FARHANA MUNIRAH BINTI MUSTAPA's Reflection /
REFLECTION BAITUS SOLEHAH

Hari  : Rabu

Tarikh  : 2/5/2018

Menjadi seorang ketua bukanlah sesuatu yang mudah walaupun saya sendiri sudah berpengalaman sebelum ini pada sesi yang pertama kerana setiap sesi ada cabarannya yang tersendiri. Pada sesi yang terakhir ini saya sebagai ketua merasa   gembira apabila kesemua penghuni Baitus Solehah di dalam kumpuan kami mula berasa selesa dengan kami dan ada dalam kalangan mereka yang lebih terbuka untuk bercerita tentang kisah hidup mereka. Sepanjang sesi ini berlangsung saya dapat merasakan perubahan pada diri saya di mana saya lebih banyak untuk bertanyakan soalan yang membolehkan mereka bercerita dengan lebih mendalam.

                        Selain itu, sebagai ketua saya dapat merasakan aura yang positif daripada diri mereka walaupun pelbagai dugaan yang menimpa mereka. Selepas ketiga-tiga sesi ini berlangsung saya merasakan lebih bersemangat untuk mempertingkatkan ilmu saya di dalam bidang kaunseling kerana saya melihat sesi ini sebagai sesuatu yang menyeronokkan kerana dapat membantu mereka yang memerlukan semangat dari kita disamping itu kita sendiri dapat belajar pelbagai perkara di dalam sesi tersebut.