UHIS1022 Philosophy and Current Issues

This page is about the assignments of UHIS1022 Philosophy and Current Issues.

This page contains:

  1. Introduction of course "UHIS1022 Philosophy and Current Issues"
  2. Assignment of course "UHIS1022 Philosophy and Current Issues"

Introduction

                                                Philosophy and Current Issues Word Cloud.jpg                      

UHIS1022 Philosophy and Current Issues is a course delivering knowledge about philosophy and relating the philosophy to the Falsafah Pendidikan Kebangsaan and Rukun Negara of Malaysia. This course had introduced numerous philosophy and the impact of these philosophies to the society from various aspects such as culture, moral values and mind. Besides, it also introduced the ideologies that currently affect modern society nowadays.

*This course was delivered in Malay, the information and the assignments below will be presented in Malay*

                                                       UHIS1022Philosophy__Current_IssuesFalsafah__Isu_Semasa.png

Terdapat 8 bab dalam kursus Falsafah dan Isu Semasa. Antaranya adalah "Pengenalan Falsafah", "Falsafah dalam Kehidupan", "Logik & Kaedah Berfikir", "Psikologi & Sosiologi", "Metafizik", "Epistemologi", "Ideologi" dan "Dekolonisasi".

Tugasan

Tugasan UHIS1022 Falsafah dan Isu Semasa dibahagi kepada 3 iaitu proposal projek, poster projek dan ulasan isu semasa. Proposal dan poster projek adalah berdasarkan ideologi yang dipilih manakala ulasan isu semasa adalah berdasarkan topik-topik yang diberi.

Tajuk proposal dan poster projek ialah "Kesan Nasionalisme terhadap Perkembangan Negara dan Masyarakat". Kami telah mencari maklumat tentang ideologi nasionalisme. Antaranya adalah seperti konsep, definisi dan teori ideologi nasionalisme, isu nasionalisme, implikasi dan cabaran nasionalisme, perbezaan antara nasionalisme sebelum dan selepas kemerdekaan Malaysia. Selepas itu, proposal dan poster projek dihasilkan dalam bentuk PowerPoint.

Tajuk ulasan isu semasa ialah "Budaya Membaca di Era Pasca-Moden". Kami telah mencari maklumat tentang budaya membaca pada zaman ini. Antaranya adalah seperti pengenalan, definisi, faktor menyebabkan keruntuhan budaya membaca, kesan budaya membaca kepada masyarakat dan negara, cara mengamalkan budaya membaca dan kaitan isu dengan falsafah, Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dan Rukun Negara.

Proposal Projek

Poster

Ulasan Isu Semasa

Pengenalan

Pada era pasca-moden ini, kemunculan peralatan elektronik dan gajet-gajet membawa perubahan terhadap budaya membaca yang menggunakan sumber bahan bacaan dalam bentuk fizikal. Kemunculan teknologi-teknologi yang canggih telah menjadikan budaya membaca melalui bahan bacaan fizikal seperti buku, majalah dan akhbar menjadi runtuh dan digantikan oleh bahan bacaan digital seperti e-buku dan berita atas talian malah menyebabkan budaya membaca diabaikan oleh sesetengah masyarakat kerana kemudahan dan hiburan yang didatangkan oleh teknologi-teknologi tersebut. Sebagai contoh, hiburan seperti media sosial, permainan dan video mudah menjadikan masyarakat mengabaikan budaya membaca dalam kehidupan seharian. Fenomena ini telah menjadikan budaya membaca semakin dikurangkan malah dipinggirkan oleh masyarakat. Walaubagaimanapun, sumber bahan bacaan digital yang dalam atas talian juga membantu menggalakkan budaya membaca diamalkan kerana kemudahan dan penjimatan masa serta tenaga yang diberikan oleh teknologi. Hal ini kerana teknologi membantu pengguna mengakses maklumat dengan cara yang mudah dalam masa yang singkat berbanding dengan sumber bahan bacaan fizikal seperti perpustakaan awam. Oleh itu, budaya membaca di era pasca-moden menghadapi banyak cabaran yang didatangkan oleh teknologi digital tetapi juga dipupuk melalui kemudahan yang didatangkan oleh teknologi digital semasa mengakses maklumat, ilmu pengetahuan dan bahan bacaan melalui internet.

