PERTANDINGAN INOVASI UHIT2302 2019

Pertandingan ini melihat 17 kumpulan yang terdiri daripada 3 buah kelas UHIT di UTM pada TAHUN 2019

Tujuan pertandingan ini diadakan adalah untuk mewujudkan sifat berdaya saing yang positif dalam kalangan pelajar UTM.

REKLEKSI TERHADAP PERTANDINGAN

REFLEKSI DIRI TEHADAP PERTANDINGAN INOVASI PEMIKIRAN SAINS DAN TEKNOLOGI TAHUN 2019 

https://youtu.be/LnQuUcIXcGk <------TEKAN LINK UNTUK MENONTON VIDEO KAMI

PENGENALAN 

Subjek Pemikiran Sains dan Teknologi merupakan suatu platfom untuk mengasah tahap pemikiran mahasiswa terutama mahasiswa Universiti Teknologi Malaysia.Sepanjang sesi kuliah pada semester ini,para pelajar telah didedahkan dengan lebih mendalam mengenai perkembangan ilmu dari zaman purba sehinggalah zaman moden yang dapat kita lihat pada hari ini.Ilmu bukan sahaja untuk digunakan dalam kehidupan seharian kita sebagai manusia malah ilmu itu perlulah saling dikongsikan supaya terhasilnya perkembangan ilmu pemikiran dalam kalangan manusia. 

Kepentingan Subjek Pemikiran Sains dan Teknologi antaranya ialah melahirkan insan yang mampu berfikiran kritis dan berinovasi.Di sini para pelajar akan lebih memahami tentang konsep bekerjasama antara satu sama lain sebagai satu kumpulan dalam menyelesaikan tugasan yang diberikan oleh para pensyarah.Terdapat juga beberapa nilai murni yang diterapkan sepanjang kuliah subjek ini berlangsung dan ianya sudah pasti akan memberikan kesan dan implikasi yang positif dalam sanubari para pelajar. 

 

PERSEDIAAN MENYERTAI PERTANDINGAN INOVASI 

Seperti yang kita tahu,Pertandingan Inovasi Subjek Pemikiran Sains dan Teknologi telah diadakan pada hari Isnin bersamaan 2 Disember tahun 2019 bertempat di Dewan Al Marbawiy di Pusat Penyelidikan Fiqh Sains dan Teknologi Universiti Teknologi Malaysia.Para peserta terdiri daripada pelajar dan dibahagikan mengikut beberapa kumpulan. 

 

Pada awal sesi kuliah ,para pelajar telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan yang terdiri daripada pelajar yang berbilang kaum.Saya Muhammad Najib Fiqri bin Sulaiman ditempatkan dalam kumpulan ke-4 bersama 6 ahli kumpulan yang lain.Sebelum bergerak kepada penghasilan idea prototype,perkara pertama yang perlu kami lakukan terlebih dahulu sudah semestinya berkenalan sesama ahli kumpulan.Dengan mengenali identiti masing-masing,sesi perbincangan dan perkongsian akan menjadi lebih mudah dan seronok. 

 

Dalam sesi perbincangan mencari satu inovasi yang boleh kami lakukan,kami sebagai satu kumpulan meletakkan “Penjagaan Kesihatan” sebagai sumber pencarian idea kami kerana masyarakat Malaysia terutamanya sering kali mengalami masalah kesihatan tidak kira golongan muda mahupun golongan tua.Sakit Jantung  merupakan antara faktor peningkatan kadar kematian manusia yang paling kerap kita lihat pada hari ini.Jika dahulu sakit jantung ini hanya akan dikaitkan dengan warga emas ,akan tetapi hakitkatnya sakit jantung ini boleh datang kepada sesiapa sahaja tidak mengira usia dan jantina. 

 

Holter Monitor merupakan suatu teknologi perubatan untuk mengesan dan merawat sakit jantung.Hasil perkongsian ilmu dan maklumat ,kami sebagai satu kumpulan sebulat suara untuk menjadikan holter monitor dalam bentuk yang lebih mudah dibawa dan dipakai sebagai produk prototype kami.Tujuan utama prototype ini dihasilkan adalah untuk menyarankan seluruh masyarakat untuk memakainya supaya dapat mengesan dan mengelak daripada menghidap serangan sakit jantung.Protype kami dikhususkan untuk semua golongan seperti kanak-kanak,ahli sukan,dewasa dan golongan warga emas. 

 

PANDANGAN TERHADAP PERTANDINGAN INOVASI 

Pada pandangan saya,pertandingan inovasi yang telah dijalankan oleh pihak dari Kursus Pemikiran Sains dan Teknologi merupakan satu aktviti yang paling menarik sepanjang semester ini.Pertandingan ini merupakan suatu medium dimana para pelajar akan bersaing dan bekerja keras untuk mendapatkan hasil yang terbaik untuk dipersembahkan kepada juri. 

 

Segala kelengkapan dan peralatan ketika pertandingan ini berlansung sangat terbaik dan memudahkan para pelajar melakukan persembahan cemerlang.Tidak lupa juga ,kami semua mengucapkan ribuan terima kasih kepada Dr Najwa Hanani kerana telah bersusah payah mengisi masa beliau untuk menyediakan kami kek coklat sebagai sebahagian daripada kemanisan pertandingan ini. 

 

Syukur kepada hadrat Ilahi dengan hasil usaha keras kumpulan kami,prototype Holter Moniter kami telah mendapat JOHAN dalam pertandingan ini.Tahniah saya ucapakan kepada semua peserta yang telah bersama-sama menjayakan program ini .Saya harap pertandingan inovasi ini akan terus diadakan pada masa akan datang supaya dapat menanam sifat persaingan yang sihat dalam kalangan mahasiswa di UTM.  

 

KESAN DARIPADA PENGHASILAN PROPOSAL DAN PROTOTYPE 

Melalui aktiviti-aktiviti yang dinyatkan.Saya dapat mengasah dan menambahbaik kemahiran berfikir aras tinggi.Berfikir di luar kotak akan menghasilkan satu penyelesaian masalah yang lebih kretif dan efektif. 

Selain itu,saya juga belajar untuk lebih mahir dalam berkomunikasi di khalayak ramai terutama ketika hendak membentangkan hasil proposal dan prototype yang telah kami usahakan. 

Semangat berkerja secara berkumpulan sudah pasti menjadi keutamaan saya sepanjang bekerja dalam menyiapkan segala tugasan.Dalam kumpulan perlulah memiliki seorang ketua untuk mengetuai segala perancangan dan persediaan yang perlu dilakukan.Secara tidak langsung sifat kepimpinan juga turut saya semaikan di dalam diri supaya lebih berani ke hadapan menjadi seorang pemimpin yang berwibawa dan berjaya. 

JOHAN PERTANDINGAN INOVASI

BERKAT KERJASAMA DAN USAHA YANG GIGIH

KAMI BERJAYA MENDAPATKAN JOHAN!!!!!

  • WhatsApp Image 2019-12-02 at 1.12.21 PM.jpeg
  • WhatsApp Image 2019-12-02 at 11.53.08 AM.jpeg

Poster PROTOTYPE

Details