Refleksi
Antara manfaat mempelajari kursus Pemikiran Sains Teknologi ini adalah kita dapat mengetahui bagaimana berlakunya perkembangan ilmu sains dan teknologi pada masa dahulu sehinggalah masa sekarang.Dengan mengetahui sejarah silam, kita dapat mempelajari cara yang relevan untuk menimba ilmu bagi mencapai kemajuan contohnya pada zaman kegemilangan Islam dan zaman Renaissance. Di samping itu, kita juga dapat mengetahui perkara yang perlu dielakkan yang mampu mengakibat kemunduran kepada sesuatu negara.Seterusnya, manfaat yang dapat diperoleh adalah mempelajari adab dan etika yang seharusnya diamalkan semasa menimba ilmu.
Saya berazam untuk memberikan sepenuh tumpuan di dalam kelas bagi memahami sepenuhnya segala yang berkaitan dengan kursus ini. Saya akan cuba mendapatkan keputusan yang baik dalam kuiz dan peperiksaan sebagai tanda cinta saya terhadap kursus ini. Selain itu, saya akan memberi sepenuh komitmen dalam menyelesaikan segala tugasan yang diberikan oleh Dr Sulaiman dengan penuh keikhlasan dan berkualiti. Saya berharap bahawa ilmu yang diperoleh dalam kursus ini dapat memacu pemikiran saya agar lebih berfikir secara holistik dan menyeluruh dalam mencapai kejayaan dan kemajuan dalam ilmu sains dan teknologi.