UHMS1182-32 PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN

Welcome to the page course UHMS1182 where this page will display all the assignments and presentations throughout the semester. Enjoy :)

PEMBENTANGAN KUMPULAN

PENGENALAN/INTRODUCTION

Kursus ini adalah lebih kepada mengenali serta menghayati maksud etika secara lebih mendalam melalui pelbagai aspek kehidupan. Setiap peristiwa yang berlaku sering kali dikaitkan dengan penghayatan yang berbeza oleh setiap individu. Oleh itu, kursus ini mempunyai 9 topik perbincangan iaitu:

This course is more towards on defining ethics through different perspectives and environment. Every events that occurs usually related to our behavior and also various level of understanding one's etiquette. Hence, this course is mainly consists of 9 subtopics which are:

  1. Pengenalan Ilmu Etika dan Peradaban
  2. Teori-teori Etika
  3. Etika dalam Kepelbagaian Tamadun Islam dan Melayu
  4. Etika dan Peradaban Dalam Kepelbagaian Tamadun China India dan Barat
  5. Pemantapan Kesepaduan Nasional Melalui Etika dan Peradaban
  6. Perlembagaan Malaysia Tiang Seri Etika dan Peradaban
  7. Penerapan Etika dan Peradaban Dalam Budaya dan Komunikasi Kontemporari
  8. Peranan Etika dan Peradaban Mendokong Tanggungjawab Sosial
  9. Cabaran Kelestarian Etika Dan Peradaban

Kursus ini hanya mempunyai tugasan berkumpulan serta refleksi individu untuk dijadikan bahan rujukan dan bacaan. 

The course only assign a group assignment with individual reflection about the whole course on each chapters.

REFLEKSI/REFLECTION

Perkara yang saya pelajari daripada kursus ini adalah kepentingan untuk berkerjasama dengan ahli kumpulan. Ini kerana penulisan literasi bukanlah sesuatu yang harus dipandang remeh dan memerlukan sumber sahih dalam menghasilkan penulisan yang berkualiti. Setiap ahli kumpulan mempunyai bahagian masing-masing yang harus diselesaikan dalam masa yang ditetapkan. Dalam pada itu juga, nilai penghayatan diri juga meningkat kerana kuliah-kuliah kursus ini membicarakan kepentingan menjaga etika diri dalam pelbagai situasi. Oleh itu, saya berasa bersyukur kerana diberikan peluang untuk menelaah serta menerokai konsep yang diterapkan untuk kebaikan pada masa akan datang.

 

What have I learn from this course is the importance of working as a group. This is because literature writing should not be neglected as it requires plethora of official sources to support the contents. Each members of the group has been assigned to different tasks and we need to finish based on the time given. Other than that, I also experienced a much better understanding in self's behavior since the courses mentioned on the importance of taking care one's etiquette in various situations. Hence, I feel very grateful to be given a chance to study the fundamental concept of ethics for the our own benefits in the near future.