Definisi

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, 2010, “baca” didefinisikan sebagai melihat isi sesuatu yang tertulis atau tercetak dengan cara meneliti dan memahami makna dan tujuan isi tersebut manakala “budaya” didefinisikan sebagai peradaban yang berkaitan degan kemajuan fikiran atau akal budi. Budaya membaca boleh dikatakan sebagai peradaban yang memahami sesuatu yang tertulis dengan teliti bagi kemajuan fikiran. Membaca merupakan suatu amalan yang mulia dan merupakan jambatan ilmu bagi manusia.

Faktor

Ilmu pengetahuan adalah sangat penting dalam dunia globanisasi ini dan cara memperoleh ilmu pengetahuan melalui budaya membaca juga banyak dipupuk oleh pihak kerajaan terhadap rakyat negara terutamanya golongan muda yang dapat menjadi tonggak negara dalam pelbagai bidang. Walaubagaimanapun, budaya membaca semakin meruntuh dalam kalangan rakyat Malaysia terutamanya dalam golongan muda. Persoalannya, apakah faktor-faktor yang menyebabkan budaya membaca semakin meruntuh dalam kalangan rakyat Malaysia.

Faktor utama yang menjadi kekangan dalam memupuk budaya membaca dalam kalangan rakyat adalah faktor persendirian. Sikap rakyat adalah penting dalam menjayakan usaha untuk memupuk budaya membaca dalam kalangan rakyat. Kebanyakan rakyat terutamanya generasi muda tidak mempunyai minat dan motivasi untuk mengamalkan budaya membaca dalam kehidupan seharian. Hal ini dikatakan demikian kerana kebanyakan golongan muda lebih gemar menggunakan masa mereka dalam aktiviti-aktiviti yang tidak mendatangkan faedah terhadap kehidupan mereka. Sebagai contoh, budaya melepak dan bermain di pusat hiburan adalah aktiviti-aktiviti yang tidak mendatangkan faedah kepada golongan remaja. Walaubagaimanapun, kebanyakan golongan muda masih menjalankan aktiviti-aktiviti tersebut kerana dapat mendatangkan keseronokan kepada mereka berbanding dengan pelajaran yang menjadi beban kepada mereak. Oleh itu, faktor persendirian adalah faktor yang utama dalam menjadikan budaya amalan dalam kalangan rakyat semakin meruntuh.

Faktor lain yang menjadi kekangan dalam memupuk budaya membaca dalam kalangan rakyat adalah faktor sekeliling. Hal ini dikatakan demikian kerana pengaruh dari sekeliling adalah penting dalam mengalakkan rakyat untuk mengamalkan budaya membaca dalam kehidupan seharian. Sebagai contoh, pengaruh rakan sebaya, ibu bapa dan pendidik memberikan pengaruh yang signifikan. Rakyat lebih mudah untuk mengamalkan budaya membaca apabila orang di sekeliling mereka juga mengamalkan budaya membaca seperti membaca surat khabar setiap hari. Di sebaliknya, rakyat sukar dapat mengamalkan budaya membaca sekiranya orang di sekelilingnya mengamalkan budaya negatif seperti budaya hedoisme. Oleh itu, faktor sekeliling adalah penting dalam memupuk budaya membaca dalam kalangan rakyat.

 Faktor lain yang menjadi kekangan dalam memupuk budaya membaca adalah kemudahan sumber bahan bacaan. Kemudahan sumber bahan bacaan seperti perpustakaan awam kurang diwujudkan dalam komuniti. Hal ini telah menyebabkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan budaya membaca dan tempat yang membolehkan masyarakat untuk membaca buku menjadi kurang. Perpustakaan awam patut dibina supaya dapat menyediakan suasana yang kondusif dan sumber bahan bacaan yang berkualiti kepada masyarakat agar mereka dapat mengamalkan budaya membaca.

