Tugasan E-Portfolio 2
NAMA: NAJLA ALIYAH BINTI EHWAN
JURUSAN: IJAZAH SARJANA MUDA PSIKOLOGI DENGAN PEMBANGUNAN MANUSIA (1 SHMY)
SUBJEK: UHIT 2302 SEKSYEN 42
1. Maksud Sains dan Teknologi.
Perkataan Sains berasal daripada bahasa Latin iaitu Scinetia yang bermaksud mendapatkan ilmu atau maklumat. Seperti mendapatkan maklumat yang lain, sains bermula dengan pengalaman dan kemudiannya mendapatkan fakta dan peraturan daripadanya. Sains bertujuan untuk memahami dunia di sekeliling kita. Seterusnya, teknologi adalah kaedah saintifik untuk mencapai tujuan praktikal. Ilmu pengetahuan terapan dapat diterjemahkan sebagai keseluruhan cara untuk menyediakan peralatan yang diperlukan bagi kelangsungan dan keselesaan hidup manusia. Secara ringkas, sains dan teknologi berkait rapat untuk kemudahan manusia.
2. Hubungan Sains dan Teknologi Dengan Manusia Mengalami Evolusi.
Perkembangan sains dalam tamadun Islam berlaku sejak abad ke-8 Masihi sehingga abad ke-15 Masihi berteraskan agama sebagai dasar falsafah sainsnya. Kekuatan rohani dan material yang ada pada Islam telah menyebabkan sains Islam mencapai tahap kecemerlangan sains yang sangat tinggi dalam pelbagai bidang. Penggunaan al-Quran yang merupakan sumber utama tamadun Islam banyak mengandungi maklumat-maklumat tentang kajian Sains yang telah membantu para cendekiawan Islam untuk mengembangkan kajian bidang Sains. Seabagi contoh, pembangunan ilmu kaji bintang dan ilmu falak oleh Al-Khawarizmi memberi sumbangan besar terhadap kemajuan dalam bidang sains astronomi. Hasil kerjaya beliau turut meliputi kerja-kerja berkaitan dengan jam, alat yang menunjukkan waktu dengan bayangan matahari serta alat kaji bintang. Beliau banyak menghasilkan karya astronomi dan diterjemahkan ke pelbagai bahasa asing. antaranya Kitab al-Tarikh dan Kitab al-Rukhmat (buku berkenaan alat yang menunjukkan waktu dengan baay arragan matahari). Khalifah al-Makmum telah melantik al-Khawarizmi sebagai penasihat astronomi dan bertugas di balai cerap yang didirikan oleh baginda di Baghdad.
3. Huraian Tentang Dokumentari Berkenaan Sains Teknologi.
Saya telah memilih untuk menonton dokumentari yang bertajuk BBC Science Documentary Ancient Egyptian Technology History Education Science 2015 HD.
Dokumentari ini mengisahkan tentang penguasaan tekonologi oleh masyarakat Mesir pada zaman dahulu iaitu teknologi piramid yang dikenali sebagai 'Great Pyramid of Giza'. Menurut para saintis, kira-kira 20,000 orang pekerja telah digunakan untuk membina piramid ini. Tempoh masa pembinaannya pula mengambil masa selama 20 tahun. Piramid yang dibina ini menggunakan bongkahan batu yang sangat besar dan berat iaitu 2.3 juta bongkah batu di mana ianya seberat 2.5 hingga 15 tan setiap satunya. Kedudukan piramid ini adalah berpandukan kedudukan bintang di langit dengan mempunyai 8 bucu. Ahli arkeologi menemui keranda Firaun di dalam piramid ini yang menimbulkan persoalan bagaimana keranda sebesar dan seberat 3.57 tan boleh dibawa masuk ke dalam piramid tersebut.
Ciri-ciri piramid ini yang dijelaskan dalam dokumentari membuktikan kemajuan teknologi kejuruteraan pada zaman dahulu. Tanpa penemuan baru seperti alatan yang digunakan dan catatan purba mengenainya membuatkan teknologi kejuruteraan yang membina piramid masih menjadi misteri yang sukar dirungkai.