FARHANA MUNIRAH BINTI MUSTAPA's Reflection /
REFLECTION BAITUS SOLEHAH

Hari  : Jumaat

Tarikh  : 27/4/2018

Pada sesi kali kedua, saya melihat penghuni Baitus Solehah lebih bersifat terbuka untuk bercerita tentang kisah hidup mereka. Bahkan ada juga kisah baru yang diceritakan oleh mereka. Bagi pendapat saya mereka sudah merasa selesa dengan kami dan sudah boleh menyesuaikan diri dengan kami. Melalui aktiviti yang dijalankan saya berpendapat mereka juga pandai dalam memberikan hujah dan pendapat mereka berkaitan dengan isi yang dibangkitkan. Pembantu ketua juga banyak membantu dalam sesi kedua untuk mendalami lebih lagi kisah hidup mereka.

            Melalui sesi kedua, sebagai seorang ketua perkara yang saya cuba bangkitkan adalah sejauh mana kepercayaan mereka kepada pasangan mereka dan bagaimana mereka boleh memberikan kepercayaan sepenuhnya kepada pasangan mereka itu. Antara perkara yang dapat saya pelajari dari penghuni Baitus Solehah adalah usah berjanji saat sedang bahagia kerana janji yang dibuat tidak semestinya akan ditunaikan. Tambahan lagi, jangan mudah percaya dengan individu yang baru sahaja kita kenal kerana kita tidak tahu baik buruk perangainya. Hal in kerana, ramai antara mereka yang tertipu oleh janji manis yang diberikan kepada mereka. Oleh hal itu, pengajaran yang saya perolehi adalah usah bercinta jika cinta itu boleh memudaratkan dan mendatangkan keburukan kepada diri sendiri.

            Sebagai kesimpulannya, sebagai seorang wanita jangan mudah menyerahkan diri kepada lelaki dan usah cepat jatuh hati kepada belaian dan layanan baik seorang lelaki. Bagi ibu bapa pula, seeloknya luangkan masa bersama anak-anak dan usah abaikan mereka walaupun mereka sudah dewasa kerana anak muda lebih memerlukan perhatian keluarga kerana mereka sedang belajar cara untuk menjadi manusia yang baik.