RESAK ISLAMIC DAY (REID) /
Leadership & Teamworking

MINI REPORT

Resak islamic day merupakan program baharu yang diperkenalkan oleh wakil Kolej Tun Dr.Ismail pada tahun 2020. Program ini bertujuan untuk memupuk atau memberi suntikan rohani keislaman didalam diri para pelajar. Pelbagai program telah kami anjurkan, antaranya ialah program berbuka puasa, pertandingan hafazan dan tilawah Al-quran, pertandingan nasyid dan juga persembahan dari artis jemputan. Kebanyakan aktiviti ini memberi galakan kepada pelajar untuk mendekatkan diri beribadah sekali gus menegakan semula iman di dalam diri. Namun, program ini telah ditunda dan dihentikan serta merta atas sebab perintah yang dikeluarkan oleh Perdana Menteri waktu ketika itu. Program yang sempat dijalankan hanyalah program berbuka puasa dan majlis pembukaan. Walaubagaimana pun, kesemua ahli memberi kerjasama yang baik dan bijak memberi respond terhadap masalah yang dialami.

 

SELF REFLECTION

Melalui program ini, banyak yang telah saya pelajari. Antaranya ialah menjadi seorang yang lebih kreatif. Memandangkan saya merupakan AJK Multimedia, banyak poster yang telah dicipta dan banyak ilmu yang telah dipelajari oleh pakar pakar dibahagian editting. Kemudian, saya juga berpeluang untuk mengenali lebih ramai rakan rakan baru didalam program ini. Saya bersyukur kerana dapat melibatkan diri didalam program program sebegini kerana dapat memupuk semangat cinta akan agama islam. Sekian terima kasih.