PENGENALAN
Kursus ini membicarakan definisi falsafah daripada pelbagai aspek kehidupan serta kesan kepadan pelbagai pihak. Kursus ini mengandungi 7 subtopik iaitu:
- Pengenalan Falsafah
- Falsafah dalam Kehidupan
- Logik dan Kaedah Berfikir
- Psikologi dan Sosiologi
- Metafizik
- Epistemologi
- Ideologi
REFLEKSI UMUM
Perkara yang telah saya pelajari melalui kursus ini adalah kepentingan memberikan pendapat dalam melakukan sesuatu perubahan. Saya telah mempelajari pelbagai cara dan tingkah laku berfikir seperti pemikiran metafizik yang secara tidak langsung membantu saya dalam membuat sesuatu pilihan. Selain itu, saya juga mempelajari bahawa kerjasama dalam kumpulan adalah penting terutamanya dalam melakukan perbincangan. Malahan, kursus ini membawa aras pemikiran saya ke tahap yang lebih matang dan mampu bersikap lebih rasional dengan segala lapisan masyarakat. Oleh itu, saya mengucapkan rasa syukur kerana diberikan peluang untuk mempelajari nilai falsafah dengan lebih mendalam.
REFLEKSI BAGI KULIAH SOSIOLOGI DAN PSIKOLOGI
Perkara yang telah saya pelajari dalam kuliah ini ialah perbezaan ideologi asal kejadian manusia dari para falsafah. Masing-masing mempunyai pendirian sendiri serta bercanggah antara satu sama lain. Selain itu, saya juga telah mempelajari faktor-faktor penting dalam usaha untuk mengembangkan potensi individu iaitu melalui jasmani, intelek, rohani dan emosi. Oleh itu, penting bagi seseorang individu untuk mengembangkan potensi diri secara holistik. Seterusnya, saya telah mengetahui konsep neoliberalisme dalam pendidikan yang amat bertentangan denganfalsafah pendidikan kebangsaan. Saya juga telah mengetahui mengenai falsafah Hitler yang menyatakan bahawa kehidupan manusia bergantung dengan sumbangan orang lain meskipun bebas daripada pengaruh politik adalah benar. Oleh hal yang demikian, saya berpendapat bahawa manusia bertanggungjawab dalam menentukan pilihan serta haluan masing-masing asalkan tidak bercanggah dengan fahaman agama.
PERBINCANGAN FALSAFAH PENDIDIKAN
PENGHURAIAN IKLAN FALASI DAN REFLEKSI
1. Iklan ini mengenai produk ubat gigi Colgate Sensitive Pro Relief yang mempunyai amalan falasi. Iklan ini bertujuan untuk menarik perhatian orang ramai agar membeli produk tersebut atas sebab populariti dan bukannya impak positif untuk para penggunanya.
2. Perkara yang saya belajar melalui topik hari ini adalah kita haruslah membuat tindakan sewajarnya berdasarkan logik akal. Kita seharusnya memikirkan kesan dan akibat sebelum membuat sebarang pilihan. Saya juga telah mempelajari konsep asas deduktif dan induktif serta perbezaan antara kedua-dua konsep tersebut. Selain itu, saya juga telah mempelajari cara untuk mengenal pasti amalan falasi dalam sesebuah iklan. Oleh itu, topik pada hari ini telah mengajar saya agar tidak mudah terpengaruh akan iklan yang dipamerkan di kaca televisyen.
IKLAN CONTOH FALASI
TUGASAN INDIVIDU
-
Download Falsafah Pendidikan Kebangsaan Filipina_BRENDAN DYLAN GAMPA ANAK JOSEPH DUSIT_A20EC0021.docx
Falsafah Pendidikan Kebangsaan Filipina_BRENDAN DYLAN GAMPA ANAK JOSEPH DUSIT_A20EC0021.docx Details
- Thursday, 28 January 2021 [22.2KB] -
Download GARIS MASA RUKUN NEGARA_BRENDAN DYLAN GAMPA ANAK JOSEPH DUSIT_A20EC0021.pdf
GARIS MASA RUKUN NEGARA_BRENDAN DYLAN GAMPA ANAK JOSEPH DUSIT_A20EC0021.pdf Details
- Thursday, 28 January 2021 [177.8KB]
TUGASAN BERKUMPULAN
-
Download Budaya membaca di Era Pasca-Moden.pdf
Budaya membaca di Era Pasca-Moden.pdf Details
- Thursday, 28 January 2021 [413.2KB] -
Download KUMPULAN 6 HEDONISME.docx
KUMPULAN 6 HEDONISME.docx Details
- Thursday, 28 January 2021 [827.1KB] -
Download KUMPULAN 6 POSTER HEDONISME.pdf
KUMPULAN 6 POSTER HEDONISME.pdf Details
- Thursday, 28 January 2021 [373.5KB] -
Download KUMPULAN 6 BUKU LOG.pdf
KUMPULAN 6 BUKU LOG.pdf Details
- Thursday, 28 January 2021 [66KB] -
Download KUMPULAN 6 PETA MINDA METAFIZIK.pdf
KUMPULAN 6 PETA MINDA METAFIZIK.pdf Details
- Thursday, 28 January 2021 [46.5KB]