FARHANA MUNIRAH BINTI MUSTAPA's Reflection /
REFLECTION 5

Hari  : Rabu

Tarikh  : 21/3/2018

Sebelum pemilihan ahli, ketua perlu menapis dan memilih ahli yang sesuai. Akan tetapi bagi kumpulan pendidikan dan perbincangan tidak perlu ditapis kerana ianya hanya melibatkan ahli di dalam kumpulan itu sahaja serta tajuk perbincangan adalah umum.

Pemilihan dibuat melalui lima kaedah iaitu :

  1. Temuduga peribadi ahli
  • Merupakan kaedah yang paling baik
  • Memberi peluang kepada ketua untuk berkomunikasi dengan ahli yang berpotensi
  • Memberi peluang kepada ketua untuk memberitahu ahli berkaitan dengan kandungan kumpulan, proses, keahlian, peraturan dan sebagainya.
  • Memberi peluang kepada ahli yang berpotensi bertanya soalan tentang kumpulan yang disertainya itu sesuai untuk mereka atau tidak.

       2. Penyaringan bertulis (written screening)

  • Ahli perlu melengkapkan borang bertulis yang merangkumi biografi seperti umur, jantina, status perkahwinan serta keadaan hidup. 
  • Untuk mengetahui maklumat yang diperlukan bagi membentuk sekumpulan ahli yang boleh berkongsi dan belajar bersama.

       3. Penyaringan oleh Sumber Rujukan

  • Ketua memberitahu sumber rujukan seperti guru, guru atau pentadbir, ahli terapi lain, atau kakitangan hospital, tentang kumpulan, tujuannya, dan jenis ahli yang dicari.
  • Untuk memastikan bahawa mereka yang membuat rujukan memahami tujuan kumpulan dan jenis ahli yang dikehendaki.

       4. Program kumpulan komprehensif

  • Ketua mengendalikan beberapa kumpulan dan mengenalpasti ahli yang sesuai untuk dimasukkan ke dalam kumpulan yang sesuai. Sebagai contoh ahli yang mempunyai masalah pembelajaran akan dimasukkan ke dalam kumpulan yang mempunyai masalah pembelajaran.
  • Perkara utama adalah untuk memastikan bahawa keputusan pemeriksaan seperti ini boleh menjadi instrumental dalam meningkatkan daya terapeutik positif.

       5. Penyaringan dibuat setelah kumpulan ditubuhkan

  • Untuk memberi peluang kepada ahli melihat sama ada berada di dalam kumpulan adalah keputusan yang terbaik untuk mereka atau tidak.
  • Memberi peluang kepada ketua untuk melihat ahli yang berpotensi di dalam keadaan kumpualan. 

 

Big Picture Planning (Gambaran utama)

  • Memikirkan semua topik yang mungkin perlu dilindungi dan / atau boleh dilindungi.