Misi Banjir 2.0
RSS
Date : 26th Disember 2019
Place : Segamat, Johor
Promoter : Jabatan TNCHEP, Majlis Perwakilan Mahasiswa dan Kelab Volunteer@UTM dengan kerjasama Parlimen Segamat
Post held : Ahli Aktif
Mini Report
Misi banjir 2.0 telah dijalankan pada 26 Disember 2019. Misi ini bermula seawal pukul 7 pagi, ahli-ahli sukarelawan perlu berkumpul terlebih dahulu sebelum memulakan pergerakan ke destinasi misi. Para ahli diberikan makanan dan minuman sebelum bertolak, dan menyiapkan semua alatan yang diperlukan kedalam bas yang telah disediakan. Pada jam 7.45, setelah semua ahli selesai mengalas perut, kami bergerak ke destinasi yang mengambil masa 3 jam. Setelah tibanya dia sana, kami dipecahkan kepada beberapa kumpulan untuk memulakan aktiviti sukarelawan kami. Kumpulan yang saya terima ialah kumpulan yang perlu membersihkan kawasan sekitar kampung di segamat. Sampah2 yang telah dikumpulakan akan kami bakar dan bersihkan kawasan rumah-rumah yang terdekat. Sesudah masuknya waktu zohor, kami dikumpulkan disebuah sekolah rendah bagi menjamu makan tengah hari dan menunaikan solat fardhu. Sebelum pulang ke kampus, kami telah dijemput untuk datang ke sebuah majlis makan di sebuah sekolah. Akhirnya, kami selamat pulang ke UTM pada jam 6.30 petang setelah seharian penat bekerja sebagai sukarelawan.
Self Reflection
Misi ini merupakan sebuah misi yang berharga kepada saya, kerana ini merupa aktiviti sukarelawan yang pertama dijalankan bersama rakan-rakan course saya di luar UTM. Misi ini merapatkan lagi hubungan antara saya dan rakan-rakan sekali gus memberi peluang kepada saya untuk menambah kenalan didalam kampus. Kami juga diberi peluang untuk beramah mesra bersama sama penduduk disekitar kampung Segamat. Misi ini juga mengajar saya tentang kerjasama dan disiplin diri. Itu saja refleksi diri saya berkaitan misi Banjir 2.0.
PEOPLE IN NEED PEOPLE OFFER (PINPO)
RSS
Date : 1 Disember 2018
Place : Pusat Jagaan Warga Emas Nur Ehsan Negeri Johor
Promoter : Wakil Kolej Tun Dr Ismail dengan Kerjasama Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
Post Held : AJK Multimedia
MINI REPORT
Pada 1 Disember 2018, sebuah misi bantuan kepada warga emas di pusat jagaan warga emas telah diajalankan. Misi merupakan sebuah misi sukarelawan yang memberi bantuan sekali gus memberikan suasana yang ceria kepada warga emas di sana. Misi ini telah dijalankan dengan lancar, semua ahli memberi kerjasama yang baik sewaktu program berlangsung mahupun diluar waktu program. Aktitivi ini telah ditaja oleh 2 tajaan dimana tajaan itu telah diberikan oleh Touch n Go dan UTM alumni. Sebelum misi ini bermula, banyak aktiviti aktiviti telah dijalankan oleh pihak PINPO sendiri untuk mengumpulkan dana demi menghulur bantuan kepada pusat jagaan warga emas ini. Antaranya ialah pengumpulan dana berdasarkan jualan dan juga permintaan bantuan di arked arked seluruh UTM. Misi ini telah berjaya dengan lancarnya kerana tiada masalah wang yang dihadapi.
SELF REFLECTION
Misi ini merupakan misi sukarelawan yang pertama di UTM, misi ini memberi saya peluang untuk mengenali lebih ramai kenalan di kolej saya tanpa mengira course, tahun dan umur. Semua ahli merupakan ahli yang peramah dan bijak dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi sepanjang program. Program ini juga mengajar saya untuk berfikir dengan matang dan kreatif. Sebagai AJK unit Multimedia, saya dapat menambah skill berkenaan edit photoshop atau photographer. Misi ini juga mengajar saya erti kerjasama dan leadership di dalam diri. Sekian terima kasih.
RESAK ISLAMIC DAY (REID)
RSS
Date : 12th Disember 2020 - 14th Disember 2020
Place : Kolej Tun Dr Ismail
Promoter : Wakil Kolej Tun Dr Ismail
Post Held : AJK Multimedia
MINI REPORT
Resak islamic day merupakan program baharu yang diperkenalkan oleh wakil Kolej Tun Dr.Ismail pada tahun 2020. Program ini bertujuan untuk memupuk atau memberi suntikan rohani keislaman didalam diri para pelajar. Pelbagai program telah kami anjurkan, antaranya ialah program berbuka puasa, pertandingan hafazan dan tilawah Al-quran, pertandingan nasyid dan juga persembahan dari artis jemputan. Kebanyakan aktiviti ini memberi galakan kepada pelajar untuk mendekatkan diri beribadah sekali gus menegakan semula iman di dalam diri. Namun, program ini telah ditunda dan dihentikan serta merta atas sebab perintah yang dikeluarkan oleh Perdana Menteri waktu ketika itu. Program yang sempat dijalankan hanyalah program berbuka puasa dan majlis pembukaan. Walaubagaimana pun, kesemua ahli memberi kerjasama yang baik dan bijak memberi respond terhadap masalah yang dialami.
SELF REFLECTION
Melalui program ini, banyak yang telah saya pelajari. Antaranya ialah menjadi seorang yang lebih kreatif. Memandangkan saya merupakan AJK Multimedia, banyak poster yang telah dicipta dan banyak ilmu yang telah dipelajari oleh pakar pakar dibahagian editting. Kemudian, saya juga berpeluang untuk mengenali lebih ramai rakan rakan baru didalam program ini. Saya bersyukur kerana dapat melibatkan diri didalam program program sebegini kerana dapat memupuk semangat cinta akan agama islam. Sekian terima kasih.