Reflection

Program Coaching @UGS Sesi 2017/2018

COACHING @UGS UTM

Coaching @UGS.jpg

A. Mengenai Coaching@UGS

Program Coaching adalah merupakan proses membina kembali jati diri seseorang bagi menyedarkannya akan potensi sebenar diri, di mana kedudukan mereka dalam hidup, matlamat hidup dan cara untuk mencapai matlamat itu.

Hubungan erat yang terjalin antara pelajar dan coach (penasihat) melalui sesi coaching secara interaktif mampu mentransformasi diri pelajar agar lebih cemerlang.

Di dalam proses coaching pelajar akan dilatih berfikir sendiri tanpa sebarang campur tangan . Coach tidak menasihati, sekadar mengajukan soalan yang bertepatan dan mendengar dengan teliti apa jawapan yang diberikan.

 

B. Modul Coaching@UGS yang ditawarkan untuk sesi 20172018

  1. Kemahiran Belajar Di Universiti
  2. Coaching Kendiri Dan Hala Tuju
  3. Coaching Time Is Running Out (Pengurusan Masa Yang Efektif)

 

C. Bagaimana Coaching@UGS boleh membantu anda?

  1. Membantu pelajar meneroka kehebatan dan potensi diri.
  2. Mempertingkatkan kefahaman dan kemampuan diri untuk menjadi lebih bijaksana, bertanggungjawab dan sedar akan kesan langsung terhadap tindakan yang dipilih dan diambil.
  3. Mengatur keutamaan diri agar lebih harmoni, bijak dan adil dalam menjayakan matlamat kehidupan yang ingin dicapai.
  4. Mempertingkat kemampuan kemahiran interpersonal, keyakinan serta motivasi yang berterusan dalam mengatasi sebarang kekangan dan halangan yang dihadapi.

 

D. Model Coaching@UGS

 

G

 

Goal

 

Matlamat Anda

 

R

 

Reality

 

Realiti Kini

 

O

 

Option

 

Pilihan

 

W

 

Way Forward

 

Selangkah ke depan

 

E. Siapa yang harus hadir?

  1. Pelajar yang ingin meningkatkan potensi diri/minda dalam kecemerlangan akademik.
  2. Pelajar yang ingin mempertingkatkan tahap keyakinan serta motivasi diri agar lebih konsisten, fokus dan berdaya saing.
  3. Pelajar yang ingin membina personaliti diri yang dinamik.
  4. Pelajar yang beriltizam untuk meneroka keajaiban interaksi minda, emosi dan spritual yang mampu menjayakan transformasi secara fizikal dan nyata.

 

Sekiranya berminat, pelajar/pensyarah  boleh menghubungi saya, NURUL AMRIE BIN ABDULLAH (07-5536384) atau emel nurulamrie@utm.my untuk pendaftaran.

Sekian terima kasih. Wassalam.

 

 

Program-Program Penilaian Pelan Pembangunan Individu (IDP-A)

Assalamualaikum wm..

Saya telah ditawarkan untuk mengikuti Program Penilaian, Pelan Pembangunan Individu IDP-A (Kumpulan 7) bermula daripada 12 sehingga 14 Februari 2018 di Pusat Latihan UTM. Program selama tiga (3) hari ini melibatkan pelbagai skim untuk pegawai P&P UTM Gred 44. Antara program penilaian yang meminta setiap pegawai melontarkan dan membentangkan idea adalah seperti berikut:

 20180213_115015.jpg20180213_115400.jpg

 

1) enVision UTM 2025 

- Saya diberikan tajuk Widen & Democratised Access Intensified TNE, flexible education, increase and diversified financial support, equity. Untuk sesi ini, penilai meminta peserta untuk mencadangkan strategi bagi pelaksanaan komponen enVision di atas.

- Bagi memastikan UTM memberikan pendidikan secara fleksibel dan berekuiti (kesamarataan dan keseimbangan), saya membentang beberapa perkara berkaitan Pelaksanaan Program Gap Year dan juga program untuk pelajar dalam golongan Bottom 40 (B40). Terima kasih kepada penganjur dan juga penilai kerana banyak benda (ilmu) baharu yang saya dapat melalui sesi ini.

 

2) My Line

- Program ini merupakan program Bahasa Inggeris 100% di mana pelajar perlu mengikuti dua (2) aktiviti seperti kuiz grammar dan juga group presentation. Untuk kuiz, peserta perlu menjawab 40 soalan dalam masa 30 minit manakala untuk presentation peserta perlu menjalankan mesyuarat (dalam kumpulan) berkaitan persediaan untuk mengadakan One-Day Seminar.

