AIMAN SHAQUAN BIN MOHD YUSOF's Reflection

Industrial Training brief Reflection

A brief reflection on Industrial Training in SSM

Question 2

For the question 2, we were given a code and were asked to make a flow graph, calculate the cyclomatic complexity, identify and list down all independent paths, and design a test case for the code using the table given. We first look up and understand the code given and refers to the slides to ensure there's no mistakes in making the flow graph as it would affect other questions. Then after agreeing on the flow graph we proceeds calculating the cyclomatic complexity using the formulas, identify the paths and designed the test cases for the code.

Question 1

for Question 1 we were asked to create a test cases for testing the functionality of the module by using equivalence partitioning (EP) strategy. We were also asked to use the boundary values analysis (BVA) for each test case. Using the EP Strategy we are required to determine the type, equivalence class, status, representative (BVA) and expected result.

ExCEL Full Report (SUSKOM'20)

Report 2: Sukan Sekolah Komputeran 2020 (SUSKOM’20)

 

            Sukan Sekolah Komputeran 2020 diadakan pada 1 Mac 2020 sehingga 7 Mac 2020 di sekitar kawasan Universiti Teknologi Malaysia yang melibatkan setiap sukan masing – masing. Sukan sekolah komputeran ini dianjurkan oleh Persatuan Mahasiswa Sains Komputer (PERSAKA). Sukan sekolah komputeran diadakan pada setiap tahun untuk setiap pelajar – pelajar di UTM dan menfokuskan pelajar dari sekolah komputeran itu sendiri. Hampir seramai 300 orang pelajar telah menyertai 13 jenis sukan – sukan yang terlibat, antaranya adalah futsal, badminton, bola jaring, bola tampar, e-sukan, sukaneka, fun run, tarik tali dan banyak lagi. Tujuan utama sukan sekolah komputeran ini diadakan secara besar – besaran selama 7 hari berturut – turut adalah untuk memastikan setiap pelajar dari fakulti komputeran dapat terlibat dalam aktiviti – aktiviti yang bermanfaat dan sentiasa aktif dalam aktiviti yang banyak melibatkan kerjasama ahli kumpulan, aktiviti fizikal, yang membantu social para sisawazah, dan kesihatan mental setiap pelajar komputeran. Dalam Sukan Sekolah Komputeran kali ini, saya menjadi salah seorang peserta dalam acara bola tampar dan tarik tali dan sebagai ahli daripada tahun 2 kursus kejuruteraan data. Dalam event ini, kami ditetapkan peraturan permainan yang agak ketat. Ini termasuk juga, untuk tidak mengambil mana – mana pelajar dari kursus yang berlainan dari Sekolah Komputeran di UTM sebagai pemain atau ahli kumpulan. Meskipun demikian, ada pelajar – pelajar yang melanggar peraturan ini di dalam pertandingan, terutama sekali dalam pertandingan yang melibatkan e-sukan. Ada juga di antara mereka yang menjemput pemain dari luar UTM untuk bermain pertandingan. Perkara ini menjadi isu yang agak besar kerana ramai pemain lain yang tidak berpuas hati dengan isu ini. Namun penganjur tidak dapat menarik semula kedudukan kumpulan dan pingat kerana tidak mempunyai bukti yang kukuh bahawa pemain bagi permainan – permainan e-sukan itu adalah pemain dari luar kursus – kursus sekolah komputeran.

