SCIENCE AND TECHNOLOGY THINKING UHIT2302

Tanggapan Awal dan Refkeksi Akhir Terhadap Pemikiran Sains Dan Teknologi

Laman ini mempamerkan tanggapan awal dan refleksi akhir saya terhadap subjek Pemikiran Sains dan Teknologi sepanjang saya belajar pada semester satu tahun 2019.

 

Tanggapan Awal Terhadap Pemikiran Sains Dan Teknologi

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,Salam UTM Sanjungan Bangsa

Pada permulaan sesi pembelajaran bagi subjek Pemikiran Sains dan Teknologi,saya dapat merasakan bahawa subjek ini akan mampu memberikan kesan yang sangat positif kepada pelajar terutamanya para mahasiswa di Universiti Teknologi Malaysia.

Sekalung penghargaan dan ribuan terima kasih tidak terhingga kepada semua tenaga pengajar terutama para pensyarah subjek ini kerana telah memberikan komitmen dan usaha yang sangat baik bagi memastikan kami sebagai pelajar mengusai segala yang berkaitan intipati di dalam subjek ini.

Tanggapan awal saya sepanjang belajar subjek ini antaranya ialah subjek ini akan mampu mengubah corak pemikiran anak-anak muda pada hari ini supaya lebih berfikiran luas dan terbuka dalam melakukan sesuatu perkara.

Selain itu,saya berharap subjek ini akan menjadi salah satu subjek kegemaran para mahasiswa sepanjang mereka belajar di Universiti Teknologi Malaysia.Para pelajar sudah pasti akan lebih  bijak dalam memikirkan suatu penyelesaian yang paling terbaik dan kreatif dalam menyelesaikan sesuatu masalah sepanjang kehidupan seharian mereka.

Dengan kata lain,saya dengan yakinnya mengganggap bahawa subjek Pemikiran Sains dan Teknologi ini akan menjadi salah satu pendorong yang akan membantu golongan masyarakat pada hari ini untuk menjadikan masa hadapan lebih cerah dan mencapai segala matlamat negara dengan cemerlang.

Refleksi Akhir terhadap UHIT2302

Pelangi muncul jarang sekali,
Indah sungguh berwarna-warni,
Jasamu guru besar sekali,
Tidak terbalas walau seinci.

 

Setiap perjalanan sudah pasti ada pengakhiran.Dan setiap pengakhiran sudah pasti ada pengajaran yang kita boleh sampaikan.

Bagi rekfleksi yang saya peroleh berikan terhadap kursus Pemikiran Sains dan Teknologi,kursus ini telah mengajar saya erti kepentingan bekerja dalam berkumpulan dalam melakukan sesuatu perkara.Apa yang diterapkan ketika sepanjang menyiapkan tugasan-tugasan yang diberikan oleh pensyarah ialah nilai kerjasama antara satu pasukan.Hasil kerja yang cemerlang tidak akan mampu dilakukan jika kita bekerja bersendirian.Saya telah menyedari bahawa sifat toleransi dan bertolak ansur adalah sangat penting ketika ingin mendapatkan satu jalan penyelesaian yang paling terbaik.Saya dapat berkongsi pendapat dan maklumat sesama ahli pasukan dengan begitu selesa dan seronok.Semestinya pengalaman yang sangat manis ini tidak akan saya lupakan.

Selain itu,dalam sesi penyampaian perlulah memiliki cara berhubung yang berkesan antara penyampai dan penerima maklumat .Dalam kursus ini juga telah sedikit sebanyak melatih saya untuk berinteraksi di hadapan orang awam demi menyampaikan sesuatu maklumat dengan lebih efektif.Keberanian dan keyakinan adalah kunci utama yang pelajar perlu pegang jika ingin menjadi seorang insan yang berkualiti tinggi.Kemahiran berkomunikasi saya dapat ditambahbaik dan subjek ini sememangnya berjaya menanamkan sifat berani itu dalam sanubari para pelajar.

Terlalu banyak refleksi positif yang ingin saya sampaikan akan tetapi semua itu telah menjadi kenangan dan pegangan yang akan saya praktikkan pada masa hadapan.Dengan kata lain,Kursus Pemikiran Sains dan Teknologi ini adalah satu medium untuk para pelajar mengasah bakat-bakat terpendam dan melatih diri menjadi seseorang yang berkualiti tinggi dari semua aspek yang negara terbilang mahukan.

Terima Kasih<3 Dr Najwa Hanani binti Abd Rahman UHIT2302-33