Assalamualaikum wm dan Selamat Sejahtera..
Bulan baru semangat baru..Dengan semangat masuk kerja pada hari ini 5.2.2018 terus bersiap-siap untuk pergi ke Blok P19a, FKE bagi meneruskan Bengkel Penggunaan Sistem MY e-Portfolio untuk Pensyarah FKE. Terima kasih FKE kerana menjemput pihak Pengajian Prasiswazah (UGS) untuk berkongsi sedikit ilmu berkaitan sistem MY e-Portfolio ini.
Apa yang menarik untuk tahun 2018 ni, Blok dan Fakulti ini menjadi tempat yang kerap saya kunjungi memandangkan saya juga terlibat dalam penganjuran Robocon 2018 yang mana kesemua jawatankuasa Robocon terdiri daripada para pensyarah FKE.
Akhir kata, sekalung tahniah saya ucapkan kepada Timbalan Dekan (Akademik) FKE, Prof. Dr. Wazir dan juga Ketua JK e-Portfolio FKE Dr. Madihah Ab Rasid atas usaha kalian membantu pihak UGS dalam memastikan penggunaan sistem e-Potfolio ini disebarluaskan buat warga FKE.
Semoga bermanfaat. InshaAllah. Ameen..
Comments
NABILAH BINTI ZAINI
06 February 2018, 7:41 AM
A very good sharing Mr Amrie. Your profile give me a chance to upgrade mine! Will look forward this coming meeting. InsyaALLAH.
NURZAL EFFIYANA BINTI GHAZALI
08 February 2018, 12:01 PM
Terima kasih En. Amrie!
Amrie
14 February 2018, 3:34 PM
InshaAllah boleh berkongsi2 maklumat dan pandangan lagi.
Alhamdulillah..