Reflection / Reflection /
Bengkel Penggunaan Sistem MY e-Portfolio untuk Pensyarah FKT

Assalamualaikum wm..

Hari ini 30.1.2018 (Selasa) Bengkel Penggunaan Sistem MY e-Portfolio diteruskan lagi kali ke 2 khususnya untuk Pensyarah Fakulti Kejuruteraan Kimia dan Kejuruteraan Tenaga (FKT) di Bilik Mesyuarat Utama, FKT N01a.

Untuk makluman, FKT merupakan salah satu daripada fakulti yang mencatatkan penggunaan tertinggi Sistem MY e-Portfolio di UTM. Terima kasih saya ucapkan kepada Timbalan Dekan (Akademik) FKT, PM Dr. Aznizam bin Abu Bakar atas inisiatif beliau menggalakkan pensyarah-pensyarah FKT menggunakan sistem ini. Usaha ini selaras dengan ARAHAN YB Menteri Pendidikan Tinggi Malaysia, DS Idris bin Jusoh yang mana beliau meminta semua Universiti Awam Malaysia menggunakan Sistem MY e-Portfolio dalam aktiviti Pengajaran & Pembelajaran (P&P) di UA bermula tahun 2018.

Antara perkara yang menarik lagi, FKT juga merupakan fakulti yang terawal memberi maklumbalas kepada Pejabat Pengajian Prasiswazah (UGS) dalam mengenalpasti beberapa kursus (subjek) di FKT yang WAJIB menggunakan Sistem MY ePortfolio di mana kursus-kursus ini akan mempunyai nilai markah (5-10) dalam pemarkahan kerja kursus mereka.

Semangat dan terus bersemangat untuk menggunakan Sistem MY e-Portfolio! Semoga berjaya buat semua pensyarah FKT..!

Terima kasih Dr2 sekalian..

ePortfolio FKT.jpeg