Terdapat juga faktor perkembangan teknologi yang menyebabkan budaya membaca semakin runtuh dalam kalangan rakyat. Hal ini dikatakan demikian kerana kemunculan gajet dan media sosial menjadikan kebanyakan rakyat menggunakan masa dalam penggunaan gajet. Sebagai contoh, masa penggunaan media sosial seperti Facebook, Twitter dan Instagram dalam kalangan rakyat terutamanya golongan muda adalah lebih daripada sejam menyebabkan mereka menggunakan kurang masa dalam membaca atau tidak membaca. Kesannya, budaya membaca dalam kalangan rakyat akan menjadi semakin lemah dan akhirnya digantikan oleh budaya melayari media sosial. Oleh itu, faktor perkembangan teknologi adalah faktor yang penting menyebabkan isu budaya membaca berlaku.

Kesimpulannya, terdapat banyak faktor yang menyebabkan budaya amalan membaca semakin runtuh dalam kalangan rakyat terutamanya dalam golongan muda. Masyarakat dan pihak kerajaan patut bekerjasama untuk memupuk buyada membaca dalam kalangan masyarakat supaya dapat mewujudkan masyarakat yang berilmu pengetahuan dan berpendidikan tinggi agar kemajuan dan kemakmuran negara dapat terjamin.

Kesan

Amalan membaca merupakan amalan yang mulia. Hal ini demikian kerana amalan membaca memberikan banyak implikasi positif kepada masyarakat sejak dahulu lagi. Hal ini benar apabila wahyu pertama yang diturunkan oleh Allah S.W.T. kepada Nabi Mohammad S.A.W. menyeru umat Islam untuk membaca. Selain itu, amalan membaca juga dipraktikkan oleh masyarakat Barat semasa zaman Renaissance untuk memajukan negara mereka. Oleh itu, pihak kerajaan Malaysia juga menyedari kepentingan amalan membaca kepada pembangunan negara. Justeru, pihak kerajaan Malaysia telah mengambil pelbagai alternatif untuk menyemarakkan amaliah membaca dalam kalangan rakyat Malaysia. Antara langkah-langkah yang diambil oleh pihak kerajaan ialah anjuran kempen kesedaran amalan membaca, Program membaca buku sempena Hari Membaca Buku, dan pemberian kupon membeli buku kepada anak-anak muda Namun begitu, alternatif yang dilakukan tidak memberikan impak yang efektif dalam membentuk budaya membaca. Budaya membaca kini turut telah berubah apabila media massa telah berkembang pesat. Budaya membaca tidak lagi terhad kepada bahan bacaan yang berbentuk fizikal malah bahan bacaan kini telah berubah kepada bentuk digital. Selain itu, jenis bahan bacaan juga telah menjadi lebih menyeluruh dan menarik. Namun demikian, budaya membaca dalam kalangan anak-anak muda masih rendah. Mereka lebih gemar menikmati rancangan hiburan atau bermain permainan atas talian daripada membudayakan amalan membaca. Kebanyakan daripada anak-anak muda berpendapat bahawa budaya membaca hanya membuang masa dan membosankan sahaja. Perspektif negative ini telah menyebabkan bilangan purata buku yang dibaca oleh anak-anak muda setiap tahun di Malaysia adalah amat rendah berbanding dengan negara luar. Sebenarnya budaya membaca memberikan banyak implikasi positif kepada masyarakat terutama dalam era-pasca moden yang mencabar ini. Persoalannya, apakah kesan budaya membaca di era pasca-moden kepada masyarakat dan negara.