            Semasa mendaftar dalam pertandingan ini, kumpulan kami sebagai pelajar kejuruteraan data agak bimbang dengan masa permainan yang telah ditetapkan di dalam jadual yang diberi. Ini kerana, salah satu tarikh permainan yang akan dijalankan bertembung dengan acara yang lain iaitu Go Youth 2.0, yang memerlukan pelajar – pelajar kejuruteraan data untuk melaporkan dan bertanyakan soalan kepada jemputan majlis. Terdapat banyak masalah dengan jadual yang telah ditetapkan oleh penganjur. Selepas berbincang sendiri dengan penganjur dan ketua aktiviti dalam Sukan Sekolah Komputeran pada tahun ini, yang juga salah seorang pelajar kejuruteraan juga, masalah pertembungan masa tersebut telah dapat diselesaikan selepas berbincang bersama pensyarah yang mengendali majlis dan pergerakan pelajar di dalam majlis tersebut. Banyak persiapan awal yang telah kami lakukan. Kami berlatih hampir setiap hari untuk memahirkan peranan yang telah diberikan dan sinergi bekerja dalam pasukan. Saya juga dilantik sebagai ‘setter’ dan ‘spiker’ untuk kumpulan kami. Kedua – dua tugas ini adalah sangat penting dalam memberi point dalam pertandingan. Setter hendaklah mengetahui posisi – posisi ahli kumpulan yang lain dan menghantar bola dengan sempurna kepada spiker bagi memudahkan mereka untuk memberi mata kepada kumpulan. Spiker pula hendaklah mengetahui masa – masa yang baik untuk mengumpan atau melakukan spike. Dua tanggungjawab yang berat itu adalah sangat baru bagi saya yang baru sahaja belajar dalam sistem permainan bola tampar yang baik. Tetapi walau bagaimanapun saya tetap mengambil tugas itu sebagai satu cabaran dan peluang untuk belajar perkara yang baharu yang juga boleh menjadi pengalaman yang menarik. Saya telah mencuba sehabis baik semasa dalam latihan dan juga dalam pertandingan. Masalah utama yang saya hadapi hanyalah semasa permainan iaitu jari dan tangan yang hampir terseliuh oleh kerana tersilap membalas bola dari pihak lawan. Saya di tukarkan dengan pemain substitut selama sehari dalam pertandingan kerana prestasi yang semakin berkurang yang disebabkan kecederaan tersebut dan bagi mengelakkan kecederaan yang lebih teruk berlaku.

 Selama pertandingan berlangsung, kami telah bersaing dengan setiap kumpulan yang bertanding hampir setiap hari dari 3 Mac sehinggalah pertandingan akhir pada 6 Mac. Semasa pertandingan dijalankan banyak konflik terjadi di antara kami kerana ada antara kami ingin yang mendapatkan kedudukan yang terbaik bagi menyumbang pingat kepada kursus kejuruteraan data, namun ada juga ahli kumpulan yang lain yang tidak dapat menyumbang dan bermain bersama kerana tidak dapat memberikan prestasi yang baik. Walau bagaimanapun, konflik ini dapat diselesaikan setelah kami berbincang dengan baik semasa permainan dijalankan. Kami bersatu suara untuk bertanding dengan harapan kesemua ahli kumpulan dapat bertanding dan dapat memberi prestasi yang sehabis baik kepada kumpulan. Selain itu, terdapat juga banyak permasalahan dalam komunikasi dan salah faham semasa permainan dilangsungkan. Meskipun begitu, kebanyakan masalah komunikasi dan salah faham ini dapat diselesaikan dengan seorang ketua kumpulan yang sangat berdedikasi menyerasikan ahli kumpulan yang lain dan merancang strategi permainan. Banyak lagi permasalahan yang lain seperti kecederaan yang kami hadapi dapat diuruskan dengan baik oleh ketua kumpulan. Ketua kumpulan kami telah banyak membantu dalam menguruskan cara dan strategi permainan yang kami permainkan, sehingga ke masalah – masalah komunikasi dalam latihan dan semasa dalam pertandingan bagi untuk mengelakkan lebih banyak konflik dan menambah baikkan lagi sinergi kumpulan kami dari segi kerjasama, komunikasi, dan tindakan setiap ahli kumpulan. Ini juga untuk menyumbang pingat kepada kursus kejuruteraan data dalam sukan tahunan ini. Pada 6 hari bulan Mac, pertandingan akhir dijalankan, dan kesudahannya kami dapat menyumbang pingat naib johan dalam sukan bola tampar di belakang johan iaitu kursus kejuruteraan perisian. Kami sebagai satu kumpulan tetap bangga dengan usaha yang telah kami beri dalam pertandingan tersebut. Keesokan harinya, sebelum majlis penutupan Sukan sekolah komputeran 2020, pertandingan tarik tali diadakan di padang berdekatan Kolej Tun Hussein Onn pada petang hari tersebut. Kami tidak mempunyai apa – apa strategi selain meletakkan peserta yang paling berat di belakang dan bersorak bersama ketika menarik tali tersebut. Walaupun tanpa strategi, kami berjaya mendapat pingat emas dalam pertandingan tersebut.

