Year 2

Tanggapan Tentang Kursus Pemikiran Sains Teknologi

1500607641-soshum-sai.jpg.2

 

Kandungan utama

Mengenai kandungan utama kursus ini, saya berpendapat bahawa kursus ini membicarakan tentang perkembangan sains dan teknologi bermula zaman dahulu sehingga sekarang. Kursus ini juga melibatkan pandangan masyarakat terhadap ilmu.
Kursus ini juga menjelaskan tentang perubahan nilai dan etika masyarakat kesan perkembangan sains dan teknologi.


Relevansi dengan bidang pengajian

Saya merupakan pelajar jurusan keselamatan dan rangkaian komputer. Saya beranggapan bahawa kursus ini sangat relevan dengan jurusan saya kerana pada era ini ramai masyarakat yang telah menyalahgunakan teknologi seperti computer. Terdapat ramai 'hackers' yang menyusup masuk ke pangkalan data dan mecuri maklumat untuk kepentingan diri mereka. Oleh itu, melalui kursus ini kita dapat mempelajari tentang etika dan nilai yg perlu dipraktikkan dalam kehidupan supaya perkara ini tidak berleluasa.


Jangkaan manfaat

Manfaat daripada kursus ini ialah kita dapat memahami tentang sejarah pekembangan sains dan teknologi. Kita dapat mengenali ramai tokoh-tokoh yang mengembangkan ilmu bagi memajukan sesebuah kerajaan.
Kita juga mendapat iktibar untuk menggunakan teknologi dengan efisien dan dengan cara yang betul.

 

Komitmen dan sumbangan

Sumbangan khursus ini sangatlah banyak. Melalui khursus ini kita dapat melahirkan pelajar yang beretika dan mencintai ilmu. Kita juga dapat melahirkan insan yang berfikiran rasional dan kritis. Perkembangan sains dan teknologi bukanlah alasan untuk kita meninggalkan agama.

Comments

AMLI OMAR BIN ISMAIL
05 December 2019, 6:10 AM

great content, saya pun ambil course ni juga.

1 comment