Kesan dominan budaya membaca di era-pasca moden adalah meningkatkan tahap pengetahuan masyarakat. Hal ini demikian kerana budaya membaca dapat meningkatkan pangetahuan serta mencernakan minda masyarakat. Anak-anak muda akan terdedah dengan pelbagai jenis ilmu pengetahuan. Hal ini jelas kerana pelbagai jenis maklumat dan ilmu dapat diketahui dan dipelajari dengan melayari internet. Segala ilmu pengetahuan boleh didapati di hujung jari anak-ank muda. Bahan-bahan bacaan tersebut juga melibatkan pelbagai bidang seperti bidang perubatan, bidang kosmetik, bidang pertanian dan bidang teknologi dan maklumat. Oleh itu, tahap pengetahuan masyarakat dapat ditingkatkan sekiranya mereka memanfaatkan media elektronik untuk membudayakan amalan membaca. Selain itu, pelbagai informasi yang terdapat dalam media elektronik adalah bersifat global. Hal ini demikian kerana anak-anak muda bukan sahaja dapat mempelajari ilmu tempatan malah mereka juga akan terdedah dengan ilmu hasil kajian daripada ilmuwan negara luar. Hal ini bererti anak-anak muda dapat memperluaskan minda mereka. Impaknya, masyarakat yang berpengetahuan luas dapat dibentuk. Seterusnya, pembangunan negara dapat dijanakan. Dengan itu, jelaslah kita lihat bahawa budaya membaca di era-pasca penting untuk meningkatkan tahap pengetahuan masyarakat.

Tirai perbincangan kita diteruskan dengan menghalusi impak budaya membaca di era-pasca moden yang seterusnya adalah melahirkan masyarakat yang berfikiran matang. Hal ini adalah benar kerana amalan membaca dapat membentuk kepribadian diri yang mulia. Mereka akan berfikir sebelum melakukan sesuau keputusan. Hal ini bermakna meraka akan menilai impak sesuatu Tindakan tersebut kepada mereka sebelum Tindakan tersebut diambil. Selain itu, budaya membaca dapat membentuk kematangan masyarakat kerana mereka dapat meneliti dan menganalisis kebenaran sesuatu isu tersebut. Hal ini adalah amat penting kerana jika seseorang tersebut tidak dapat menganalisi dan meneliti sesuatu isu, maka pelbagai masalah akan timbul. Sebagai contoh, sekiranya seseorang tersebut tidak memahami informasi yang disampaikan, maka mereka mudah memutarbelitkan informasi yang ingin disampaikan serta menimbulkan salah faham antara pelbagai pihak. Hal ini juga menjadi lebih serius apabila mereka menyebarkan informasi palsu tersebut kepada orang lain. Hal ini pasti akan menimbulkan perselisihan faham dan pertengkaran yang lebih serius. Oleh itu, budaya membaca yang diamalkan penting untuk melahirkan individu yang berfikiran matang. Sementelahan pula, budaya membaca juga dapat membolehkan seseorang individu tersebut menguruskan masalah yang dihadapi dengan rasional dan tenang. Mereka dapat menenangkan fikiran mereka serta menyelesaikan masalah tesebut secara kreatif, krits dan invotif. Hal ini juga bererti mereka bukan sahaja tidak mudah berputus asa apabila menghadapi cabaran, malah mereka dapat menguruskan masalah tersebut secara bijak. Dengan itu, generasi muda yang berkaliber dapat dilahirkan. Pembangunan negara juga dapat dijanakan. Dengan itu, jelaslah kita lihat bahawa budaya membaca di era-pasca penting untuk melahirkan masyarakat yang berfikiran matang.

