UHMS 1182 PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN

Back to Year 1 page

Back to profile page

Black and White Math Pattern General LinkedIn Banner (4).png

Kursus ini adalah menerangkan tentang konsep etika daripada perspektif peradaban yang berbeza. Ia bertujuan bagi mengenal pasti sistem, tahap perkembangan, kemajuan dan kebudayaan sesuatu bangsa dalam mengukuhkan kesepaduan sosial. Selain itu, perbincangan berkaitan isu-isu kontemporari dalam aspek ekonomi, politik, sosial, budaya dan alam sekitar daripada perspektif etika dan peradaban dapat melahirkan pelajar yang bermoral dan profesional. Penerapan amalan pendidikan berimpak tinggi (HIEPs) yang bersesuaian digunakan dalam penyampaian kursus ini. Di hujung kursus ini pelajar akan dapat menghubungkaitkan etika dan kewarganegaraan berminda sivik

 

Definisi Etika

Menurut peradaban Barat, etika berasal daripada perkataan Greek iaitu 'ethos' yang bermaksud sikap dan adat yang menentukan tingkahlaku sesebuah masyarakat. Ianya merupakan satu set prinsip prinsip moral yang menentukan sesuatu tindakan adalah betul atau salah. Prinsip moral ini sebagai panduan kepada kelakuan manusia sama ada menjadi baik atau buruk.

Refleksi

Sepanjang kursus Etika dan Peradaban ini, pelbagai perkara yang telah saya pelajari. Antaranya adalah seperti konsep etika dan juga prinsip prinsip etika. Etika ini juga boleh difahami berdasarkan pandangan peradaban lain seperti peradaban Barat dan peradaban Islam. Saya juga telah mempelajari tentang peradaban peradaban yang wujud serta menghubungkaitan hubungan antara etika dan peradaban ini. Melalui kursus ini juga, saya lebih terdedah kepada isu isu semasa yang telah dikongsi yang dapat membuka mata saya tentang dunia luar. Sebagai seorang rakyat Malaysia dan juga seorang pelajar, saya seharusnya memahami dan mempraktikkan apa yang telah saya pelajari ini dalam kehidupan seharian saya kerana etika ini merupakan elemen yang penting dalam membawa kemajuan dan perubahan kepada setiap perkara yang dilaksanakan.