NURULAIN BINTI KAMARUDIN's profile picture NURULAIN BINTI KAMARUDIN

Member of elearning.utm.my

NURULAIN BINTI KAMARUDIN's portfolios

KNOW FRAUD AND SCAM FESTIVAL

Details

KNOW FRAUD AND SCAM FESTIVAL

Details

CREATIVE AND CRITICAL THINKING UHAS2122-22

REFLECTION (2CT FESTIVAL 2018)

First of all, I would like to say thanks to DR Azlineer for giving the opportunities to my friends and I to participate in the 2CT festival. In this festival, I was involved in controlling the craft workshop to primary students from Sekolah Kebangsaan Permas Kelapa. Before conduct the workshop, I have planed some strategies, where I watch the craft's video from Youtube to learned about how to make a simple craft. At the same time I also practice with my friends to make a craft and we thinks and share the idea together about how to teach the primary students to making the craft.

I did not get any problems before festival because I get a good cooperation from my team members, but during the festival we got the problem where some of our tools to making the crat is lost. After doing some discussion with team members, we decide to continue this workshop and use the materials that we have at the time. Based on this festival, creative and critical thinking process is very important and must applied in our daily life. This is because when some problems happen we can arrange and solve the problem properly, as example when my group faced the problems during the festival, we discuss and make a better discussion in order to solve the problem with using our creative and critical thinking.

For the conclusion, I feel so happy and enjoy with this festival because, it not only give some new experience but it also improve my communication skills with primary student and my team members with sharing the ideas and opinion.

Details

2CT FESTIVAL 2018

Details

2CT FESTIVAL 2018

Details

2CT FESTIVAL 2018

Details

JOURNAL - GROUP COUNSELLING

Reflection - week 14

Minggu ini adalah minggu terakhir sesi pembbelajaran. Pada minggu ni saya telah mempelajari tentang teknik drawing out, iaitu teknik ini adalah teknik bagaimana 'leader' perlu lakukan untuk menjadikan dan menggalakkan klien untuk terus bercakap. Selain itu, pada minggu terakhir ini saya dan rakan-rakan telah diberi peluang untuk membentangkan laporan sesi praktikal kaunseling berkumpulan yang telah dijalankan di Baitus Soleha. Tidak dinafikan sesi pembentangan ini sangat meningkatkan semangat saya kerana saya dapat berkongsi cerita, pengalaman dan pandangan kepada rakan-rakan saya, malah mereka juga berpelunag berkongsi pengalaman kepada saya. Hal ini menyebabkan saya bersungguh-sungguh dan mejadikan pengalaman yang dikongsi oleh mereka sebagai satu langkah untuk saya tingkatkan lagi kemahiran yang perlu saya aplikasikan dalam sesi kaunseling berkumpulan. Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada DR Nasir Masroom kerana telah mencurahkan segala ilmu dan berkongsi pengalaman kepada saya dan rakan-rakan serta memberi peluang kepada kami untuk menjalani sesi praktikal di Baitus Soleha. Saya berharap dengan adanya ilmu yang telah dipelajari ini saya dapat mengaplikasikannya sepanjang hidup saya dengan membantu lebih ramai orang yang memerlukan untuk mengurangkan rasa bebanan masalah yang dihadapi.

Details

JOURNAL - GROUP COUNSELLING

Reflection - week 13

Setelah tiga minggu menjalani sesi praktikal bersama penghuni Baitus Soliha, saya dan rakan-rakan kembali menjalani sesi pembelajaran bersama dengan pensyarah kami, di mana pada minggu ke 13 ini kami telah mempelajaari tentang topik 'cutting off'. Berdasarkan pengalaman yang saya dapat semasa menjalani sesi praktikal kaunseling berkumpulan bersama dengan penghuni Baitus Soleha, topik ini sangat penting dan harus dipelajari oleh 'leader' kerana ia dapat membantu berkaitan dengan bagaimana untuk mengendalikan klien. Topik ini membincangkan tentang apa yang harus dilakukan oleh seseorang 'leader' itu untuk memberhentikan ahli atau klien dari terus bercakap, kerana ia adalah bertujuan untuk memberi peluang kepada ahli lain yang terlibat dalam sesi untuk bercakap atau berkongsi cerita. selain itu, ia juga bertujuan untuk mengawal ahli daripada menceritakan sesuatu perkara yang tidak berkaitan dengan topik sebenar yang dibincangkan. Topik yang dipelajari minggu ini juga sangat menarik minat saya kerana ia membantu saya untuk mengaplikasikan beberapa teknik supaya saya dapat mengawal ahli kumpulan yang terlibat dengan sesi yang saya jalankan dengan lebih berhati-hati dan teratur agar mereka tidak berasa terganggu dan terguris dengan tindakan saya.