Sementelahan pula, kemaslahatan budaya membaca di era pasca-moden adalah melahirkan generasi muda yang berdaya saing. Hal ini demikian kerana anak-anak muda dapat mengetahui sesuatu informasi dengan tepat tanpa mengira waktu dan tenpat. Hal ini membolehkan anak-anak muda untuk mempelajari kemahiran dan pengetahuan yang terbaru. Seterusnya, anak-anak muda juga dapat mempraktikkan kemahiran atau ilmu yang dipelajari dalam kehidupan seharian. Selain itu, ilmu pengetahuan yang dipelajari juga boleh menyumbang kepada pembangunan negara Malaysia apabila anak-anak muda telah mendalami serta melakukan inovasi terhadap ilmu atau kemahiran yang dikuasai. Hal ini pasti dapat meningkatkan daya saing negara serta mengharumkan nama baik negara. Sebagai contoh, teknologi terkini telah diaplikasikan oleh pelbagai sektor dalam menghadapi pandemik Covid-19 yang melanda dunia. Hal tersebut bukan sahaja telah meningkatkan daya saing pelbagai sektor malah teknologi yang diaplikasikan juga telah mengurangkan kerugian yang dihadapi oleh syarikat. Selain itu, ilmu ubah suai genetic (GMOs) yang dipelajari telah diadaptasikan untuk meningkatkan kualiti dan kuantiti hasil pertanian Malaysia seperti nanas. Hal ini telah membolehkan tanaman pertanian Malaysia mempunyai ketahanan yang lebih tinggi terhadap penyakit dan cuaca klimaks malah kuantiti hasil juga telah bertambah. Hal ini juga telaah meningkatkan sumber pendapatan negara dalam bidang pertanian. Seterusnya, daya saing negara juga dapat ditingkatkan. Hal ini telah menjelaskan bahawa budaya membaca terutama dalam era pasca-moden dapat melahirkan generasi muda yang berdaya saing.

Kesimpulannya, budaya membaca di era pasca-moden memberikan banyak implikasi yang positif kepada masyarakat serta negara. Oleh itu, pelbagai pihak haruslah bergandingbahu bagai aur dengan tebing bagai menyuburkan budaya membaca dalam kalangan masyarakat bagi membangunkan negara Malaysia. Sekiranya, setiap pihak memainkan peranan secara efektif, usaha untuk melahirkan generasi muda yang membudayakan amalan membaca pasti dapat dijayakan. Seterusnya, sebagai mahasiswa, kita wajarlah mempunyai tahap kesedaran yang tinggi untuk membudayakan amalan membaca kerana kita merupakan aset atau tonggak negara. Sekiranya budaya membaca bercambah kukuh dalam diri kita, maka negara Malaysia dapat menjanakan transformasi serta mencapat kemajuan. Dengan itu, marilah kita menyahut seruan kerajaan untuk membudayakan amalan membaca bagi membangunkan negara Malaysia yang tersayang.

Cara

Budaya membaca telah banyak dipraktikkan dalam beberapa negara begitu juga dengan negara kita. Namun, budaya membaca dalam negara kita masih rendah berbanding dengan negara lain. Kajian menunjukkan bahawa secara purata rakyat Malaysia hanya membaca dua buah buku setahun. Negara kita yang sedang pesat membangun memerlukan rakyat yang berpengetahuan tinggi untuk maju setanding dengan negara maju di dunia. Oleh itu, terdapat beberapa langkah untuk mempraktikkan dan mengamalkan budaya membaca di era pasca-moden.

Antara langkah ialah ibu bapa haruslah memupuk budaya membaca dan mendidik anak mereka sejak kecil lagi. Hal ini demikian kerana ibu bapa merupakan orang yang paling terdekat kepada anak dan segala perlakuan yang dilakukan oleh ibu bapa akan diikuti oleh anak mereka. Bak kata pepatah, bagaimana acuan begitulah kuihnya. Ibu bapa perlulah memupuk budaya membaca dan menjadi suri teladan kepada anak mereka supaya anak-anak akan dipengaruh dengan budaya membaca. Ibu bapa juga perlulah mendidik anak mereka membaca sejak kecil lagi seperti melentur buluh biarlah dari rebungnya. Contohnya, ibu bapa perlulah mewujudkan ruang pembacaan dan bahan bacaan yang bermutu kepada anak-anak. Jika anak-anak dididik dengan budaya membaca sejak kecil, mereka dapat dan mudah mengamalkan amalan membaca berbanding dengan apabila menjadi dewasa dan mula memupuk. Dengan ini, budaya membaca dapat dipraktikkan dalam kalangan generasi muda sejak kecil di era pasca-moden ini.

