TANGGAPAN AWAL LOQMAN

NAMA: MOHAMAD LOQMAN HAKIM BIN ADNAN

PROGRAM: 2- SPPS.

KOLEJ KEDIAMAN: KTC

SEKSYEN: 33.

BANGSA: MELAYU.

AGAMA: ISLAM.

NEGERI: TERENGGANU.

KELULUSAN TERDAHULU: (STPM) DI SMK KUALA BESUT.

~ Secara keseluruhannya, saya mempunyai beberapa masalah mengenai pembelajaran di Universiti Teknologi Malaysia ini. Antara masalah yang dihadapi ialah pengangkutan Hal ini dikatakan demikian kerana pengangkutan yang disediakan mengalami beberapa masalah contohnya lambat dan tidak ada kecekapan pemandu bas telah mengakibatkan ramai pelajar yang terpaksa hadir kuliah lambat. Cara untuk mengatasi masalah ini adalah dengan  memerhatikan tingkah laku pemandu bas agar berkerja dengan lebih cekap dan bertanggungjawab.

~ Sebelum masuk ke kelas ini, tanggapan saya terhadap subjek ini adalah kami mungkin bakal mempelajari perkaitan antara sains dan teknologi. Sains merupakan peranan yang penting dalam penghasilan teknologi kerana sains adalah berunsurkan kajian. Jika tidak mempunyai kajian, bagaimana seseorang itu boleh menghasilkan sesuatu yang baru. Saya juga beranggapan bahawa subjek ini akan memberi pendedahan mengenai teknologi terkini dan membuat sebarang kajian di makmal.

~ Harapan saya terhadap khusus ini ialah, perlu diteruskan kepada semua pelajar UTM agar mereka dapat mengenali sejarah teknologi dan bagaimana penghasilan teknologi berlaku.  Selain itu, subjek ini juga harus diperkenalkan sejak peringkat sekolah menengah lagi agar semua pelajar mengetahui kepentingan teknologi dalam pembelajaran bukannya boleh digunakan sebagai hiburan sahaja. Hal ini dikatakan demikian kerana ramai pelajar sekarang salah menggunakan teknologi, mereka hanya menganggap teknologi hanyalah sekadar alat untuk mengisi masa lapang contohnya bermain permainan dan media sosial. Oleh itu dengan adanya subjek ini di peingkat sekolah menengah, pelajar semua akan lebih memahami dan menghargai teknologi dan menggunakannya dengan sebaiknya.

~ Pada pendapat saya, kepentingan khusus ini adalah mendedahkan pelajar penggunaan teknologi dalam pembelajaran. Hal ini dikatakan demikian kerana di dalam subjek ini, pelajar didedahkan dengan bahan yang digunakan dalam pembelajaran abaad ke – 21 dan memuat turun aplikasi mengenai subjek yang ingin dipelajari. Seterusnya, khusus ini juga memberikan pengetahuan kepada pelajar mengenai tokoh-tokoh yang terkenal dan apakah sumbangan mereka pada dunia sekarang. Dengan ini, disamping mempelajari teknologi, pelajar juga dapat mengetahui sejarah.