Details

JOURNAL - GROUP COUNSELLING

Reflection - week 12

Saya sangat bersyukur kerana saya telah diberi peluang untuk mengendalikan sesi kaunseling berkumpulan ini sebanyak tiga kali di Baitus Soleha. Tidak dinafikan bahawa saya telah banyak meninmba ilmu dan pengalaman dalam mengendalikan ketiga-tiga sesi. Apa yang boleh saya perkatakan bahawa pada sesi yang ketiga ini banyak perubahan dan penambahbaikkan yang telah berlaku kepada klien iaitu penghuni dan juga saya sebagai ‘helper’. Perubahan yang dapat dilihat kepada klien adalah mereka lebih berasa terbuka dan tidak berasa ragu-ragu untuk berkongsi kisah bersama saya. Selain itu, klien juga menunjukkan sikap mesra dan lebih berkongsi idea serta pandangan bersama dengan klien lain untuk memberikan pendedahan dan sokongan awal untuk mengurangkan masalah yang dihadapi. Pada masa yang sama, saya pula dapat menunjukkan sedikit peningkatan kemahiran dalam mengendalikan sesi kaunseling ini, kesan daripada ini menunjukkan bahawa sesi ketiga yang dijalankan ini menunjukkan keberkesanan yang ketara dari segi kefahaman dan penyampaian antara saya dan klien. Saya sangat berharap saya masih lagi deberi perluang untuk mengendalikan sesi ini di Baitus Soleha. Hal ini sangat penting kerana ia bukan sahaja dapat memantapkan lagi kemahiran yang saya miliki agar lebih efektif, tetapi pada masa yang sama ia dapat membantu penghuni-penghuni di Baitus Soleha dalam menangani dan mengurangkan sedikit bebanan masalah yang dihadapi oleh mereka.

Details

JOURNAL - GROUP COUNSELLING

Reflection - week 11

Bingkisan daripada sesi kedua kaunseling berkumpulan yang telah dijalankan di rumah perlindungan wanita Baitus Soleha, saya sebagai ‘core leader’ berpendapat bahawa hampir keseluruhan sesi dapat dijalankan dengan sempurna walaupun terdapat beberapa kekurangan dan gangguan semasa sesi tersebut dikendalikan. Apa yang dapat saya lihat bahawa sebahagian daripada penghuni Baitus Soleha yang berperanan sebagai klien kami kurang untuk menceritakan atau meluahkan perasaan mereka. Hal ini mungkin kerana mereka masih malu dan ingin menyesuaikan diri dengan kami.

Selain itu juga, saya turut merasakan bahawa Klien kami masih tidak bersedia untuk berkongsi cerita. Mereka juga lebih banyak mendiamkan diri dan mengeluarkan air mata berbanding bercerita dengan kami. Kesan daripada situasi ini, menyebabkan saya lebih banyak becakap berbanding dengan klien, saya telah mengambil langkah yang bijak dengan menanyakan soalan kepada mereka untuk menggalakkan mereka untuk bercakap. Pada pandangan saya, suasana atau keadaan semasa kami menjalankan sasi kaunseling berkumpulan juga adalah kurang selesa. Hal ini kerana terdapat beberapa gangguan seperti bayi menangis dan ruang yang sempit menyebabkan klien hilang tumpuan untuk berkogsi cerita. Kurang keyakinan untuk bercerita dan meluahkan perasaan juga adalaah salah satu kelemahan klien di mana ia telah menyebabkan saya sebagai ‘core leader’ tidak dapat mendengar dengan jelas apa yang dikongsikan oleh klien.

 Refleksi tentang tugasan ini pula ialah pada pendapat saya tugasan ini sangat membantu dan melatih saya untuk mengendalikan situasi kaunseling berkumpulan yang sebenar. Hal ini kerana dengan melaksanakan tugasan ini saya bukan sahaja hanya mendapat pendedahan secara teori malah praktikal juga. Pada masa yang sama tugasan ini membantu saya untuk melatih kemahiran interpersonal saya iaitu kemahiran komunikasi yang lebih baik dan berkeyakinan dalam berkomunikasi. Kerjasama yang dibentuk antara ahli kumpulan dalam tugasan ini menjadikan segala permaasalahan dan kekurangan terhadap sesi yang dijalankan dapat diatasi dengan sempurna.

