Hubungan Antara Sains, Teknologi Dan Kemanusiaan

1. Maksud sains dan teknologi
Maksud Sains:
- Sains merupakan pengetahuan melalui penjelasan dan ramalan berhubung dengan alam semesta. Matlamat sains adalah untuk mengejar pengetahuan demi kepentingan sendiri.
Maksud teknologi :
- Teknologi merupakan teknik , proses atau kaedah untuk mencapai objektif seperti penyasatan sainstifik. Matlamat teknologi pula adalah untuk menghasilkan produk yang dapat menyelasaikan dan memperbaiki masalah yang dihadapi dalam kehidupan manusia.
2. Hubungan Sains dan Teknologi dengan manusia mengalami evolusi
i. Sistem imun kita akan menjadi semakin lemah kerana kebergantungan terhadap ubat- ubatan secara berterusan untuk memanjangkan kesihatan akan menyebabkan sistem imun kita kurang dilengkapi untuk menengani penyakit dengan sendirinya.
ii. Memori manusia semakin berkurang. Hal ini kerana terdapat pelbagai pengetahuan yang dapat diperoleh secara literal di hujung jari, maka tiada bebanan untuk kita menyimpan maklumat seperti yang pernah dilakukan.
iii. Kemajuan teknologi. Teknologi membantu manusia untuk menyesuaikan diri dengan alam sekitar. Kini manusia berupaya untuk hidup dalam sebarang iklim dan dibantu oleh pengangkutan untuk mengembara.
Namun, perkembangan teknologi ini juga telah menyebab kematian melalui peperangan , pencemaran alam sekitar dan penyebaran penyakit.
3. Huraian dokumantari berkenaan Sains dan Teknologi
Bersumberkan video yang telah saya lihat iaitu '(HD) Hidden Ancient Technology - Secret Science of the Gods and Atlantis' melalui link
https://m.youtube.com/watch?v=Qo5gqkkyVAE .
Berdasarkan video tersebut saya mendapat maklumat mengenai bandar terendam kuno di India iaitu Dwarka.Maharaja Krishna merupakan seorang pemimpin dan pewira di kerajaannya. Seribu tahun yang lalu,tertulis di satu kitab yang menyatakan bahawa terdapat seseorang akan berperang dengan kereta terbang. Keadaan ini hampir sama dengan piring terbang.
Selain itu, terdapat juga teks purba yang menyatakan Dwarka dibina oleh Krishna yang akhirnya dimakan oleh lautan yang menyebabkannya menjadi sebuah kerajaan bawah laut yang menghilang. Penerangan mengenai peperangan terhadap Dwarka ,teknologi kuno dan bukti kewujudan Krishna berasal daripada rujukan astronomi yang ditemui oleh Dr. Narahari Achar. Menurutnya dalam teks kuno,mesin terbang tersebut atau dikenali sebagai Vimanas ditemui di 41 tempat di Mahabhrata.
Seterusnya, menurutnya juga terdapat serangan udara oleh King Salva di Krishna ibu kota Dwarka. King Salva mempunyai mesin terbang udara yang dikenali sebagai Soba Buddhain yang datang menyerang Dwarka.Namun, pada akhirnya Maharaja Krishna menembak Soba Buddhain menyebabkannya terhempas ke laut. Vimanas mempunyai corak penerbangan yang luar biasa.Ia mempunyai keupayaan untuk muncul di beberapa tempat pada satu masa dan kembali bersatu semula dalam satu bentuk. Ia didapati mempunyai kebolehan yang tentera modern ingin cipta iaitu kebolehan untuk menipu pasukan pertahanan negara untuk berfikir bahawa mereka diserang oleh pesawat terbang yang banyak dan berbeza , sedangkan mereka hanya diserang oleh satu pesawat sahaja. Hal ini mengelirukan sistem pengesan pada radar.
Justeru melalui video ini dapat disimpulkan bahawa terdapat banyak tempat yang mempunyai sejarah purba dan Dwarka hanyalah sebahagian kecil daripadanya. Sejarah purba ini mempunyai kebenaran yang kita perlukan dimana pengetahuan yang diperoleh pada zaman purba dahulu boleh digunakan untuk masa depan kita. Masih terdapat banyak ilmu yang diketahui oleh masyarakat zaman purba dahulu yang kita tidak dapat rungkaikan sehingga kini. Mereka dapat membina banyak bangunan yang maju dan mengetahui ilmu astrologi dengan telitinya. Justeru, nampaknya masih terdapat pelbagai teknologi yang mereka miliki yang tidak dapat kita tiru pada masa kini.
Oleh itu, kita haruslah meneruskan kajian ini agar dapat merungkai segala misteri yang terkandung pada zaman purba dahulu. Hal ini kerana pengetahuan zaman purba tersebut berkait dengan masa depan dimana ilmu mereka boleh dijadikan sumber untuk pembangunan sesebuah negara yang lebih maju.