UHIT2302-38 PEMIKIRAN SAINS DAN TEKNOLOGI (SCIENCE AND TECHNOLOGY THINKING)

Tugasan Eportfolio 1

Tugasan Eportfolio 1

 

Tarikh Hantar: 15 November 2019

Disediakan oleh: Muhammad 'Afif Azhan bin Mohd Ismail

Berikut merupakan tugasan eportfolio 1 dalam kursus Pemikiran Sains dan Teknologi:

Apakah tanggapan anda terhadap kursus Pemikiran Sains Teknologi dari sudut:

1. Kandungan utama

2. Relevansi dengan bidang pengajian

3. Jangkaan manfaat

4. Komitmen dan sumbangan

 

Details

Kandungan utama

Pada tanggapan saya, kursus Pemikiran Sains Teknologi akan mengajarkan kami akan bagaimana berlakunya perkembangan ilmu dan pemikiran sains dan teknologi dari masa dahulu sehinggalah masa sekarang. Selain itu, kursus ini juga akan menceritakan tentang hubungan adab dan etika dalam perkembangan teknologi pada zaman sekarang. Hal ini mengingatkan saya kepada antara kata-kata Mahatma Gandhi di mana, beliau berkata sains tanpa kemanusiaan akan membawa kebinasaan yang besar terhadap dunia ini. Akhir sekali, kursus ini juga menekankan cara penyelesaian holistik terhadap isu-isu semasa seiring dengan menginsankan sains dan teknologi.

Relevansi dengan bidang pengajian

Pada pendapat saya, kursus ini amatlah relevan dan penting dalam bidang pengajian iaitu Network and Computer Security ini. Hal ini disebabkan oleh adab dan etika hendaklah sentiasa dipupuk dalam diri para pelajar bagi mewujudkan pelajar yang berfikiran matang daan professional. Dengan adanyaadab dan etika, pelajar akan berusaha untuk memajukan bidang sains dan teknologi bagi menyelesaikan masalah pada zaman akan datang, dan bukannya untuk kepentingan sendiri. 

Jangkaan manfaat

Antara manfaat mempelajari kursus Pemikiran Sains Teknologi ini adalah kita dapat mengetahui bagaimana berlakunya perkembangan ilmu sains dan teknologi pada masa dahulu sehinggalah masa sekarang.Dengan mengetahui sejarah silam, kita dapat mempelajari cara yang relevan untuk menimba ilmu bagi mencapai kemajuan contohnya pada zaman kegemilangan Islam dan zaman Renaissance. Di samping itu, kita juga dapat mengetahui perkara yang perlu dielakkan yang mampu mengakibat kemunduran kepada sesuatu negara.Seterusnya, manfaat yang dapat diperoleh adalah mempelajari adab dan etika yang seharusnya diamalkan semasa menimba ilmu.

Komitmen dan sumbangan

Saya berazam untuk memberikan sepenuh tumpuan di dalam kelas bagi memahami sepenuhnya segala yang berkaitan dengan kursus ini. Saya akan cuba mendapatkan keputusan yang baik dalam kuiz dan peperiksaan sebagai tanda cinta saya terhadap kursus ini. Selain itu, saya akan memberi sepenuh komitmen dalam menyelesaikan segala tugasan yang diberikan oleh Dr Sulaiman dengan penuh keikhlasan dan berkualiti. Saya berharap bahawa ilmu yang diperoleh dalam kursus ini dapat memacu pemikiran saya agar lebih berfikir secara holistik dan menyeluruh dalam mencapai kejayaan dan kemajuan dalam ilmu sains dan teknologi.