TANGGAPAN AWAL MOHAMAD

SURVEY TANGGAPAN AWAL

 

  • NAMA: Mohamad bin Mohd Salleh
  • PROGRAM: 2-SPPS- Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Sains Sukan)
  • KOLEJ KEDIAMAN: Kolej 10
  • SEKSYEN: 33
  • KAUM: Melayu
  • AGAMA: Islam
  • NEGERI: Johor
  • KELULUSAN TERDAHULU: STPM
  • Secara umumnya, nyatakan masalah yang anda hadapi dan cadangan penyelesaian tentang pembelajaran anda di UTM

-M: beberapa tempat dikawasan kolej kediaman tidak mendapat jaringan WiFi

-C: Meluaskan jaringan wifi ke seluruh kawasan UTM agar mudah diakses

  • Kongsikan tanggapan awal anda terhadap kursus pemikiran Sains dan Teknologi

Bagi saya kursus ini berkaitan dengan pandangan masyarakat atau individu terhadap ilmu yang boleh diterima akal atau logik serta kesan teknologi kepada global. Kursus ini mengalakkan pelajar untuk berfikir secara rasional dan kritis.

  • Kongsikan harapan anda terhadap kursus pemikiran Sains dan Teknologi

Saya berharap kursus ini dapat melahirkan individu yang bijak menggunakan teknologi untuk memudahkan urusan masyarakat, bangsa, agama dan negara. Selain itu, saya berharap agar umat Islam dapat mencipta sesuatu peralatan yang canggih yang dapat membantu urusan harian mereka dan seterusnya membangunkan ekonomi umat Islam.

  • Pada pendapat anda, apakah kepentingan kursus ini kepada program pengajian anda

Saya sebagai pelajar jurusan sains sukan, saya beranggapan kursus ini penting kerana ia berkaitan dengan bidang yang saya pelajari. Ia membantu saya untuk menggunakan teknologi secara efisien agar memudahkan urusan kuliah. Selain itu, ilmu sains ini juga berguna untuk pemahaman saya terhadap jurusan yang saya pilih.

  • Secara umumnya berikan pandangan anda mengenai kursus pemikiran Sains dan Teknologi

Kursus ini mengajak kita berfikir bahawa kemajuan sains dan teknologi tidak bermakna jika kita meninggalkan agama. Selain itu, sains perlu berpandukan al-Quran dan hadis agar tidak terpesong dan tidak hanya bergantung kepada akal semata-mata. Umat Islam perlu menguasai ilmu sains dan teknologi agar tuntutan fardu kifayah dalam agama dapat dipenuhi. Dengan adanya kursus ini, ilmu sains dan teknologi dapat diterapkan dalam diri pelajar.