Selain itu, pihak kerajaan juga perlu melaksanakan kempen kesedaran tentang budaya membaca dalam kalangan masyarakat di merata-rata tempat. Hal ini demikian kerana masih terdapat segelintir masyarakat tidak mengetahui kebaikan membaca. Oleh itu, pihak kerajaan perlulah melaksanakan kempen tertentu bagi meningkatkan kesedaran masyarakat tentang konsep budaya membaca dan juga kebaikannya. Misalnya, pihak kerajaan boleh mengadakan kempen membaca sekali sebulan di tempat awam dan dalam kempen tersebut patutlah mempunyai aktiviti-aktiviti yang menarik serta berkaitan dengan budaya membaca. Dengan ini, kempen tersebut dapat menarik perhatian masyarakat untuk menyertai dan seterusnya mempelajari dan memupuk budaya membaca. Justeru, pihak kerajaab perlulah mengadakan kempen kesedaran seringkali di merata-rata tempat bagi memupuk budaya membaca dalam kalangan masyarakat.

Di samping itu, pihak sekolah patutlah menjalankan aktiviti-aktiviti atau program yang berkaitan dengan budaya membaca. Contohnya, pihak sekolah bolehlah menganjurkan aktiviti seperti “Minggu Budaya Membaca”. Dalam aktiviti tersebut, pihak sekolah boleh menjalankan aktiviti-aktiviti kecil seperti membaca selama 10 minit, buku pameran yang menjual bahan bacaan yang banyak dan berkualiti dan sebagainya. Dengan ini, pelajar dapat ditarik perhatian dan memupukkan budaya membaca. Pihak sekolah juga perlu menjalankan program NILAM yang dilaksanakan oleh kerajaan dengan lebih berkesan dengan memastikan semua pelajar telah menjayakan. Hal ini demikian kerana program tersebut memerlukan pelajar membaca buku dan membuat sinopsis terhadap buku yang dibaca. Oleh itu, pelajar dapat memupukkan budaya membaca. Dengan ini, aktiviti atau program yang dijalankan oleh pihak sekolah dapat memupuk budaya membaca dalam kalangan pelajar.

Langkah seterus bagi memupuk budaya membaca ialah melalui media massa dan media sosial. Hal ini demikian kerana pada masa ini, masyarakat kita dipenuhi dan dimajukan dengan alat-alat media massa dan media sosial. Ini boleh dikatakan dalam 10 orang terdapat 7 atau 8 orang yang mempunyai media sosial dan menggunakan media massa. Oleh itu, pihak media-media perlulah membayangkan atau menyampaikan maklumat-maklumat tentang budaya membaca melalui Internet, surat khabar, majalah ataupun e-book. Mereka boleh memaparkan iklan tentang budaya membaca dan dalam iklan tersebut menyeru masyarakat rajin membaca. Media sosial boleh mengadakan aktiviti membaca dengan menggalakkan masyarakat membaca melalui aplikasi tertentu dan memberikan hadiah yang lumayan kepada masyarakat yang berjaya membaca selama dua minggu, satu bulan dan seterusnya. Dengan ini, masyarakat akan mempraktikkan budaya membaca dari semasa hingga semasa. Justeru, dengan melalui media massa dan media sosial, budaya membaca dapat dipupuk dalam kalangan masyarakat.

Kesimpulannya, terdapat banyak langkah untuk memupuk budaya membaca pada era pasca-moden ini. Perkara yang terpenting ialah masyarakat haruslah menghayati dengan program-program yang dijalankan. Tanpa masyarakat, langkah-langkah yang dijalankan tidak akan mempunyai apa-apa kesan tertentu. Marilah kita bersama memupuk budaya membaca sejak hari ini.

