MAN HOW KNEW INFINITY (AMIR)

 

WIKIPEDIA

The Man Who Knew Infinity adalah genre drama filem produksi tahun 2015 berdasarkan buku 1991 bertajuk "The Man Who Knew Infinity" oleh Robert Kanigel. Filem ini diarahkan oleh Matthew Brown yang juga sebagai penulis skrip, dan dihasilkan oleh Edward R. Pressman, Jim Young, Joe Thomas, dan Mark Montgomery. The Man Who Knew Infinity membintangi bintang filem Dev Patel sebagai Srinivasa Ramanujan, ahli matematik yang setelah menjalani kehidupan buruk di Madras, India, berjaya memasuki Universiti Cambridge semasa Perang Dunia I, di mana beliau menjadi perintis teori matematik di bawah bimbingan Profesor GH Hardy (dimainkan oleh Jeremy Irons).

Proses pengeluaran filem bermula pada bulan Ogos 2014 di Trinity College, Cambridge.The Man Who Knew Infinity didedahkan pada penyampaian Festival Filem Antarabangsa Toronto 2015, dan dipilih dalam sesi pembukaan di Festival Filem Zurich 2015. Ia juga memainkan perayaan-perayaan filem lain termasuk Festival Filem Antarabangsa Singapura dan Festival Filem Antarabangsa Dubai.Pakar matematik Manjul Bhargava dan Ken Ono bertindak sebagai penerbit dalam filem ini. Ono, seorang perunding matematik, adalah Fugug Guggenheim, dan Bhargava adalah pemenang medan Fields.

Laman web pengumpul Rotten Tomatoes melaporkan bahawa 63% daripada semua pengkritik memberikan penarafan positif untuk filem ini, berdasarkan 96 ulasan yang purata 6.1 / 10.Mister Smith Entertainment mengendalikan penjualan filem ini secara antarabangsa Warner Bros. mengeluarkan filem ini di Amerika Syarikat pada 29 April 2016.

 

PANDANGAN SAYA MENGENAI FILEM INI.

            Seperti mana yang dinyatakan pada Wikipedia diatas, bahawa watak utama dalam filem ini adalah Ramanujan. Dia merupakan seorang yang kurniakan kelebihan lain daripada manusia biasa dimana mempunyai tahap pemikiran yang tinggi dalam ilmu matematik. Apa yang diperolehi pada awal cerita ini ialah, persekitaran yang miskin dengan kurangnya infrastuktur masyarakat menyebabkan martabat keilmuan tidak disanjung tinggi. Mereka hanya memikirkan wang untuk sara kehidupan dengan membuat kerja-kerja walaupun dibawah jajahan bangsa lain. Potensi untuk mencari lebih banyak ilmu akan terbatut pada zaman penjajahan kerana apabila mereka yang cerdik pasti akan melawan penjajah, walaupun penemuan ilmu yang luar biasa dikemukakan.

            Seterusnya, apa yang diperoleh dari filem ini sifat tidak putus asa yang membolehkan seseorang itu dapat menakluk dunia. Ramanujan tidak putus asa untuk memberitahu apa yang dia peroleh kepada cendikiawan England, sehingga pada akhirnya dia berjaya mendapat tawaran untuk ke Trinity College. Dia juga tidak pulang malam selepas bekerja demi memberi penerangan kepada majikannya terhadap formula yang ditemui sehinggakan isterinya datang kepadanya untuk rayu pulang kerumah.

            Disamping itu, sikap sabar merupakan nilai utama yang dipaparkan dalam filem ini. Sifat sabar yang pertama dapat dilihat melalui isteri Ramanujan itu sendiri. Dimana dia mampu untuk bersabar dengan ibu mertuanya yang sentiasa bersangka buruk dan selalu mengatakan yang bukan-bukan terhadapnya. Nilai kesabaran kedua dapat dilihat pada Ramanujan, dia mampu sabar apabila tibanya Trinity College dimana kehadirannya hanya sebagai orang yang tertunggu untuk pandangan apa yang telah ditemukan dalam bidang matematik itu. Semua Professor disana seakan tidak percaya terhadap penemuan yang dia telah temui kerana menjangkaui tahap mereka, oleh itu hasil penemuan Ramanujan tidak di iktiraf. Namun dengan sikap kesabaran paling tinggi terutama dalam nilai persahabatan. Ramanujan dengan penuh teruja untuk jumpa dengan Profesor Hardy tetapi disambut perasaan angkuh tanpa berjabat tangan dengan Ramanujan. Tapi hari demi hari kesabaran dia dalam berbincang dengan Profesor Hardy membuahkan hasil dengan tercipta satu formula yang baru dan akhirnya mereka rapat dan saling mengambil berat antara satu sama lain.

            Demikian pula, dalam filem ini juga memaparkan bahawa dalam bidang pendidikan ada individu yang pentingkan diri demi menjaga nama dan pengaruh mereka. Mereka sanggup untuk melakukan penindasan terhadap mereka yang berpotensi dalam mengembangkan kajian yang baru. Dengan pangkat dalam institusi mereka juga mengambil kesempatan untuk menjadi karya orang lain sebagai kajiannya sendiri. Sebagai seorang pendidik sepatutnya perlu mencurahkan segala ilmu kepada pelajarnya, bukannya sorok ilmu demi menjaga martabat diri.