Bagi saya, perkara yang paling penting dalam aspek kerjasama dalam kumpulan dalam memenangi pertandingan dan melakukan sesuatu tugasan adalah komunikasi dan kesefahaman antara satu ahli kumpulan dengan ahli kumpulan yang lain. Konflik – konflik dan salah faham semasa dalam pertandingan telah dapat dikurangkan oleh kerana ketua kumpulan kami yang telah banyak menyumbang dalam memberi arahan kepada ahli kumpulan yang lain dan berkomunikasi dengan baik semasa pertandingan bola tampar tersebut. Dalam pertandingan tarik tali pula terbukti bahawa komunikasi dalam kumpulan adalah sangat penting bagi mencapai matlamat atau tujuan dalam kerja berpasukan. Pertandingan itu juga membuktikan persefahaman yang baik antara ahli kumpulan juga dapat membantu dalam memenangi permainan tersebut sehinggakan tidak memerlukan seorang ketua yang mengarahkan atau mereka strategi dalam pertandingan tersebut. Sebagai tambahan, saya merasakan bahawa pemikiran kritikal juga penting bagi menjadi seorang ketua. Dalam proses persiapan sebelum dan semasa di dalam pertandingan, ketua perlulah berfikir secara kritikal dan secara pantas dalam membuat keputusan dan merancang. Selain itu, pembahagian tugas juga penting bagi seorang ketua kumpulan. Ini kerana ketua haruslah memberi tugasan dengan sama rata dan mengikut prestasi ahli kumpulan yang lain. Ini termasuk juga menyertakan pemain – pemain substitut bagi kurangnya salah faham dalam kumpulan. Akhir sekali, ketua juga memainkan peranan dalam membentuk suasana dalam kumpulan. Ini juga bagi mengurangkan tekanan semasa dalam permainan. Banyak juga kesefahaman dan kepercayaan yang perlu diberi kepada setiap ahli kumpulan. Tugas yang diberi kepada saya juga adalah sangat berat apabila terdapat tekanan dalam kumpulan dan masalah dengan kecederaan yang terjadi. Namun dengan ketua yang dapat memenuhi segala aspek tersebut, hampir kesemua permasalahan ini dapat diselesaikan dan akhir sekali dapat meraih johan dan menyumbang pingat perak ke dalam kursus kejuruteraan data.

Sebagai konklusi, SUSKOM telah menjadi satu pengalaman yang sangat menarik bagi saya. Ini kerana, pertandingan – pertandingan yang saya sertai telah banyak mengajar saya tentang kerjasama dalam kumpulan, komunikasi dalam kumpulan semasa dan sebelum pertandingan, daya pemikiran kritikal yang perlu ada dan usaha yang perlu diberikan untuk mencapai dan menyumbang pingat kepada kursus saya sendiri. Saya dapat belajar daripada ketua saya dari segi aspek – aspek yang saya dapat lihat diberikan oleh beliau kepada kumpulan kami. Saya juga dapat mengguna pakai semula aspek – aspek tersebut dalam membantu diri saya dalam berkomunikasi dalam kumpulan dan melaksanakan tugas yang diberi dengan sehabis baik. Setiap ahli kumpulan juga seharusnya fokus dalam melaksanakan tugas masing – masing dan tidak cuba mengarahkan ahli kumpulan yang lain oleh kerana ia hanya akan menimbulkan lebih banyak konflik dalam kumpulan. Saya juga belajar bahawa ianya adalah sangat penting untuk menyertakan setiap ahli kumpulan walaupun tujuan utama kami adalah untuk mendapat tempat dan menyumbang pingat ke dalam kursus kami. Tugas yang sama rata juga hendaklah diberi supaya tidak berlakunya konflik dalam kumpulan atau berat sebelah dalam kumpulan. SUSKOM juga telah dapat meningkatkan lagi kesefahaman dan keeratan kami sebagai pelajar – pelajar kursus kejuruteraan data. Saya pada awalnya tidak mempunyai rasa keyakinan yang tinggi dalam memikul tugasan setter dan spiker yang diberi. Walau bagaimanapun usaha ahli kumpulan yang lain dalam membantu saya memahirkan tugasan dan kepercayaan yang mereka beri sesama ahli kumpulan yang lain juga dapat membantu saya dalam mengatasi perasaan tidak yakin tersebut. Saya percaya bahawa dengan menyertai pertandingan – pertandingan ini juga telah membantu saya dalam cara untuk berkomunikasi dengan efisien dan efektif, terutama sekali dalam tekanan yang tinggi dan pada masa yang singkat. Kesefahaman dalam kumpulan juga telah banyak saya pelajari, kerana dengan sedikit salah faham atau konflik saja akan menyebabkan akibat yang lebih besar dalam melaksanakan sesuatu tugasan dalam suasana berkumpulan. Dengan adanya kemahiran – kemahiran dan aspek – aspek ini, saya yakin bahawa ia juga boleh diguna pakai dalam bekerja dalam kumpulan semasa di dalam industri dan dalam menceburi bidang pekerjaan masing – masing.