Kaitan Isu dengan Falsafah, Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Rukun Negara

Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) telah diperkenalkan dan mendatangkan perubahan yang signifikan kepada sistem pendidikan negara Malaysia. Matlamat utama FPK adalah untuk dijadikan sebagai bimbingan terhadap tindakan dan perubahan sistem pendidikan pada masa depan supaya insan yang sempurna seperti berilmu pengetahuan, berakhlak mulia dan memiliki sahsia yang seimbang dapat dilahirkan melalui sistem pendidikan yang efisien. Unsur-unsur insan yang dipentingkan dalam FPK adalah seperti unsur intelek, unsur rohani, unsur emosi dan unsur jasmani. Antaranya, budaya membaca adalah berkaitan dengan unsur intelek yang dirangkumi dalam FPK. FPK bertujuan untuk melahirkan insan yang mempunyai kemahiran asas iaitu membaca, menulis dan mengira dari segi intelek. Selain itu, insan-insan juga perlu berfikiran secara kreatif dan mempunyai ilmu yang benar. Oleh itu, budaya membaca adalah sangat penting supaya membolehkan insan-insan yang dilahirkan mempunyai kemahiran untuk memperoleh ilmu yang benar supaya mereka dapat menggunakan ilmu yang didapati dari bahan ilmiah untuk berfikir secara rasional dan kritikal. Demi membentuk budaya membaca dalam kalangan genrasi muda, pihak sekolah menyediakan suasana yang kondusif supaya dapat melahirkan pelajar-pelajar yang mencintai ilmu.

Kesimpulan

Kesimpulannya, budaya membaca telah banyak dibangkitkan namun masih perlu dipraktikkan oleh semua rakyat dari semasa hingga ke semasa. Budaya membaca hanya akan memberikan kebaikan sahaja kepada seseorang tersebut, masyarakat dan juga negara. Oleh itu, setiap rakyat ataupun individu haruslah mempunyai kesedaran tentang budaya membaca dan sentiasa mengamalkannya. Beberapa langkah juga haruslah dijalankan bagi mempraktikkan budaya membaca dalam kalangan masyarakat. Dengan ini, masyarakat dapat berpengetahuan tinggi dan manjadi seseorang yang beretika dan seterusnya negara dapat diperkembangkan.

Rujukan

1. Kamus Dewan Edisi Keempat, 2010

2. Risanur, Artikel Langkah Memupuk Amalan/Budaya Membaca, 26 Mac 2012 https://kempenbaca.wordpress.com/

3. Arthur, Beatrice. (2018). Exploring the Effects of Social Media on the Reading Culture of Students in Tamale University.

4. Boon, Yusof & Salamat, Mohd. (2010). Budaya Membaca Dalam Kalangan Pelajar – Pelajar 4 SPH Program Khas Pensiswazahan Guru Universiti Teknologi Malaysia.

5. Adnan, M.F., Hamzah, R.B., & Udin, A. (2010). Implikasi falsafah pendidikan kebangsaan dalam pendidikan teknik dan vokasional di Malaysia.

6. Tanjung, Firima Z. & Ridwan, Ridwan & Gultom, Uli. (2017). READING HABITS IN DIGITAL ERA: A RESEARCH ON THE STUDENTS IN BORNEO UNIVERSITY. LLT Journal: A Journal on Language and Language Teaching. 20. 147-157.

Refleksi Sepanjang Kursus

Melalui kursus falsafah dan isu semasa, saya telah mengenali dan memahami ilmu-ilmu falsafah. Terdapat beberapa cabang falsafah seperti falsafah teoritikal yang bertujuan untuk mencari hak kebenaran dan dibahagikan lagi kepada empat kategori iaitu metafizik yang berkaitan dengan hakikat dan kewujudan, epistimologi yang berkaitan dengan ilmu dan kebenaran, psikologi yang berkaitan dengan teori perasaan dan kecantikan serta logic dan estetika. Selain itu, terdapat juga falsafah praktikal yang bertujuan untuk mencari kebahagiaan hidup dan falsafah baru seperti falsafah teknologi dan falsafah ekologi. Falsafah-falsafah ini telah digunakan sebagai alat untuk menerapkan nilai-nilai murni kepada manusia supaya mewujudkan masyarakat yang harmoni.

