UHIT2302-34 PEMIKIRAN SAINS DAN TEKNOLOGI (SCIENCE AND TECHNOLOGY THINKING)

Tanggapan terhadap kursus Pemikiran Sains dan Teknologi

Text

Pada pandangan saya, kursus Pemikiran Sains dan Teknologi ini amat bermanfaat kepada mahasiswa era sekarang. Hal ini kerana subjek ini menceritakan proses pemikiran manusia sepanjang zaman, yang dapat memberitahu pengaruh doktrin terhadap pembentukan idea. Hal ini dibuktikan oleh zaman Renaissance, di mana pengaruh agama telah memberi motivasi terhadap artis dan saintis pada zaman itu untuk melahirkan lukiasan dan ciptaan unik dan baharu. Selain itu, kursus ini akan memberi perspektif moral dalam pengajian kami di UTM. Kursus ini amt relevan, terutama pada era ini, kerana penggunaan komputer pada masa ini perlu turut disertai dengan etika dan niat yang baik. Tanpa subjek ini, pengaruh positif dalam penggunaan teknologi dalam kehidupan seharian mungkin akan lenyap. Oleh itu, pembelajaran kursus ini akan dijangka memberi para graduan kemampuan untuk berinovasi disamping mengambil kira kesan barangan yang dihasilkan, sama ada ia bermanfaat kepada manusia sejagat ataupun tidak. Sehubungan dengan itu, sebagai mahasiswa UTM kita seharuslah tidak memandang remeh akan kursus ini kerana manfaat yang boleh didapati itu lebih tersirat berbanding subjek lain dalam senarai kursus yang diberikan oleh UTM.

Pensyarah Kursus

Details

Pensyarah ini baik.

Beliau seseorang yang amat berpengalaman dan peramah. Dr Aminuddin amat berdedikasi dalam pengajaran dan pengajaran, selalu menceritakan perjalanan hidupnya di samping mengaitkan pengalaman dunia sebenar dengan prinsip theoritikal dalam kursus ini.