FARHANA MUNIRAH BINTI MUSTAPA's Reflection
Hari : Rabu
Tarikh : 23/5/2018
Tajuk : Drawing Out
Pembelajaran pada kali ini adalah cara mengalakkan ahli untuk bercakap. Kemahiran ini digunakan apabila ketua ingin membantu ahli yang sukar untuk bercerita dan meluahkan perasaan mereka dengan kata-kata. Kebiasannya ahli yang sukar untuk bercerita ini adalah kerana mereka merasa takut, tidak bersedia untuk bercerita, kurang percaya dengan orang yang tidak dikenali, dilahirkan dengan sikap yang pendiam dan hanya suka mendengar sahaja serta beberapa faktor lagi.
Antara cara yang digunakan adalah "drawing out delicately" iaitu dengan memberi kebenaran kepada ahli untuk bercakap, memanggil nama dua atau tiga kali, ketua menggunakan mata sekiranya ada diantara ahli yang ingin bercakap. Antara cara lain untuk mengalakkan ahli bercakap adalah menggunakan "dyads or tryards", "use rounds for drawing" iaitu ketua meminta semua ahli untuk memberi komen tanpa menunding kepada sesiapa. Selain itu, menggunakan cara "use written excercise", "use of eyes", "use of movements". Kesemua cara yang disebutkan adalah untuk membantu ahli untuk bercakap.
Hari : Rabu
Tarikh : 16/5/2018
Tajuk : Cutting Off
Pada minggu ini kami belajar tentang cara untuk memberhentikan ahli daripada bercakap. Tujuannya adalah untuk memberi peluang kepada ahli lain untuk bercakap, mengelakkan daripada ahli menguasai sesi tersebut serta untuk berlaku adil dengan ahli yang lain.
Sebagai seorang ketua perlulah tahu waktu yang sesuai untuk memberhentikan ahli dengan menggunkan intonasi yang sesuai. Selain itu, ketua juga perlu memberitahu sebab ahli tersebut diberhentikan dari bercakap dan ketua juga boleh menggunakan signal yang sesuai untuk memberhentikan ahli dari terus bercakap.
Manfaat yang saya dapat daripada pembelajaran "cutting off" ini adalah tidak salah untuk memberhentikan orang ketika bercakap akan tetapi perlulah dilakukan dengan cara yang berhemah dan beradab agar ahli tidak terasa hati dan tidak beranggapan buruk kepada ketua. Kerana adakalanya ahli sendiri tidak perasan mungkin kata-kata mereka itu melibatkan perasaan ahli-ahli lain atau membuat ahli lain kurang selesa. Oleh itu sebagai ketua perlulah cekap dalam memberhentikan ahli tersebut dengan cara yang betul.
Hari : Rabu
Tarikh : 2/5/2018
Menjadi seorang ketua bukanlah sesuatu yang mudah walaupun saya sendiri sudah berpengalaman sebelum ini pada sesi yang pertama kerana setiap sesi ada cabarannya yang tersendiri. Pada sesi yang terakhir ini saya sebagai ketua merasa gembira apabila kesemua penghuni Baitus Solehah di dalam kumpuan kami mula berasa selesa dengan kami dan ada dalam kalangan mereka yang lebih terbuka untuk bercerita tentang kisah hidup mereka. Sepanjang sesi ini berlangsung saya dapat merasakan perubahan pada diri saya di mana saya lebih banyak untuk bertanyakan soalan yang membolehkan mereka bercerita dengan lebih mendalam.
Selain itu, sebagai ketua saya dapat merasakan aura yang positif daripada diri mereka walaupun pelbagai dugaan yang menimpa mereka. Selepas ketiga-tiga sesi ini berlangsung saya merasakan lebih bersemangat untuk mempertingkatkan ilmu saya di dalam bidang kaunseling kerana saya melihat sesi ini sebagai sesuatu yang menyeronokkan kerana dapat membantu mereka yang memerlukan semangat dari kita disamping itu kita sendiri dapat belajar pelbagai perkara di dalam sesi tersebut.
Hari : Jumaat
Tarikh : 27/4/2018
Pada sesi kali kedua, saya melihat penghuni Baitus Solehah lebih bersifat terbuka untuk bercerita tentang kisah hidup mereka. Bahkan ada juga kisah baru yang diceritakan oleh mereka. Bagi pendapat saya mereka sudah merasa selesa dengan kami dan sudah boleh menyesuaikan diri dengan kami. Melalui aktiviti yang dijalankan saya berpendapat mereka juga pandai dalam memberikan hujah dan pendapat mereka berkaitan dengan isi yang dibangkitkan. Pembantu ketua juga banyak membantu dalam sesi kedua untuk mendalami lebih lagi kisah hidup mereka.