- Setiap kumpulan terbahagi kepada 4 orang dan saya bertindak sebagai Facility Manager yang mana tugasnya memastikan segala keperluan logistik seminar disediakan menjelang pelaksaan One Day Seminar tersebut. Ianya dijalankan dalam Bahasa Inggeris dan kami semua sangat bersemangat menyempurnakan tugasan yang diberikan. Tahniah team!

- Alhamdulillah sesi MyLine dapat dijalankan dengan penuh santai dan harmoni. Guru-guru Bahasa dan penilai juga agak fleksibel dalam memastikan setiap peserta selesa untuk berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris.

 

 3) Business Model Canvas (BMC)

- BMC merupakan topik yang sangat familiar bagi pelajar-pelajar MBA seperti saya. Terdapat 9 elemen penting dalam BMC iaitu 1) Key Partners, 2) Key Activities, 3) Key Resources, 4) Value Propositions, 5) Customer Relationship, 6) Customer Segments, 7) Channel, 8) Cost Structure, 9) Revenue Stream.

- Alhamdulillah saya telah mencadangkan bisnes berkaitan Sport & Recreation UTM yang mana para penilai bersetuju dengan BMC dan hujah-hujah yang saya cadangkan. Lampiran di bawah refleksi merupakan BMC yang saya cadangkan. 

 

4) Integrity, Synergy, Excellence dan Sustainability (ISES UTM)

- Ini antara program yang menarik kerana semua peserta dikumpulkan dan duduk seperti di dalam forum yang sebenar. Program ini meminta peserta untuk berbincang, berfikir secara kritikal serta kreatif, melontar idea-idea yang bernas dan juga memberi pendapat yang konkrit mengikut keadaan dan persekitaran yang sebenar berlaku di UTM.

- Sangat menarik kerana saya dapat mengutarakan beberapa isu dan pendapat berkaitan UTM. Semoga apa yang diforumkan ini (yang hujahnya bernas) dapat disampaikan ke 'atas'. Insha Allah.

 

5) Who AM I - Interview

- Who AM I merupakan sesi interview (individu) yang memakan masa 10-15 minit. Untuk ini, saya ditemubual oleh 2 orang penilai iaitu En. Kamsaini dan juga Pn. Norazlina Md Zaid. Temubual berkisar apa aktiviti dan program yang saya lakukan di Pengajian Prasiswazah (UGS) dan juga KAI yang diberikan.

- Penilai juga meminta pendapat dan pandangan saya bagaimana sekiranya saya ditukar dan ditempatkan di tempat bertugas yang lain? Untuk soalan tersebut, saya menyatakan bahawa saya sangat obses berkaitan Pengangkutan dan Logistik sejak sekolah dan saya berpendapat PHB adalah tempat yang terbaik. Saya juga tidak kisah ditempatkan di mana-mana asalkan saya mampu untuk menyumbangkan sesuatu untuk UTM.

- Ada juga elemen 'menguji' dan 'provokasi' di dalam sesi ini, tetapi saya masih lagi tersenyum dan apa yang penting, hasrat saya untuk berkongsi idea dan pandangan dapat saya utarakan. Alhamdulilah sesi berlangsung dengan sangat tenang dan harmoni.

 

6) ExcelMag - Excellent Manager

- Antara aktiviti yang saya 'lambat berfikir' mungkin kerana saya keletihan kerana dalam masa 2 hari saya sentiasa melontarkan idea dan pandangan. Tetapi Alhamdulillah saya dapat menggunakan ilmu yang saya miliki semasa Bercuti Belajar (CB) untuk saya kongsikan bersama penilai dan juga rakan-rakan seperjuangan. Saya memilih KFA4 L1.1 iaitu Percentage of staff with Holistics Value dan beberapa cadangan penyelesaian serta penambahbaikan saya kongsikan.

- Saya juga memberikan contoh-contoh kaedah intervensi dalam organisasi dan juga beberapa komponen karakter dalam memastikan inisiatif untuk KFA4 ini tercapai. Inisiatif yang dicadangkan menyentuh soal Integrated Strategic Change, budaya di tempat kerja dan Work Job Design (sistem penyampaian). 

 

7) Leading-edge UTM

- Sesi ini agak menarik kerana para peserta diberi masa untuk memikirkan soal sustainability untuk UTM. Terdapat 2 perkara yang dimaklumkan iaitu samada Penjimatan ataupun sesuatu yang menjana keuntungan. Walaubagaimanapun, ianya dilihat sedikit tricky kerana soalan esaimen meminta peserta memasukkan elemen 'Futuristik' yang boleh dicapai dalam 5 hingga 10 tahun akan datang.

- Soal jana keuntungan, saya fikir untuk berkongsi perkara yang sedang/telah berlaku iaitu Khidmat/Bisnes thesis binding yang dijalankan di KTC yang mana elemen futuristik yang saya masukkan adalah penggunaan sistem pesanan (booking) bagi meningkatkan jualan thesis binding dalam dan luar UTM.