IMG-20200308-WA0011.jpg  IMG-20200307-WA0064.jpg

ExCEL Full Report (Latihan Fasilitator)

Report 1: Latihan Fasilitator - Kem Kepimpinan Dan Jati Diri

 

            Kem kepimpinan dan jati diri dilaksanakan pada 10 Mac 2020 sehingga 12 Mac 2020 di Hutan Rekreasi, Kolej Tun Dr. Ismail (KTDI), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) selama 3 hari dan 2 malam. Penganjur bagi program ini adalah Pasukan Latihan Pegawai Simpanan Darat UTM dan Badang Outdoor UTM. Program ini juga melibatkan sekolah – sekolah pada peringkat negeri Johor sebagai peserta bagi kem kepimpinan ini. Saya sebagai ahli jawatan kuasa Pasukan Latihan Pegawai Simpanan Darat, telah juga menjadi salah seorang fasilitator dalam program ini mengendalikan aktiviti – aktiviti dan pergerakan pelajar – pelajar sekolah di dalam Hutan Rekreasi tersebut. Program ini jatuh di bawah kategori kepimpinan dan atribut siswazah yang memerlukan kemahiran – kemahiran seperti kerja berpasukan, berkomunikasi, kebolehsuaian, dan kemahiran berfikir. Objektif utama program ini adalah untuk membantu pelajar – pelajar sekolah menengah ini dalam mendapatkan jati diri dan keyakinan diri dalam membina sesebuah kumpulan. Sebagai salah seorang fasilitator, kami dipertugaskan untuk membantu pergerakan pelajar dan mengendalikan setiap aktiviti yang akan dijalankan. Setiap tugas diberikan kepada setiap fasilitator dan akan saling mengganti antara satu sama lain sehingga tamatnya latihan tersebut selama 3 hari dan 2 malam berturut-turut tersebut.

