SCIENCE AND TECHNOLOGY THINKING UHIT2302

Tanggapan Awal Terhadap Pemikiran Sains Dan Teknologi

Tanggapan Awal

Tanggapan Awal Terhadap Pemikiran Sains Dan Teknologi

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,Salam UTM Sanjungan Bangsa

Berkenaan tanggapan awal terhadap kursus Pemikiran Sains dan Teknologi,saya sangat tertarik kerana apabila mendengar sahaja tentang sains dan teknologi sudah pasti ianya akan mendedahkan kita terhadap segala ilmu-ilmu yang menarik dan mencabar.

Pada pendapat saya,Pemikiran Sains dan Teknologi sudah pasti akan menjadi kursus kegemaran para mahasiswa di Universiti Teknologi Malaysia.Hal ini demikian kerana,kursus ini akan membincangkan kepada para pelajar berkenaan idea-idea kreatif dan inovatif terhadap perkembangan ilmu sains sejak zaman terdahulu sehinggalah zaman sekarang.

Harapan saya adalah supaya Kursus Pemikiran Sains dan Teknologi ini mampu melahirkan insan-insan yang lebih berfikiran terbuka dan memiliki sikap berfikiran di luar kotak.Hal ini sangatlah penting dalam menjadikan kualiti pendidikan di negara tercinta ini terbaik dan dipandang tinggi oleh masyarakat di luar sana.