FARHANA MUNIRAH BINTI MUSTAPA's Reflection /
REFLECTION BAITUS SOLEHAH

Hari  : Rabu

Tarikh  : 18/4/2018

Sebelum memulakan aktiviti, saya selaku ketua di dalam kumpulan mula memperkenalkan diri dan meminta mereka untuk memperkenalkan diri mereka juga. Pada awalnya saya selaku ketua merasa gementar dan risau kerana ini merupakan pengalaman pertama saya berhadapan dengan penghuni Baitus Solehah. Saya juga merasa gementar dan risau sekiranya mereka tidak mahu untuk berkongsi tentang kisah hidup mereka.

            Perkara yang saya dapat daripada mereka sewaktu mereka berkongsi kisah mereka adalah, sebagai seorang perempuan kita tidak seharusnya percaya sepenuhnya kepada lelaki yang baru kita kenali. Tambahan lagi, saya juga merasakan peranan ibu bapa juga sangat penting dalam tempoh masa anak-anak memerlukan perhatian kerana ada di antara mereka tidak mendapat perhatian yang secukupnya dari keluarga dan menyebabkan mereka lebih percayakan pasangan mereka kerana pasangan mereka boleh memberikan perhatian sepenuhnya dan kasih sayang kepada mereka.

            Seterusnya saya juga ada perasaan kagum kepada mereka kerana tidak terfikir untuk menggugurkan kandungan mereka kerana mereka berfikiran panjang dan memikirkan dosa yang akan bertambah sekiranya menggugurkan kandungan tersebut. Saya juga merasa bangga dengan mereka kerana mempunyai sikap ingin berubah dan berusaha untuk ke arah yang lebih baik. Tambahan lagi, mereka di Baitus Solehah disediakan pembelajaran agama yang baik.

            Secara kesimpulannya, saya menutup sesi dengan memberitahu bahawa perkara yang lalu jadikan sebagai pengajaran dalam hidup dan terus pandang ke hadapan untuk memperbaiki diri ke arah yang lebih baik kerana pintu taubat Allah sentiasa terbuka untuk hamba-hambaNya.