MUNIRAH BINTI MUSTAPA

FARHANA MUNIRAH BINTI MUSTAPA's groups

FARHANA MUNIRAH BINTI MUSTAPA's portfolios

FARHANA MUNIRAH BINTI MUSTAPA's friends