            Pengalaman ini adalah sangat menarik bagi saya kerana saya dapat memperlihatkan sikap – sikap pelajar dari perspektif seorang pengendali program atau fasilitator. Pada mulanya saya berpandangan bahawa pelajar – pelajar ini telah mempunyai sedikit pertalian dan kerjasama tetapi selepas beberapa jam memerhatikan mereka, ternyata yang mereka masih memerlukan bantuan dalam kemahiran membina kumpulan dan bekerja dalam kumpulan. Kebanyakan mereka masih meninggalkan ahli kumpulan dan suka mengarah ahli kumpulan yang lain, walhal hanya minoriti ahli daripada kumpulan – kumpulan tersebut yang membuat kerja. Pada hari pertama, mereka diarahkan untuk membina khemah, namun ada di antara mereka yang bergaduh untuk memilih rakan kongsi khemah yang lain. Kami sebagai fasilitator pada masa tersebut harus memikirkan cadangan dan aktiviti – aktiviti yang boleh membantu kerjasama bagi ahli – ahli yang bermasalah ini. Jadi kami telah bersatu suara untuk melakukan aktiviti “compass marching” iaitu memerlukan seorang ketua yang mengarah pergerakan ahli – ahli kumpulan yang lain, seorang ahli untuk mengendalikan kompass, seorang ahli untuk mengendalikan peta. Aktiviti ini sangat membantu dalam membina kerjasama dalam mendengar arahan, bertindak mengikut arahan, memberi cadangan dan idea, dan membina kepercayaan terhadap tanggungjawab yang telah diberi kepada ahli kumpulan yang lain. Dalam mengendalikan aktiviti ini, fasilitator tidak dibenarkan membantu pelajar – pelajar dalam memberi petunjuk arah ke destinasi yang diberi untuk melatih mereka dari segi perbincangan dan komunikasi dalam kumpulan. Fasilitator hanya dibenarkan memerhati dan memantau sahaja. Kami juga hanya boleh berikan bantuan jika adanya kecemasan atau pelajar – pelajar tersebut tersangkut terlalu lama dalam aktiviti tersebut. Walaupun ada di antara mereka yang mempunyai pertikaian dan ada yang menimbulkan konflik, tetapi kesemua kumpulan dapat tiba ke destinasi yang diberi masing – masing. Selepas aktiviti tersebut, aktiviti membina satu perabot daripada barang – barang terguna atau daripada hutan pula dijalankan. Aktiviti ini memerlukan kerjasama yang tinggi dan pemikiran yang kreatif dari setiap ahli kumpulan. Setiap kumpulan hanya diberikan tali dan gunting untuk membina perabot. Kesemua kumpulan dapat menyiapkan perabot masing – masing dalam masa yang diberikan dengan baik. Ternyata bahawa kemahiran dalam bekerja dalam kumpulan pelajar – pelajar ini semakin kukuh. Keesokan harinya, pelajar – pelajar ini terus melakukan aktiviti “orienteering” iaitu aktiviti yang memerlukan kepantasan kumpulan dalam bekerjasama menyelesaikan setiap tugasan di setiap checkpoint yang diberi. Setiap fasilitator hendaklah menjaga setiap checkpoint ini dan membuat aktiviti berdasarkan kreativiti masing – masing. Terdapat banyak permainan dan aktiviti pada setiap checkpoint yang diberikan kepada mereka dalam membina kerjasama, antaranya adalah membina topi dari daun – daun di sekitar kawasan checkpoint, message passing, blindfold game dan banyak lagi. Kesemua permainan ini dapat membantu komunikasi, kepercayaan dan sokongan antara ahli kumpulan. Kami juga dapat mengukur tahap kecekapan dan daya kerjasama setiap kumpulan dengan melihat masa yang dicapai dalam melakukan sesuatu permainan. Kami mulakan hari esoknya dengan senaman robik dan terus ke padang merentas halangan di Markas PALAPES darat UTM. Ini dapat membantu kerjasama dan sokongan yang diberi oleh ahli kumpulan yang lain. Kemudian kami terus mengadakan aktiviti – aktiviti luaran yang dapat meningkatkan kerjasama mereka. Ini juga termaksu aktiviti renangan di kolam yang berada di Hutan Rekreasi tersebut. Mereka dikehendaki untuk membawa seorang daripada ahli kumpulan mereka di dalam satu pelampung dari satu checkpoint ke checkpoint yang lain. Ini melatih mereka untuk tidak meninggalkan rakan – rakan mereka di belakang dan menolak satu – sama lain dalam menyelesaikan satu cabaran atau halangan. Pada malam harinya, aktiviti malam kebudayaan dilaksanakan untuk mengasah kreativiti setiap kumpulan. Kemudian sesi bergambar dan majlis penutupan kem di adakan kerana pelajar – pelajar di setiap sekolah akan pulang pada awal pagi keesokan harinya.

