REFLEKSI VIDEO SEMINAR IR4.0
Berdasarkan video-video seminar yang telah saya tonton, saya lebih memahami bahawa perkembangan teknologi masa kini sememangnya merupakan perkara penting dalam pembangunan kehidupan manusia pada zaman dahulu sehinggalah hari ini. Tanpa kita sedari,kemajuan yang sedang kita rasai berlalu dengan pantas dan semakin hari semakin bertambah maju. Buktinya, industri global telahpun melalui empat fasa revolusi dalam masa dua abad ini.
Disamping itu, kita dapat lihat bahawa peluang pekerjaan pada hari ini juga turut terkesan daripada perkembangan ini kerana bidang pekerjaan yang ditawarkan pada masa kini lebih terarah kepada bidang rangkaian Internet dan sistem berbentuk siber fizikal. Oleh yang demikian, sebagai anak muda yang akan mewarisi dan meneraju negara pada masa hadapan, kita haruslah berusaha menguasai kemahiran sains teknologi agar dapat meningkatkan kualiti jati dari sebagai pelajar disamping menyiapkan diri untuk menghadapi pelbagai jenis cabaran dan rintangan yang bakal menjelma.Seorang yang hebat ialah individu yang sentiasa perbaiki diri dan bersiap sedia mengharungi segala cabaran tanpa berputus asa.
Antara isi penting yang telah saya perolehi daripada video seminar tersebut ialah revolusi industri global terbahagi kepada empat bahagian.
- Revolusi Perindustrian Pertama merupakan titik tolak kepada perkembangan teknologi pada masa kini. Pada ketika ini, jentera berasaskan wap mula diperkenalkan.
- Seterusnya, Revolusi Perindustrian Kedua pula lebih terarah kepada penjanaan kuasa elektrik.
- Pada Revolusi Perindustrian Ketiga,elektronik dan teknologi maklumat pula mula diperkenalkan .
- Revolusi Industri Keempat(IR4.0) adalah kesinambungan versi ketiga dalam peningkatan automasi berserta rangkaian internet dan proses fizikal lain.
Apa yang telah saya perolehi," IR4.0" ini telah mengurangkan peluang pekerjaan dalam beberapa sektor pekerjaan. Hal ini kerana perkhidmatan robot dan mesin Artificial Intelligent(AI) sudah mula digunapakai. Sebagai contoh yang paling mudah kita lihat,di terminal bas sudah tiada lagi kaunter atau pekerja yang menjual tiket bas kerana mesin menjual tiket bas telah memonopoli pekerjaan tersebut.Antara terminal bas tersebut ialah seperti di Larkin Sentral Johor Bahru.
Perkembangan teknologi robotik dan AI ini jelas sekali membawa banyak manfaat dalam kehidupan kita sebagai manusia. Kemahiran kendiri yang dinilai oleh para majikan untuk menjawat sesuatu pekerjaan juga sedikit berubah. Antara kemahiran yang menjadi keutamaan kepada masyarakat bagi mendepani cabaran IR4.0 ini ialah berfikir secara kritikal, kemahiran menyelesaikan masalah, mampu bekerja secara berkumpulan, kepimpinan yang tinggi, kemahiran decision making, mempunyai nilai etika dan sebagainya.KIta juga perlulah mempunyai fleksibiliti kognitif iaitu sentiasa bersedia dan mampu mengadaptasi segala perubahan walaupun secara drastik serta berani mengambil peluang yang ada.