PEOPLE IN NEED PEOPLE OFFER (PINPO) /
Volunteer & Teamworking

MINI REPORT

Pada 1 Disember 2018, sebuah misi bantuan kepada warga emas di pusat jagaan warga emas telah diajalankan. Misi merupakan sebuah misi sukarelawan yang memberi bantuan sekali  gus memberikan suasana yang ceria kepada warga emas di sana. Misi ini telah dijalankan dengan lancar, semua ahli memberi kerjasama yang baik sewaktu program berlangsung mahupun diluar waktu program. Aktitivi ini telah ditaja oleh 2 tajaan dimana tajaan itu telah diberikan oleh Touch n Go dan UTM alumni. Sebelum misi ini bermula, banyak aktiviti aktiviti telah dijalankan oleh pihak PINPO sendiri untuk mengumpulkan dana demi menghulur bantuan kepada pusat jagaan warga emas ini. Antaranya ialah pengumpulan dana berdasarkan jualan dan juga permintaan bantuan di arked arked seluruh UTM. Misi ini telah berjaya dengan lancarnya kerana tiada masalah wang yang dihadapi.

 

SELF REFLECTION

Misi ini merupakan misi sukarelawan yang pertama di UTM, misi ini memberi saya peluang untuk mengenali lebih ramai kenalan di kolej saya tanpa mengira course, tahun dan umur. Semua ahli merupakan ahli yang peramah dan bijak dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi sepanjang program. Program ini juga mengajar saya untuk berfikir dengan matang dan kreatif. Sebagai AJK unit Multimedia, saya dapat menambah skill berkenaan edit photoshop atau photographer. Misi ini juga mengajar saya erti kerjasama dan leadership di dalam diri. Sekian terima kasih.