- Walaubagaimanapun, saya dimaklumkan oleh penilai, mereka inginkan sesuatu yang lebih 'futuristik' yang mana cadangan atau perkara 'sustainability' yang diinginkan agak sukar/atau hampir tidak mampu dilaksanakan. Ada beberapa perkara yang saya ingin bahaskan khususnya berkaitan konsep bisnes tetapi saya memilih untuk silent kerana ianya bukan platform yang sesuai.  

- Apa yang pasti, saya sangat bersetuju dengan konsep kebersamaan atau lebih mudah saya katakan konsep 'SINERGI' yang dicadang oleh Puan Penilai memang perlu ditekankan pada semua staf (akademik dan bukan akademik) UTM bagi memastikan segala cita-cita/impian sama ada futuristik atau tidak dapat dicapai dengan jayanya. Bukan sekadar 'Angan-angan Mat Jenin'. InshaAllah

Bengkel Penggunaan Sistem MY e-Portfolio untuk Pensyarah FKE

Assalamualaikum wm dan Selamat Sejahtera..

Bulan baru semangat baru..Dengan semangat masuk kerja pada hari ini 5.2.2018 terus bersiap-siap untuk pergi ke Blok P19a, FKE bagi meneruskan Bengkel Penggunaan Sistem MY e-Portfolio untuk Pensyarah FKE. Terima kasih FKE kerana menjemput pihak Pengajian Prasiswazah (UGS) untuk berkongsi sedikit ilmu berkaitan sistem MY e-Portfolio ini.

Apa yang menarik untuk tahun 2018 ni, Blok dan Fakulti ini menjadi tempat yang kerap saya kunjungi memandangkan saya juga terlibat dalam penganjuran Robocon 2018 yang mana kesemua jawatankuasa Robocon terdiri daripada para pensyarah FKE.

Akhir kata, sekalung tahniah saya ucapkan kepada Timbalan Dekan (Akademik) FKE, Prof. Dr. Wazir dan juga Ketua JK e-Portfolio FKE Dr. Madihah Ab Rasid atas usaha kalian membantu pihak UGS dalam memastikan penggunaan sistem e-Potfolio ini disebarluaskan buat warga FKE.

Semoga bermanfaat. InshaAllah. Ameen..

20180205_090928.jpg

Bengkel Penggunaan Sistem MY e-Portfolio untuk Pensyarah FKT

Assalamualaikum wm..

Hari ini 30.1.2018 (Selasa) Bengkel Penggunaan Sistem MY e-Portfolio diteruskan lagi kali ke 2 khususnya untuk Pensyarah Fakulti Kejuruteraan Kimia dan Kejuruteraan Tenaga (FKT) di Bilik Mesyuarat Utama, FKT N01a.

Untuk makluman, FKT merupakan salah satu daripada fakulti yang mencatatkan penggunaan tertinggi Sistem MY e-Portfolio di UTM. Terima kasih saya ucapkan kepada Timbalan Dekan (Akademik) FKT, PM Dr. Aznizam bin Abu Bakar atas inisiatif beliau menggalakkan pensyarah-pensyarah FKT menggunakan sistem ini. Usaha ini selaras dengan ARAHAN YB Menteri Pendidikan Tinggi Malaysia, DS Idris bin Jusoh yang mana beliau meminta semua Universiti Awam Malaysia menggunakan Sistem MY e-Portfolio dalam aktiviti Pengajaran & Pembelajaran (P&P) di UA bermula tahun 2018.

Antara perkara yang menarik lagi, FKT juga merupakan fakulti yang terawal memberi maklumbalas kepada Pejabat Pengajian Prasiswazah (UGS) dalam mengenalpasti beberapa kursus (subjek) di FKT yang WAJIB menggunakan Sistem MY ePortfolio di mana kursus-kursus ini akan mempunyai nilai markah (5-10) dalam pemarkahan kerja kursus mereka.

Semangat dan terus bersemangat untuk menggunakan Sistem MY e-Portfolio! Semoga berjaya buat semua pensyarah FKT..!

Terima kasih Dr2 sekalian..

ePortfolio FKT.jpeg

FIRST MY e-Portfolio Course in 2018

FIRST MY e-Portfolio Course in 2018

This course seems to mostly benefit students and shareholders. After so many times handling this course, I think that i need to do something. Something which proving that i am not only responsible on this 'portfolio', but also having my own e-Portfolio as well as my career development documentation in UTM. 

Definitely, I can use this MY e-Portfolio as evidence for my pay raise (self/career development). That perked me right up!

**** My 2018 aim is to ensure all the faculties start to have their own Champions on e-Portfolio before 2018/2019 academic session.. Prrreeet..!

e-Portfolio Course.jpg