 

Details

JOURNAL-Group Counselling

Reflection - week 10

Di sini bermulalah satu pengalamaan yang baru, di mana pada minggu ke 10 ini saya dan rakan sekelas telah diberi peluang untuk mengandalikan sesi praktikal kaunseling berkumpulan. Sesi ini akan dijalankan selama tiga minggu di rumah perlindungan wanita Baitus Soliha. Saya berasa sangat teruja untuk menjalani sesi praktikal ini. Sewaktu sesi berlangsung di Baitus Soleha saya telah mengenali beberapa orang penghuni yang terdiri daripada wanita hamil luar nikah dan pada permulaannya mereka masih malu untuk berkongsi cerita dengan saya, tetapi atas usaha dan inisiatif yang saya lakukan akhirnya mereka sudi berkongsi cerita dan masalah yang dihadapi.  Pengalaman pada sesi pertama ini sangat bermakna buat saya kerana ia dapat meningkatkan semangat dan azam saya untuk terus membantu mereka dengan mendengar setiap masalah serta cuba untuk mengurangkan bebanan masalah mereka dengan berkongsi pandangan dan cadangan yang lebih menarik. Tidak dinafikan bahawa sesi pratikal ini sangat membantu kerana saya berpeluang untuk mempraktikkan apa yang telah dipelajari dalam subjek kaunseling berkumpulan kepada keadaan yang sebenar. Kesan daripada sesi praktikal yang pertama ini juga turut membantu saya untuk lebih berusaha dalam meningkatkan kemahiran yang perlu diamalkan supaya sesi kaunseling yang seterusnya dapat dilakukan dengan lebih baik dan efekti.

Details

JOURNAL - GROUP COUNSELLING

Relection - week 9

Topik 'exercise' telah dipelajari pada minggu ke 9. Topik ini sangat berkait rapat dengan topik yang telah dipelajari pada minggu ke 7, dimana topik 'exercise' ini membantu 'leader' untuk merancang dan menjalankan aktiviti yang sesuai sewaktu peringkat permulaan dalam sesi kaunseling berkumpulan. Sebagai pelajar dalam jurusan psikologi, saya sangat bersyukur dan teruja kerana telah diberi peluang untuk mempelajari topik ini. Hal ini kerana ia bukan sahaja membantu dalam memberi idea kepada saya malah topik ini juga menjadikan saya lebih aktif berfikiran kreatis dan kreatif untuk merancang aktiviti yang lebih menarik dan bersesuaian mengikut keadaan ahli yang terlibat dalam sesi kaunseling berkumpulan yang mungkin akan dikendalikan oleh saya pada suatu hari nanti. Pada masa yang sama, saya berpendapat bahawa dengan mempelajari topik ini juga, ia dapat menyumbang kearah sesi kaunseling berkumpulan yang lebih efektif, kerana apabila 'leader' mengaplikasikan aktiviti yang telah dipelajari dalam topik ini kepada ahli kumpulan, ia akan menjadikan ahli lebih berminat dan tidak berasa bosan semasa sesi dijalaankan. 

Details

JOURNAL - GROUP COUNSELLING

Reflection - week 7

Pada minggu ke tujuh ini topik yang telah saya pelajari adalah tentang 'beginning Stage' dan 'beginning phase, di mana topik ini membincangkan tentang peringkat permulaan dalam sesi kaunseling berkumpulan. Berdasarkan pendapat saya topik ini sangat penting dan perlu dipelajari oleh 'leader' yang ingin mengendalikan sesi kaunseling berkumpulan, hal ini kerana ia memberi penerangan dan bantuan kepada 'leader' tentang bagaimana untuk memulakan sesi berkumpulan. Selain itu juga, bab ini turut membantu dengan memberi penjelasan dan gambaran beserta beberapa contoh di peringkat pemulaan sasi kaunseling berkumpulan supaya 'leader' lebih mudah memahami dan boleh mempraktikkannya agar sesi kaunseling berkumpulan yang dijalankan menjadi lebih efektif. Kesimpulannya, pembelajaran pada minggu ketujuh ini sangat menarik dan dapat membantu dengan meningkatkan lagi kefahaman saya sebelum mengendalikan sesi kaunseling berkumpulan yang sebenar.