 

            Hampir kesemua aktiviti yang dilaksanakan oleh kami adalah aktiviti yang menggalakkan kerjasama, kreativiti, dan komunikasi antara satu ahli kumpulan dengan ahli kumpulan yang lain. Sebagai salah seorang pegawai kadet tentera darat, kerjasama dalam kumpulan adalah unsur yang paling penting dalam melaksanakan satu tugasan. Tanpa kerjasama yang tinggi, hampir kesemua tugasan tidak akan dapat disiapkan dalam masa yang singkat. Dengan pengalaman latihan semasa menjadi pegawai kadet, kerjasama yang tinggi dapat menyingkatkan masa dalam melakukan tugasan dan mengurangkan tekanan semasa dalam latihan. Sebagai seorang ketua platoon atau ketu kumpulan bagi konteks kem kepimpinan ini, ketua juga hendaklah berfikir secara pantas dengan kecekapan yang tinggi dalam melakukan tugasan. Ketua juga hendaklah mengingati setiap ahli kumpulan yang lain dan pandai memberi arahan supaya tidak menghadapi masalah semasa latihan. Selain itu, ketua hendaklah mengambil kira setiap pendapat dan perspektif dari ahli kumpulan yang lain bagi mengelakkan konflik dalam kumpulan. Bagi ahli kumpulan pula, mereka hendaklah mendengar arahan ketua kumpulan dan meletakkan seratus peratus fokus mereka terhadap tugasan yang diberi. Ahli kumpulan juga tidak sepatutnya cuba untuk mengarahkan ahli kumpulan yang lain kerana ini hanya akan mengakibatkan konflik dalam kumpulan. Dengan latihan – latihan yang kami telah jalani, mengendalikan pelajar – pelajar ini menjadi lebih mudah kerana kami dapat melihat secara spesifik di mana kurangnya aspek kerjasama dalam sesuatu kumpulan tersebut. Kami juga dapat bantu mereka dari setiap aspek bekerja dalam kumpulan yang mereka kurang mahir dengan aktiviti – aktiviti yang dilakukan di dalam kem kepimpinan ini.

            Kebanyakan pelajar pada awalnya tidak mengambil endah setiap aspek kerjasama berkumpulan dalam melakukan setiap tugasan. Hampir majoriti daripada mereka kekurangan kemahiran dalam berkomunikasi, saling memahami untuk membantu setiap ahli kumpulan yang lain dan menggalakkan rakan – rakan mereka untuk meneruskan tugasan. Pada awalnya, ramai antara pelajar – pelajar ini cuba untuk memikul kumpulan dengan melakukan kesemua tugasan yang diberi dengan sendirinya. Ini menunjukkan bahawa mereka masih lagi kekurangan kepercayaan terhadap ahli kumpulan yang lain. Oleh disebabkan ini juga, ramai di antara mereka yang cuba untuk mengarahkan ketua mereka sendiri dan ahli – ahli kumpulan yang lain dan menimbulkan banyak konflik dalam kumpulan. Dengan memerhati cara mereka mengendali kumpulan masing – masing, saya sedar bahawa betapa pentingnya kesatuan dan kesefahaman dalam kumpulan. Semasa kem kepimpinan tersebut saya juga dapat lihat bahawa ramai antara mereka dapat berkomunikasi antara satu sama lain dengan baik dan kurangnya konflik kumpulan masing – masing dalam melakukan setiap tugasan. Menjelang pengakhiran program kem kepimpinan dan jati diri ini, kami dapat perlihat betapa erat hubungan yang mereka telah jalin antara satu sama lain walaupun hanya mengambil masa 3 hari dan 2 malam. Ia sangat berbeza dengan hari pertama mereka menduduki program ini. Kami dapat melihat perbezaan yang sangat ketara dari segi melakukan tugasan, mengarah dan mendengar arahan, komunikasi dalam kumpulan, dan kecekapan mereka dalam melakukan setiap tugasan yang diberi. Ternyata bahawa tugasan – tugasan dan aktiviti yang diberikan kepada mereka berkesan dalam membina jati diri, keyakinan dan semangat kerjasama dalam kumpulan mereka serta mengeratkan hubungan mereka. Terdapat banyak lagi aktiviti – aktiviti yang juga berilmu dan mungkin dapat memberi manfaat kepada mereka. Sebagai contoh, adalah pengajaran tips dan cara – cara memasak dalam hutan, mengadakan solat dalam keadaan darurat atau semasa peperangan, penggunaan air yang efisien dan mengajar mereka jati diri yang teguh ketika malam burung hantu. Saya yakin bahawa mereka dapat belajar dari pengajaran yang kami telah berikan.

