Pengalaman Sebagai Pesakit Covid 19
https://www.youtube.com/watch?v=y_UaWgv-kSM
Video ini adalah sebahagian perkongsian daripada pengalaman saya dan keluarga sepanjang proses kuarintin akibat sah positif covid 19. Daripada 13 orang ahli keluarga saya, 8 orang telah disahkan sebagai pesakit covid 19. Kami masih tidak tahu siapa yang menjadi punca kepada penyebaran virus ini dalam kalangan keluarga kami. Namun, kami tidak saling menyalahkan malah kami menerima takdir ini dengan redha. Walaupun di dalam video ini, kami kelihatan agak gembira, perasaan sebenar di lubuk hati kami hanya tuhan saja yang tahu.
Pelbagai perasaan yang menyelubungi diri ini seperti takut, serba salah, sedih, sakit, putus asa tetapi alhamdulillah Allah takdirkan saya lalui ujian ini bersama keluarga saya yang tercinta. Kami sama-sama memberi semangat antara satu sama lain dan menyembunyikan segala perasaan negatif tersebut. Kami merupakan pesakit Covid 19 kategori 2 iaitu positif dan bergejala. Hilang deria bau, deria rasa, demam, selesema, batuk, sesak nafas, sakit dada, mudah penat dan sakit kepala adalah gejala yang kami alami.
Sebagai seorang pelajar universiti tahun 1 yang sepenuhnya belajar secara atas talian, perkara ini adalah satu tekanan yang agak kuat bagi saya. Saya tidak dapat fokus di dalam kuliah dan ketika menyiapkan tugasan subjek di waktu itu. Nasib baik saya, dalam tempoh itu hanya tinggal beberapa tugasan saja yang belum selesai kerana sudah hampir peperiksaan akhir semester 1. Saya berasa serba salah dan sedih kerana tidak berjaya menghantar sebuah tugasan untuk satu subjek pada masa yang sepatutnya, namun pensyarah subjek itu memberi peluang kedua kepada saya untuk menghantarnya setelah hampir sebulan saya mendiamkan diri. Sebenarnya, saya agak overthinking ketika itu maka, saya membuat keputusan untuk berserah dan mendiamkan diri sahaja sehingga habis peperiksaan akhir semester 1. Alhamdulillah, pensyarah itu tergerak hati untuk bertanya masalah saya dan memahami situasi saya. Saya terharu kerana markah saya untuk subjek itu cukup baik walaupun tugasan yang saya lambat hantar itu sejujurnya tidak memenuhi kriteria yang pensyarah itu mahukan. Terima kasih sangat pada pensyarah itu. Setakat ini sajalah perkongsian saya sebagai seorang bekas pesakit Covid 19.
Pertandingan Video Kreatif Bertemakan Kesihatan Mental & Kesejahteraan Psikologi (VIBRANT)
https://www.youtube.com/watch?v=tFKe7SYHtfA
Video ini dihasilkan sebagai sebuah penyertaan dalam pertandingan video kreatif bertemakan kesihatan mental & kesejahteraan psikologi (VIBRANT) yang dianjurkan oleh Pusat Kaunseling UTM pada Disember 2020. Walaupun saya tidak menerima apa-apa respon tentang video penyertaan saya ini daripada pihak penganjur, ianya tidak mengapa. Saya dengan senang hatinya menghasilkan video ini dengan niat ingin menyampaikan sedikit mesej tentang isu kesihatan mental walaupun videonya tidak berapa kreatif kerana penghasilan video bukanlah bidang saya.
Video ini saya lakukan dengan mendapat inspirasi penuh daripada hasil karya seorang penyanyi terkenal di Malaysia yang dikenali sebagai Yonny Boii. Sebelum ini, saya sememangnya berminat dengan lagu nyanyian penyanyi itu kerana muzik dan penyampaian lagunya yang menarik. Namun, saya baru tersedar bahawa semua lagu yang dihasilkan oleh artis itu ada menyampaikan makna tersirat dalam setiap lagunya. Oleh itu, saya dengan rela hati ingin mengajak lebih ramai orang untuk memahami lagu dan mesej yang ingin disampaikan olehnya itu.
#MentalHealthIsImportant #YonnyBoii #It'sOkayToBeNotOkay
Misi Bantuan Banjir Johor 2021
Biodata Diri
Ingin saya memperkenalkan diri ini yang bernama Nursyazwani Binti Haronizan. Wani atau el ialah nama panggilan saya. Saya berumur 19 tahun pada tahun 2020 ini dan berasal dari Pasir Gudang, Johor. Saya merupakan seorang lepasan matrikulasi Johor dalam jurusan sains modul 3. Sebelum ini, saya bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Masai (SKOMAS) dari tingkatan 1 hingga 3 dan meneruskan pelajaran di Sekolah Menengah Sains Muar (SAMURA) hingga tamat tingkatan 5. Untuk pengetahuan, saya merupakan anak yang keenam daripada lapan orang adik-beradik. Disebabkan sudah biasa dengan keadaan adik-beradik yang ramai, saya sudah biasa untuk berkongsi, mengalah dan memahami perasaan dan kelakuan sesama adik-beradik. Seterusnya, ayah saya merupakan seorang yang rajin dan tabah dalam setiap perkara yang dihadapinya dan kini bekerja sebagai seorang penyelia kilang walaupun hanya mempunyai sijil SPM sahaja. Ibu saya pula ialah seorang suri rumah yang cekal. Walaupun beliau tidak berpeluang menamatkan sesi persekolahan, namun beliau merupakan seorang pencinta ilmu hinggalah sekarang. Kemudian, saya merupakan seorang yang mudah rasa empati, suka menolong orang lain dan peramah. Orang yang tidak mengenali saya mungkin akan mengatakan wajah saya ini kelihatan sombong tetapi sebenarnya saya sangat terbuka untuk bergaul dengan sesiapa sahaja sama ada yang lebih muda atau lebih tua. Sekiranya orang lain mempunyai hobi mereka tersendiri untuk dilakukan pada masa lapang, saya pula bukanlah seorang yang mempunyai hobi yang tetap. Saya lebih menyukai untuk membantu dan meluangkan masa bersama ahli keluarga saya berbanding melakukan hal peribadi yang lain. Di zaman persekolahan, saya gemar bermain Sudoku dan sangat suka akan matapelajaran matematik. Namun, di peringkat sarjana muda ini saya memilih jurusan yang tidak menuju ke arah matematik iaitu jurusan psikologi. Sejak umur 14 tahun lagi, saya sudah berminat untuk belajar lebih mendalam tentang ilmu psikologi. Oleh itu, saya tetap memilih untuk melanjutkan pelajaran dalam jurusan ini walaupun saya tahu jurusan ini tidak melibatkan pengiraan yang banyak seperti matematik dan memerlukan kemahiran menghafal pelbagai teori dan perkara lain iaitu kemahiran yang saya tidak kurang pakar serta saya juga ada mendapat sedikit tentangan daripada ahli keluarga pada peringkat awal. Namun, saya mengambil hal ini sebagai suatu cabaran untuk saya berjaya dan mencapai matlamat yang saya impikan. Akhir sekali, saya merasa sangat bersyukur kerana dikelilingi oleh orang yang positif dan sentiasa menyokong saya dalam melakukan apa-apa sahaja selagi ianya tidak salah di sisi agama dan undang-undang.
NURSYAZWANI BINTI HARONIZAN's portfolios
About me
- First name: NURSYAZWANI BINTI HARONIZAN
- Student ID: A20HM0120
- Display name: NURSYAZWANI BINTI HARONIZAN