Melalui sesi kedua, sebagai seorang ketua perkara yang saya cuba bangkitkan adalah sejauh mana kepercayaan mereka kepada pasangan mereka dan bagaimana mereka boleh memberikan kepercayaan sepenuhnya kepada pasangan mereka itu. Antara perkara yang dapat saya pelajari dari penghuni Baitus Solehah adalah usah berjanji saat sedang bahagia kerana janji yang dibuat tidak semestinya akan ditunaikan. Tambahan lagi, jangan mudah percaya dengan individu yang baru sahaja kita kenal kerana kita tidak tahu baik buruk perangainya. Hal in kerana, ramai antara mereka yang tertipu oleh janji manis yang diberikan kepada mereka. Oleh hal itu, pengajaran yang saya perolehi adalah usah bercinta jika cinta itu boleh memudaratkan dan mendatangkan keburukan kepada diri sendiri.
Sebagai kesimpulannya, sebagai seorang wanita jangan mudah menyerahkan diri kepada lelaki dan usah cepat jatuh hati kepada belaian dan layanan baik seorang lelaki. Bagi ibu bapa pula, seeloknya luangkan masa bersama anak-anak dan usah abaikan mereka walaupun mereka sudah dewasa kerana anak muda lebih memerlukan perhatian keluarga kerana mereka sedang belajar cara untuk menjadi manusia yang baik.
Hari : Rabu
Tarikh : 18/4/2018
Sebelum memulakan aktiviti, saya selaku ketua di dalam kumpulan mula memperkenalkan diri dan meminta mereka untuk memperkenalkan diri mereka juga. Pada awalnya saya selaku ketua merasa gementar dan risau kerana ini merupakan pengalaman pertama saya berhadapan dengan penghuni Baitus Solehah. Saya juga merasa gementar dan risau sekiranya mereka tidak mahu untuk berkongsi tentang kisah hidup mereka.
Perkara yang saya dapat daripada mereka sewaktu mereka berkongsi kisah mereka adalah, sebagai seorang perempuan kita tidak seharusnya percaya sepenuhnya kepada lelaki yang baru kita kenali. Tambahan lagi, saya juga merasakan peranan ibu bapa juga sangat penting dalam tempoh masa anak-anak memerlukan perhatian kerana ada di antara mereka tidak mendapat perhatian yang secukupnya dari keluarga dan menyebabkan mereka lebih percayakan pasangan mereka kerana pasangan mereka boleh memberikan perhatian sepenuhnya dan kasih sayang kepada mereka.
Seterusnya saya juga ada perasaan kagum kepada mereka kerana tidak terfikir untuk menggugurkan kandungan mereka kerana mereka berfikiran panjang dan memikirkan dosa yang akan bertambah sekiranya menggugurkan kandungan tersebut. Saya juga merasa bangga dengan mereka kerana mempunyai sikap ingin berubah dan berusaha untuk ke arah yang lebih baik. Tambahan lagi, mereka di Baitus Solehah disediakan pembelajaran agama yang baik.
Secara kesimpulannya, saya menutup sesi dengan memberitahu bahawa perkara yang lalu jadikan sebagai pengajaran dalam hidup dan terus pandang ke hadapan untuk memperbaiki diri ke arah yang lebih baik kerana pintu taubat Allah sentiasa terbuka untuk hamba-hambaNya.
Hari : Rabu
Tarikh : 11/4/2018
Pada minggu ini kami belajar tentang aktiviti yang perlu dijalankan oleh ketua merujuk kepada tujuan yang spesifik. Aktiviti ini dijalankan adalah untuk meningkatkan tahap keselesaan ahli pada permulaan sesi dan juga ketika bercerita tentang topik peribadi. Selain itu, memberi ketua maklumat yang berguna, dapat menjana perbincangan fokus kepada kumpulan, mengalih fokus, untuk memperdalam fokus, memberi peluang untuk belajar pengalaman dan memberi keseronokan dan kelonggaran.
Aktiviti ini boleh digunakan pada pembukaan sesi untuk mengelakkan ahli daripada berasa tidak selesa serta dapat membantu ahli untuk lebih fokus di dalam kumpulan.
Aktiviti yang dijalankan bergantung kepada isi yang ingin ditangani di dalam kumpulan itu sendiri. Selain itu, ia juga merangkumi umur, latar belakang budaya dan keperluan ahli untuk melakukan aktiviti itu. Dalam sesetengah keadaan, latihan ini boleh ditukar ganti dari segi tujuan dan kegunaannya.
Hari : Rabu
Tarikh : 28/3/2018
Setiap sesi mempunyai tiga fasa iaitu permulaan, pertengahan dan penutup. Sebelum sesi bermula seorang ketua perlualah menunjukkan tanggapan yang baik kepada ahli seperti bermesra dengan ahli, kelihatan seperti seorang yang boleh memahami. Pengenalan tidak perlu terlalu lama. Tambahan lagi, ketuan tidak boleh menghakimi ahli dengan teguran atau nasihat yang boleh menyakiti hati ahli.
