UHIT-2302 Pemikiran Sains dan Teknologi

Tanggapan Terhadap Pemikiran Sains dan Teknologi

Tanggapan saya terhadap kursus Pemikiran Sains Teknologi dari sudut:

1. Kandungan Utama

Kursus ini menekankan sains dan teknologi dalam aspek kehidupan. Kandungan kursus ini lengkap dan jelas mengenai perkembangan pemikiran sains dan teknologi dalam kehidupan manusia sejak zaman klasik sehingga kini. Perkara yang difokuskan adalah berkaitan dengan ekosistem pemikiran saintifik yang merangkumi aspek hubungan antara manusia dan agama, kepentingan sistem nilai dan etika, serta peranan sains dalam kehidupan. Selain itu, terdapat analisis yang dibuat semasa transformasi dan inovasi yang berlaku dalam pemikiran sains dan teknologi terutamanya dari zaman kegemilangan islam yang dilakukan oleh para saintis islam dari Barat suatu ketika dahulu. Sebagai contoh, perkembangan teknologi yang semakin moden telah membuat perubahan evolusi pengangkutan dari zaman klasik sehinggalah kini yang mendatangkan manfaat kepada masyarakat.

2. Relevansi dengan Bidang Pengajian

Kursus ini adalah relevan dengan bidang pengajian yang saya ambil iaitu Psikologi dengan Pembangunan Sumber Manusia. Hal ini dikatakan demikian kerana bidang psikologi merupakan kajian yang dilakukan terhadap tingkah laku dan proses mental manusia. Pemikiran Sains dan Teknologi pula merangkumi aspek sains dan teknologi dalam peradaban manusia sejak zaman klasik sehingga zaman kini. Kedua-duanya sangat berkait rapat dan memainkan peranan yang penting dalam kehidupan manusia.

3. Jangkaan Manfaat

Pelbagai manfaat yang diperoleh melalui kursus ini antaranya ialah kita dapat mengetahui perkembangan sains dan teknologi berkait rapat dengan islam kerana ramai tokoh-tokoh islam pada zaman dahulu yang menguasai ilmu dan teori sains seperti Ibn Sina. Ini menunjukkan dengan jelas bahawa agama tidak menjadi penghalang kepada perkembangan sains dan teknologi. Selain itu, perkembangan sains dan teknologi meningkatkan produktiviti dalam semua industri di negara ini.

4. Komitmen dan Sumbangan

Melalui kursus Pemikiran Sains Teknologi yang saya pelajari, ilmu yang telah saya peroleh akan dipraktikkan dalam kehidupan seharian untuk memudahkan tugasan yang perlu dilaksanakan. Kemunculan pelbagai teknologi baru akan saya pergunakan dengan sebaik-baiknya dalam kegunaan seharian.