Selain itu, saya juga memahami logik dan kaedah berfikir yang betul adalah diperlukan supaya dapat membezakan pemikiran yang betul dan salah serta berfikiran rasional dan benar dalam kehidupan seharian. Terdapat banyak pemikiran yang salah dan falasi disebarkan dalam masyarakat melalui media sosial kerana kemudahan untuk mengeluarkan pandangan dan menyebarkan maklumat dalam media sosial. Ilmu logik adalah sangat penting untuk saya untuk mengasingkan pemikiran yang salah, falasi dan maklumat palsu yang disebarkan secara berleluasa dalam masyarakat. Ilmu logik juga adalah penting dalam memperoleh ilmu-ilmu baharu yang tepat dengan membolehkan saya untuk berfikir secara mendalam tentang ilmu tersebut supaya dapat memastikan ilmu tersebut adalah betul atau salah. Ilmu logik dapat mengelakkan saya daripada terpengaruhi oleh maklumat palsu dengan mudah.

Kursus falsafah dan isu semasa juga merupakan satu kursus yang merangkumi hubungan ilmu falsafah dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dan Rukun Negara. Melalui kursus ini, saya telah memahami hubungan ilmu falsafah dengan FPK dan Rukun Negara yang diperkanalkan di Malaysia. Kedua-dua FPK dan Rukun Negara adalah untuk melahirkan insan yang sempurna dari segi fizikal dan mental dan ilmu falsafah dapat digunakan sebagai alat untuk menerapkan budaya pemikiran yang murni dan akhlak yang mulia dalam masyarakat terutamanya generasi muda supaya mereka dapat menjadi insan yang diperlukan oleh negara Malaysia. Oleh itu, saya sebagai seorang mahasiswa juga perlu mengaplikasi falsafah-falsafah tersebut dalam kehidupan dan pelajaran saya supaya saya dapat menjadi insan yang sempurna dari segi jasmani, rohani, emosi dan intelektual.

Tambahan pula, saya juga memahami ideologi-ideologi yang sedang mempengaruhi masyarakat pada zaman moden ini. Antara ideologi-ideologi yang mempengaruhi pemikiran masyarakat pada zaman ini adalah seperti deconstructionisme, relativisme, pluralisme dan fethishisme. Ideologi-ideologi tersebut telah mempengaruhi masyarakat dari segi pemikiran, tingkah laku, budaya dan kepercayaan serta agama. Oleh itu, memahami ideologi-ideologi tersebut adalah penting supaya saya dapat meminggirkan diri daripada ideologi-ideologi yang tidak sesuai.

Saya juga memahami kepentingan dekolonisasi dalam negara kita supaya dapat mewujudkan masyarakat tempatan yang menghayati budaya tradisional. Budaya tradisional setiap kaum di Malaysia menjadi semakin runtuh sejak Malaysia dikolonisasi sebelum merdeka kerana percampuran budaya tempatan dengan budaya negara penjajah walaupun negara Malayisa telah mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Dekolonisasi dari segi minda adalah penting untuk mengembalikan budaya dan cara hidup tradisional dalam masyarakat.

Kesimpulannya, saya telah memahami kepentingan ilmu falsafah dalam pembentukan pemikiran yang positif dan rasional serta penghasilan insan yang seimbang dan sempurna dari segi fizikal dan mental. Kita sebagai masyarakat Malaysia patut memahami ilmu falsafah supaya dapat mengaplikasi ilmu falsafah tersebut dalam kehidupan seharian agar mewujudkan masyarakat yang berilmu dan berakhlak mulia.

Proposal & Poster Projek Download

Ulasan Isu Semasa Download