Misi Banjir 2.0 /
Volunteer & Teamworking

Mini Report

Misi banjir 2.0 telah dijalankan pada 26 Disember 2019. Misi ini bermula seawal pukul 7 pagi, ahli-ahli sukarelawan perlu berkumpul terlebih dahulu sebelum memulakan pergerakan ke destinasi misi. Para ahli diberikan makanan dan minuman sebelum bertolak, dan menyiapkan semua alatan yang diperlukan kedalam bas yang telah disediakan. Pada jam 7.45, setelah semua ahli selesai mengalas perut, kami bergerak ke destinasi yang mengambil masa 3 jam. Setelah tibanya dia sana, kami dipecahkan kepada beberapa kumpulan untuk memulakan aktiviti sukarelawan kami. Kumpulan yang saya terima ialah kumpulan yang perlu membersihkan kawasan sekitar kampung di segamat. Sampah2 yang telah dikumpulakan akan kami bakar dan bersihkan kawasan rumah-rumah yang terdekat. Sesudah masuknya waktu zohor, kami dikumpulkan disebuah sekolah rendah bagi menjamu makan tengah hari dan menunaikan solat fardhu. Sebelum pulang ke kampus, kami telah dijemput untuk datang ke sebuah majlis makan di sebuah sekolah. Akhirnya, kami selamat pulang ke UTM pada jam 6.30 petang setelah seharian penat bekerja sebagai sukarelawan.

 

Self Reflection

Misi ini merupakan sebuah misi yang berharga kepada saya, kerana ini merupa aktiviti sukarelawan yang pertama dijalankan bersama rakan-rakan course saya di luar UTM. Misi ini merapatkan lagi hubungan antara saya dan rakan-rakan sekali gus memberi peluang kepada saya untuk menambah kenalan didalam kampus. Kami juga diberi peluang untuk beramah mesra bersama sama penduduk disekitar kampung Segamat. Misi ini juga mengajar saya tentang kerjasama dan disiplin diri. Itu saja refleksi diri saya berkaitan misi Banjir 2.0.