FARHANA MUNIRAH BINTI MUSTAPA's Reflection /
REFLECTION 7

Hari  : Rabu

Tarikh  : 11/4/2018

 

Pada minggu ini kami belajar tentang aktiviti yang perlu dijalankan oleh ketua merujuk kepada tujuan yang spesifik. Aktiviti ini dijalankan adalah untuk meningkatkan tahap keselesaan ahli pada permulaan sesi dan juga ketika bercerita tentang topik peribadi. Selain itu, memberi ketua maklumat yang berguna, dapat menjana perbincangan fokus kepada kumpulan, mengalih fokus, untuk memperdalam fokus, memberi peluang untuk belajar pengalaman dan memberi keseronokan dan kelonggaran.

    Aktiviti ini boleh digunakan pada pembukaan sesi untuk mengelakkan ahli daripada berasa tidak selesa serta dapat membantu ahli untuk lebih fokus di dalam kumpulan. 

    Aktiviti yang dijalankan bergantung kepada isi yang ingin ditangani di dalam kumpulan itu sendiri. Selain itu, ia juga merangkumi umur, latar belakang budaya dan keperluan ahli untuk melakukan aktiviti itu. Dalam sesetengah keadaan, latihan ini boleh ditukar ganti dari segi tujuan dan kegunaannya.