TANGGAPAN AWAL (AMIR)

 

NAMA: MUHAMMAD AMIR NAZHIF BIN MOHD HANIFUDDIN.

PROGRAM: 2- SPPS.

KOLEJ KEDIAMAN: UBI 1 2053.

SEKSYEN: 33.

BANGSA: MELAYU.

AGAMA: ISLAM.

NEGERI: TERENGGANU.

KELULUSAN TERDAHULU: (STPM) DI SMK TENGKU INTAN ZAHARAH DUNGUN, TERENGGANU.

~ Secara umumnya, pembelajaran di Universiti Teknologi Malaysia adalah yang terbaik dari segi sudut sukatan yang ditawarkan dan dengan pengunaan teknologi seperti e-learning mampu memudahkan pelajar dalam memperolehi nota kelas. Namun, kesukaran yang dihadapi adalah berkaitan dengan pengunaan e-portfolio yang jarang digunakan oleh para pelajar, sedangkan kebaikkan yang diperolehi daripada laman tersebut banyak. Segala maklumat dapat dikongsi bersama, tetapi disebabkan pengunaannya kurang mendapat sambutan menyebabkan perkongsian itu hanya satu hala sahaja, tanpa ada pihak kedua untuk memberi respon terhadap apa-apa yang telah dikongsikan.

~ Cadangan untuk permasalahan ini, pihak sekolah pendidikan boleh mengadakan seminar khas untuk penerangan dan cara pengunaan e-portfolio dengan lebih mendalam agar semua pelajar mahir. Pendedahan ini perlu dilakukan pada awal kemasukkan pelajar khasnya pada pelajar tahun satu.

~ Sebelum masuk ke kelas ini, tanggapan saya terhadap subjek ini adalah kami mungkin bakal mempelajari ilmu sains dan teknologi yang tinggi sejajar dengan standard Universiti Teknologi Malaysia yang melahirkan banyak graduan yang berbakat dalam penghasilan teknologi, seperti dengan menghasilkan robotic dan sebagainya. Ataupun dalam subjek ini kami mungkin akan diberikan pendedahan berkaitan pengkajian ubat-ubatan, tumbuh-tumbuhan dan sebagainya bagi tujuan R&D. Tapi Itu hanya tanggapan awal saya, dan sangkaan saya itu tidak tepat setalah masuk kedalam kelas ini, dan telah mengetahui dengan lebih jelas terhadap makna perkataan “sains” dan “teknologi” itu sendiri.

~ Harapan saya terhadap khusus ini ialah, perlu diteruskan kepada semua pelajar UTM. Selain itu, semmoga subjek ini bukan sahaja hanya diperkenalkan di Universiti, malahan perlu kepada pendedahan awal sama ada diperingkat STPM, Diploma, Asasi dan sebagainya dan ianya hanyalah khusus sampingan yang santai kepada para pelajar, agar mereka seronok mempelajari khusus ini tanpa risau kerana khusus tiada dalam peperiksaan akhir semesta mereka.

~ Pada pendapat saya, kepentingan khusus ini adalah mampu menjadikan pelajar untuk berfikiran lebih kehadapan seiringan dengan pembelajaran berkaitan perubahan teknologi yang semakin berkembang mengikut peredaran zaman. Selain itu, ia juga mampu menjadi pelajar untuk berfikiran kritis sebelum menerima apa-apa maklumat baharu, hal ini untuk memastikan kesahihan dan sejauh mana kebenaran maklumat tersebut, seperti mana yang dipelajari dalam bab falsafah. Sebagai pelajar yang berada didalam sekolah pendidikan, subjek ini amatlah penting kepada kami kerana dengan pendedahan pengetahuan teknologi yang dipelajari, ia secara tak langsung memberikan kelebihan kepada kami untuk memenuhi salah satu ciri guru abad yang ke 21, iaitu celik “IT” dimana bukan sahaja untuk pengetahuan peribadi, malahan ilmu ini turut akan disampaikan kepada bakal murid kami pada masa hadapan.