Details

JOURNAL-Group Counselling

Reflection- week 6

Setelah sekian lama menunggu akhirnya tiba juga padaa minggu keenam.  Pada minggu keenaam ini saya berasa teruja kerana persoalan saya telah terjawab tentang bab yang keempat. Hal ini kerana pada minggu kelima pembelajaran kami tertangguh kerana masa yang tidak mengizinkan dan pada minggu keenamlah kami dapat menyemprnakan kefahamaan kami kerana pensyarah kami telah menyambung semula mengajar dan memberi penerangan yang lebih mendalam tentang bab keempat. Secara kesimpulannya bab keempat ini memberi penerangan kepada saya dan rakaan-rakaan tentang cara bagaimanaa kami ingin merancang sesi perbincangan kumpulan atau sesi kaunseling berkumpulan. Kini baru saya memahami bahawa sebelum ingin membentuk satu kmpulan atau perbincangan saya sebagai pemimpin perlulah merancang terlebih dahulu tentang beberapa perkara antaranya ialah bagaimana henda memilih atau menapis ahli yang perlu terlibat dalam kumpulan yang dibentuk. Hal ini kerana tidak semua orang perlu terlibat dalam satu-satu sesi berkumpulan yang dilakukan. Pada masa yang sama, terdapat juga  perkara lain yang perlu dirancang terlebih dahulu yang telah saya pelajari seperti sebagai pemimpin tajuk perbincangan, aktiviti yang hendak dilakukan dan masa perbincangan juga adalah perkara yang sangat penting dan perlu dirancang dengan teliti supaya sesi perbincangan atau kaunseling berkumpulan dapat dilaksanakan dengan mudah tanpa ada sebarang kekurangan. Tuntasnya dengan input dan pengetahuan sebegini yang didedahkan oleh pensyarah kepada saya sangat membantu dan mejadikan saya lebih bersedia untuk menjadi seorang pemimpin yang berkesan. Hal ini kerana sebagai seorang pelajar walaupun saya masih belum memasuki alam pekerjaan yang sebenar, saya tidak lari dari merasai atau perlu membentuk kumpulan kerana kami sebagai pelajar sentiasa diberikan tugasan berkumpulan dan saya boleh menggunakan ilmu ini untuk merancang terlebih dahulu sebelum membentuk kumpulan bagi menyelesaikan tugasan. 

Details

JOURNAL-Group Counselling

Reflection-week 5

Pada minggu kelima saya telah mempelajari tentang tujuan kumpulan (purpose of group). persoalan yang timbul adalah apakah tujuannya?. Tujuan adalah penting dan perlu dijelaskan dalam setiap kumpulan yang dibentuk. hal ini kerana ia membantu dalam menerangkan tentang apakah matlamat dan objektof yang ingin dicapai dalam kumpulan tersebut. pada masa yang sama juga, pemimpin dalam kumpulan perlu terlebih dahulu memahami tujuan sebenar kumpulan dibentuk kerana ia dapat memudahkan pemimpin untuk membuat keputusan dalam beberapa perkara seperti berapa ahli yang terlibat dan berapa lama sesi perlu dijalankan. selain itu juga, bukan sahaja pemimpin malah ahi kumpulan juga perlu diberitahu dan mengetahui tujuan dalam kumpulan. hal ini kerana ia dapat mengelakkan ahli berasa bosan dan lebih memberi tumpuan terhadap apa yang dibincangkan dalam kumpulan. setiap tujuan perlu diterangkan dengan lebih jelas supaya setiap orang dalam kumpulan boleh memberikan tumpuan yang penuh serta boleh membantu dalam melontarkan pendapat berkongsi idea. Tujuan juga boleh dikemukakan lebih daripada satu dan ia juga boleh diubah mengikut keadaan dan persetujuan bersama.

Tajuk merancang kumpulan juga adalah salah satu bab yang telah dipelajari padaminggu ke lima. setiap kumpulan perlu dirancang terlebih dahulu untuk memastikan kejayaan dan keberkesanan dalam sesebuah kumpulan. terdapat beberapa faktor yang diambil kira dalam merancang kumpulan antaranya adalah  berapa sesi perbincangan kumpulan perlu dijalankan, bilakah masa yang sesuai untuk berjumpa dalam kumpulan, siapakah ahli-ahli yang terlibat dalam kumpulan dan bagaimanakah ahli dipilih untuk terlibat dalam kumpulan.