Tujuan pengenalan adalah untuk membina hubungan antara ketua dan ahli supaya dapat membuang perasaan malu dan awkward. Dimulakan dengan pegenalan selama 3-5 minit yang merangkumi pengenalan yang akan diterangkan oleh ketua berkaitan dengan tujuan kumpulan itu dibuat dan juga peraturan yang ketua perlu patuhi seperti tidak mendedahkan kerahsiaan ahli. Manakala ahli pula membuat pengenalan dengan memberitahu tentang latar belakang mereka dan diteruskan dengan masalah yang ingin dikongsikan.
Hari : Rabu
Tarikh : 21/3/2018
Sebelum pemilihan ahli, ketua perlu menapis dan memilih ahli yang sesuai. Akan tetapi bagi kumpulan pendidikan dan perbincangan tidak perlu ditapis kerana ianya hanya melibatkan ahli di dalam kumpulan itu sahaja serta tajuk perbincangan adalah umum.
Pemilihan dibuat melalui lima kaedah iaitu :
- Temuduga peribadi ahli
- Merupakan kaedah yang paling baik
- Memberi peluang kepada ketua untuk berkomunikasi dengan ahli yang berpotensi
- Memberi peluang kepada ketua untuk memberitahu ahli berkaitan dengan kandungan kumpulan, proses, keahlian, peraturan dan sebagainya.
- Memberi peluang kepada ahli yang berpotensi bertanya soalan tentang kumpulan yang disertainya itu sesuai untuk mereka atau tidak.
2. Penyaringan bertulis (written screening)
- Ahli perlu melengkapkan borang bertulis yang merangkumi biografi seperti umur, jantina, status perkahwinan serta keadaan hidup.
- Untuk mengetahui maklumat yang diperlukan bagi membentuk sekumpulan ahli yang boleh berkongsi dan belajar bersama.
3. Penyaringan oleh Sumber Rujukan
- Ketua memberitahu sumber rujukan seperti guru, guru atau pentadbir, ahli terapi lain, atau kakitangan hospital, tentang kumpulan, tujuannya, dan jenis ahli yang dicari.
- Untuk memastikan bahawa mereka yang membuat rujukan memahami tujuan kumpulan dan jenis ahli yang dikehendaki.
4. Program kumpulan komprehensif
- Ketua mengendalikan beberapa kumpulan dan mengenalpasti ahli yang sesuai untuk dimasukkan ke dalam kumpulan yang sesuai. Sebagai contoh ahli yang mempunyai masalah pembelajaran akan dimasukkan ke dalam kumpulan yang mempunyai masalah pembelajaran.
- Perkara utama adalah untuk memastikan bahawa keputusan pemeriksaan seperti ini boleh menjadi instrumental dalam meningkatkan daya terapeutik positif.
5. Penyaringan dibuat setelah kumpulan ditubuhkan
- Untuk memberi peluang kepada ahli melihat sama ada berada di dalam kumpulan adalah keputusan yang terbaik untuk mereka atau tidak.
- Memberi peluang kepada ketua untuk melihat ahli yang berpotensi di dalam keadaan kumpualan.
Big Picture Planning (Gambaran utama)
- Memikirkan semua topik yang mungkin perlu dilindungi dan / atau boleh dilindungi.
Hari : Rabu
Tarikh : 14/3/2018
Apa yang saya pelajari adalah setiap kumpulan yang dibina haruslah mempunyai tujuannya tersendiri. Tujuan ini penting dalam menentukan hala tuju sesebuah kumpuan itu. Tujuan boleh diubah bergantung kepada ahli yang terlibat di dalam kumpulan tersebut. Sekiranya tiada tujuan dalam kumpulan yang dibina ianya dipanggil perjumpaan sosial. Kepentingan tujuan adalah untuk membantu ahli dalam membuat keputusan yang lebih rasional. Selain itu, tujuan itu juga dapat membantu ahli dalam mencapai matlamat atau sasaran serta dapat mengelakkan ahli daripada berasa bosan.
Hari : Rabu
Tarikh : 7/3/2018
Perkara yang saya dapat pada hari ini adalah terdapat tiga peringkat kumpulan iaitu permulaan, pertengahan dan penutup. Pemahaman saya biasanya adalah sesi perkenalan untuk membina hubungan supaya berasa selesa. Manakala pada peringkat pertengahan adalah ruang untuk ahli memberi tumpuan kepada tujuan kumpulan tersebut dan pada penutup adalah sesi untuk menamatkan kumpulan itu.
Antara perkara yang perlu di ambil kira apabila ingin memulakan sesi adalah persekitaran yang selesa dan kondusif, masa yang ingin ditetapkan, kerahsiaan ahli perlu dijaga dan ahli perlu mengetahui peranan mereka dalam kumpulan tersebut.
Masa yang diperuntukkan mestilah cukup untuk ahli berkongsi segala cerita dan masalah. Sekiranya masa yang diperuntukkan tidak cukup, ahli tidak akan sempat utuk bercerita, cerita atau masalah yang ingin dikongsi tidak ada penamatnya.
Tujuan kumpulan itu dibina juga perlulah dijelaskan agar ahli akan faham dengan peranan mereka.
- «Previous page
- 1
- 2
- »Next page