Kesimpulannya, kami sebagai ahli fasilitator yang telah terlatih dengan tekanan yang sangat tinggi semasa latihan PALAPES mempunyai perspektif yang sangat berbeza dengan pelajar – pelajar sekolah menengah ini, terutama sekali dalam cara yang efektif dalam mengendali kumpulan dan menjadi ahli kumpulan. Kami belajar bahawa prestasi sesebuah kumpulan akan lebih tinggi jika kurangnya tekanan dari dalam dan dari luar kumpulan. Ini juga termasuk tekanan dari luar dan dari dalam setiap individu dari kumpulan. Kami juga belajar cara untuk bekerja dengan lebih efektif dan lebih efisien dengan menetapkan tugasan bagi setiap individu terlebih dahulu. Ini supaya mengurangkan konflik semasa melakukan tugasan. Selain itu, kami belajar bahawa komunikasi adalah sangat penting, kerana dengan komunikasi yang lancar, banyak permasalahan seperti pendapat dan perspektif yang berbeza dari ahli kumpulan dapat di kurangkan. Dengan komunikasi antara ahli kumpulan yang baik juga dapat menambah keeratan sesebuah kumpulan bagi mengelakkan mana – mana ahli yang lain ditinggalkan. Ini juga dapat menggalakkan rakan – rakan lain yang berada dalam kesusahan untuk terus berusaha dalam menjalankan setiap tugasan. Kami pasti bahawa yang kami akan menerima pakai semula perkara – perkara dan aspek – aspek ini pada latihan – latihan yang kami akan hadapi semasa menjadi pegawai kadet, sehingga menjadi pegawai muda dan sehingga ke industri dalam bidang pekerjaan masing – masing yang melibatkan kerjasama yang tinggi dalam suasan bekerja atau melakukan tugasan secara berkumpulan.

        Screenshot_20200621-231748_1.png   89654412_212508776794538_569314854435815424_o.jpg

Activity Report 3

Information:

SUKAN SEKOLAH KOMPUTERAN 2020 (SUSKOM’20)
Date: 1 March 2020 - 7 March 2020
Venue: UTM
Organizer: PERSAKA

Graduate Attributes: Adaptability , Communication Skills, Leadership and Teamworking Skills

Category: Sports

Position/Roles: Participant

Mini Report:

SUSKOM'20 was a yearly event organized by PERSAKA inviting students from science computer to involve in sports events and competition including outdoors and indoors sports such as e-sports. The activity was held for 7 days in UTM and every area that could covers the sport event.  This event's objective is to ensure that every student were kept healthy and involved in outdoors or indoors activity.

Self-Reflection:

During this event, I joined in a volleyball team and was a representative from data engineering students. Even the date was clashed with GO YOUTH 2.0 Program, we were still manage to participate in both of the program. In this event, I enhance the communication skills in team environment. Our team was actually determined to win thus letting me to be focused and be serious to actually wins the competition. Although we only be able to get 2nd place in the game, we had tons of fun. For other games that we joined, we manage to get gold medals which is pretty enjoyable too.


Certificates/Photo/Video:
IMG-20200308-WA0011.jpg IMG-20200307-WA0064.jpg

Activity Report 2

Information

LATIHAN ASAS FASILITATOR
Date: 10 March 2020 - 12 March 2020
Venue: Hutan Rekreasi KTDI UTM
Organizer: PALAPES DARAT UTMJB

Graduate Attributes: Leadership and Teamworking Skills, Communication Skills, Adaptability, Thinking Skills, Global Citizen

Category: Leadership

Position/Roles: Committee/Committee member

Mini Report:

Latihan Asas Fasilitator / Kem Jati Diri was a service learning program conducted by Palapes Darat UTM and Badang Outdoor. This program's objective is to help high school students from Johor gain their self confidence, team working skills, and their attitudes. The program was held for 3 days and every facilitator has to cycle through tasks just to ensure the student's safety in Hutan Rekreasi KTDI UTM.