 

Details

JOURNAL-Group Counselling

REFLECTION- WEEK 4

ALHAMDULILLAHpada minggu keempat ini ilmu membelajaran saya semakin bertambah dan lebih menarik. Hal ini kerana saya dalam menyelami dengan lebih mendalam tentang subjek kaunseling kumpulan. apa yang saya ingin mengungkapkan disini pada minggu keempat ini saya telah mempelajari tentang apakah itu 'group process'?, ia boleh dijelaskan sebagai interacksi tenaga yang berubah antara ahli dan ketua serta ia juga boleh diperjelaskan lagi bahawa bagaimana ahli berkomunikasi antara satu sama lain dan juga berkomunikasi bersama ketua. Pada masa yang sama, saya telah diajarkan tentang 15 ciri therapeutic force. Apa yang boleh diperkatan disini adalah pembelajaran pada minggu ke empat ini sangat menarik minat saya kerana saya dan rakan-rakan telah diarahkan untuk membaca buku kaunsling kumpulan yang telah diberikan oleh pensyarahdan kami diberikan tugas setiap seorang untuk membuat pembentangan dihadapan rakan-rakan tentang apa yang kami faham. Kenapa saya katakan kelas minggu ini menarik, ia adalah disebabkan kerana bukan sahaja saya dapat menambahkan lagi pemahaman terhadap pembacaan saya malah saya turut dapat meningkatkan tahap keyakinan diri saya apabila saya bercakap seorang diri di hadapan rakan-rakan bagi memberi penerangan yang lebih ringkas dan padat terhadap pembacaan dan kefahaman saya tentang topik therapeutic forces. Ciri therapeutic yang boleh saya kongsikan disini antaranya adalah pengalaman ketua dalam memimpin kumpulan, di mana seorang ketua itu perlu mempunyai pengalaman terlebih dahulu sebelum mengendalikan kaunseling kumpulan, antara pengalaman yang mereka perlu ada adalah perlu mengetahui tentang kaunseling individu dan ketua juga perlu mahir tentang teori-teori kaunseling seperti teori REBT. di samping itu juga, untuk menambah pengalaman yang lebih mendalam, ketua boleh bekerjasama dan meminta tunjuk ajar daripada orang yang lebih pakar dan mempunyai banyak pengalam dalam mengendalikan kaunseling kumpulan ini.  

Details

JOURNAL-Group Counselling

second reflection - week 3

Alhamdulillah skali lagi diberi keizinan untuk menghadirkan diri dalam kelas kaunseling kumpulan. Pada mingg kedua saya dapat menambah ilmu yang lebih mendalam tentang kaunseling kumpulan dimana saya telah mempelajari  ciri-ciri pemimpin yang berkesan dan cekap dalam mengendalikan kaunseling kumpulan. Dimana seseorang leader itu perlu mempunyani sesuatu pengetahuan dan pengalaman yang boleh membantu beliau dalam menjalankan tanggungjawab terhadap client atau ahli kumpulan yang lain. ia sangat mengejutkan dan menjadikan saya berasa lebih teruja dimana saya telah didedahkan secara teori tentang peringkat-peringkat dalam proses kumpulan itu berlangsung dan saya telah berpeluang untuk mempraktikkan nya dengan rakan sekelah yang lain. hal ini telah menyebabkan saya berasa lebih faham dan lebih minat untuk mengikuti kelas kaunseling kumpulan pada masa akan datang. 

Details

JOURNAL-Group Counselling

First Reflection- Week 2

Menentukan target yang perlu dicapai dalam pembelajaran subjek "group counselling.

 

Pada kelas yang pertama saya telah mendapat pendedahan awal tentang apakah itu kaunseling kumpulan dan apakah gelarang orang yang mengendalikan kauseling kumpulan?, iaitu ia dikenali sebagai leader. saya bersyukur dapat melibatkan diri dalam kelas kaunseling ini, kerana ia menambahkan pengetahuan yang lebih mendalam kepada saya sebagai contoh, saya dapat mengenali jenis-jenis kumpulan antaranya ialah task group, dan counselling and therapy group. pada masa yang sama juga kelas ini sangat membantu saya dalam mengenali ciri-ciri untuk menjadi leader yan berkesan dalam sebuah kumpulan kerana ia sangat berkait rapat dan boleh dipraktikkan dalam kehidupan seharian seperti seseorang leader itu perlu mempunyai keyakinan yang tingi dan menjadi pendengar yang baik. terdapat juga pendedahan tentang betapa pentingnya kaunseling kumpulan ini kepada masyarakat dan antara kebaikannya ialah ia dapat menimbulkan rasa kekitaan yang tinggi dan dihargai. 

Details

Recent reflection entries

About me

  • First name: NURULAIN BINTI KAMARUDIN
  • Faculty: A15HA0301
  • Student ID: A15HA0301
  • Display name: NURULAIN BINTI KAMARUDIN

NURULAIN BINTI KAMARUDIN's groups

NURULAIN BINTI KAMARUDIN's friends

NURULAIN BINTI KAMARUDIN's wall

No wall posts to display
View whole wall