UHMS1172-18 MALAYSIAN DYNAMICS

Nama Pensyarah : Pn. Halimah bt Ma'alip

Pengenalan

Subjek ini menjelaskan tentang dinamika masyarakat Malaysia daripada zaman silam hingga masakini. Kita dapat melihat perubahan-perubahan sosial masyarakat Malaysia yang berubah secara dinamik. Perubahan ini dibincangkan daripada pelbagai perspektif perkara-perkara seperti pembinaan sistem politik, pembangunan ekonomi, dan hubungan etnik yang pelbagai dipengaruhi oleh sistem masyarakat traditional, penjajahan dan sebagai masyarakat yang merdeka. Oleh itu,subjek ini melibatkan pendekatan bidang sejarah, politik, hubungan antarabangsa dan sosiologi bagi melihat semua bentuk dinamika masyarakat negara ini secara lebih holistik.