Self-Reflection:

During this program, I personally learnt about how much high school students are lacking in confidence or teamwork. I learn the efficient way to teach them how important it is to work in a team and how crucial it is to includes everyone in the group in every tasks or mission. Throughout the 3 days, we manage to create a bond with the students, and enjoyed every moments, task and missions light-heartedly.

Certificates/Photo/Video:
Screenshot_20200621-231748_1.png 89654412_212508776794538_569314854435815424_o.jpg

Activity Report 1

Information

GO YOUTH 2.0
Date: 6 March 2020 - 7 March 2020
Venue: K01, KTR, UTM
Organizer: JKM KTR UTMJB

Graduate Attributes: Enterprising Skills, Communication Skills, Adaptability

Category: Entrepreneurship

Position/Roles: Participant

Mini Report:

GO YOUTH 2.0 was a program/talk and a forum to let entrepreneurs shares their advice and their experience in becoming a successful ones. This program's objective is to share what it takes to be a successful entrepreneur, including the mindsets, tips, what to do, and what not to do. The program features 2 parts which is a talk from a successful entrepreneur, and a forum with 2 successful entrepreneurs. The 2 parts were:

(1) TALK ” How to Develop the Entrepreneurial Mindset – Change your way of thinking now! ”
– DATIN FAUZIAH GOUS – CEO of FG Walet and celebrity

(2) FORUM ” Zero to Hero – Anything is possible ”
– ARIF TUKIMAN – Co-founder & CEO of Run Cloud and UTM’s alumni
– BRYAN CHUA – Founder of Nescafé @ UTM

Self-Reflection:

During this program I learned about what it takes in becoming one successful entrepreneurs. We as a group has to asked a few questions to the speakers that will help us enhance the knowledge in the area of the topic. I took the opportunity to learn new things and take their advice and will definitely try to implement some of their advices in my career in the future.

Certificates/Photo/Video:

WhatsApp Image 2020-03-14 at 10.48.36 PM.jpeg WhatsApp Image 2020-03-14 at 10.50.52 PM.jpeg

REflection - SADAM (Interview/Questionaire)

Reflection – SADAM Interview/Questionnaires

            On last class of SADAM, Dr. Hawaniah construct a class where we have to discuss in our group in short period of time of what we should ask and what we should answer as interviewer and interviewee. A session would be conducted at the end of the class as an example of interview session between the groups. The main topic for the session is Online Salary Payment System.

The key things we got in creating the interview questions are:

  • The requirement
  • Target users
  • Functionality that they want
  • How each user accesses the system
  • Security and privacy also the company policy
  • Problems and solutions
  • Documentation including slips, records and reports
  • Management wise such as OT, bonuses and payments
  • Notification
  • Updates and maintenance of the system
  • Interface demanded

Through out the demo interview session, we learnt that better language using and confidence is one of the most important. Eye contact is important and be able to gain much point with the questions asked Team works such as one of the members must jot down the points stated by the interviewee as one of the team members are asking the questions. In questionaires, we must put down several questions that are almost similar to each other to confirms what the users really wanted. We also must include several types of answering methods in our questionaires such as a yes/no, objectives and also subjectives. I’d really like to thank Dr. Hawaniah that thought us how to really conduct an efficient interview session and also in making an interesting questionaires that will help us in gaining the requirements demanded by the company.

Reflection - SCSJ

SCSJ – Programming Techniques

          Programming techniques is one of the subjects that takes your creativity to code a program that will works on certain circumstances. One of the challenges is to get the program perfectly works without any logic errors, syntax errors or human errors. The class was teached by Dr. Zuraini Bt. Ali Shah. She really helped us in learning the subject and puts up the mood in the class. In the class or the exercise, we didn’t feel pressured and makes programming fun to learn. She also conducted extra classes for students that were pretty weak for the subject. The class exercise and tests are really interesting and fun to do as it takes a lot of skills to achieve it as there is many study cases that we could solve. We already knew that this subject is really important and we will apply it in the next semesters and at work. Thus, I hope we could do our best in understanding the subject and would be apply it in the future.

One of my most interesting programming study case is in the attached files.

 IMG_20181210_123223.jpg.1

Link:
Home