Tugasan Eportfolio 2
                
            
            
        
    
    Tugasan Portfolio 2
Pensyarah : Dr Sulaiman bin Kadikon
Tarikh Hantar : 15 Disember 2019
Disediakan oleh: Muhammad 'Afif Azhan bin Mohd Ismail
            
            
                1. Jelaskan maksud sains dan teknologi
                
            
            
        
    
    Sains adalah satu idea ataupun cara di mana sesuatu pengetahuan itu diperoleh dengan kaedah penerangan dan eksperimen bagi mengetahui tentang kejadian alam semulajadi dan alam semesta.
Teknologi pula adalah penggunaan ataupun suatu aplikasi ilmu saintifik untuk tujuan tertentu. Contohnya, ilmu fizik digunakan untuk pembuatan mesin adalah contoh teknologi, di mana ia digunakan untuk memudahkan tugasan harian.
Dengan ini, kita dapat lihat bahawa sains dan teknologi ini amatlah berkait rapat dan amatlah penting untuk dimajukan agar dapat membina kehidupan yang lebih mudah dan selesa.
            
            
                2. Jelaskan hubungan antara sains dan teknologi dengan manusia yang mengalami evolusi
                
            
            
        
    
    Seperti yang kita tahu, pada manusia telah mengalami pelbagai jenis evolusi di mana pada awalnya hanyalah menggunakan alat batu-batuan untuk melakukan pekerjaan harian. Pada zaman sekarang, pekerjaan manusia dapat diringankan dengan adanya pelbagai jenis teknologi dan mesin untuk membantu kita. Dengan adanya teknologi, perlakuan dan cara hidup manusia telah sedikit sebanyak berubah.
Contohnya, dengan adanya teknologi, cara berkomunikasi antara satu sama lain kini lebih mudah pada zaman sekarang berbanding zaman dahulu dengan adanya kewujudan telefon bimbit. Kini, kita tidak perlu lagi menggunakan kaedah tradisional iaitu kaedah surat-menyurat ataupun kaedah burung merpati yang mengambil masa yang lama untuk diterima. Selain itu, dengan kewujudan Internet dan media sosial, maklumat dapat didapati oleh sesiapa pun di mana-mana dan pada bila-bila masa sahaja. Hal ini menggantikan cara orang zaman dahulu yang hanyalah bergantung kepada para pedagang untuk mendapat tahu berita tentang negara luar.
Namun, walaupun teknologi amatlah berguna dalam kehidupan manusia, ada juga individu yang menggunakan kemudahan ini untuk menganiaya orang lain dan untuk kepentingan diri sendiri. Contohnya, pada zaman ini, sesiapa sahaja boleh menyebarkan berita palsu tentang orang lain. Hal ini boleh menimbulkan kekecohan dalam kalangan masyarakat di samping menyebabkan reputasi seseorang akan tercemar.
Oleh itu, kita dapat simpulkan bahawa teknologi ini sebenarnya amatlah berguna untuk manusia tetapi hendaklah dipatuhi nilai dan etikanya. Jadi, marilah kita berusaha untuk membaiki diri kita agar tidak menggunakan teknologi terkini untuk melakukan kehancuran terhadap diri dan orang sekeliling kita.
            
            
                3. Dokumentari Hidden Ancient Technology - Secret Science of the Gods and Atlantis - Rediscovered History
                
            
            
        
    
                                                                                                                                          
Dokumentari ini menceritakan tentang sebuah misteri yang mengaitkan dengan bandar tenggelam yang dipanggil sebagai Dwarka, sebuah kota yang dibina oleh Raja Krishna. Kota ini juga dikenali sebagai bandar Atlantis Timur. Amish Shah, seorang pengembara bertindak untuk pergi ke bandar tersebut bagi mendapat penjelasan yang lebih terperinci. Beliau telah menyatakan bahawa kerajaan India telah bertindak untuk mengkaji mengenai bandar tenggelam tersebut, namun terhenti atas sebab yang tidak diketahui.
Dalam dokumentari tersebut, terdapat banyak misteri yang tidak dapat dirungkaikan. Contohnya, dalam kitab Mahabrata telah menyatakan bahawa bandar ini telah diserang oleh Raja Salva iaitu musuh mereka. Apa yang mengejutkan adalah kitab ini menyatakan bahawa Raja Salva mempunyai sebuah kapal terbang perang bernama Saubha Vimana. Selain itu, dalam dokumentari tersebut juga menceritakan Raja Salva menggunakan sebuah senjata yang amat kuat melalui serangan udara yang menghasilkan bunyi dan cahaya yang kuat, seakan-akan sebuah roket. Selain itu, terdapat juga gambar-gambar keindahan kota Dwarka ini dalam kita tersebut.
Hal ini amatlah menimbulkan persoalan dalam diri saya akan adakah zaman dahulu merupakan zaman yang lebih maju daripada zaman sekarang. Mungkinkah, sebenarnya kita menganggap diri kita yang moden pada zaman kini, sebenarnya lebih mundur daripada mereka ratusan tahun dahulu? Selain itu, saya juga tertanya-tanya akan kewujudan teknologi apakah yang telah wujud pada zaman dahulu sehingga mereka dapat membina bangunan-bangunan yang pelbagai bentuk dan tinggi seperti kota Dwarka dan Piramid Giza itu?
Oleh itu, saya berharap agar misteri ini dapat dirungkai pada masa hadapan agar kita dapat mengetahui rahsia kejayaan kerajaan-kerajaan zaman dalam bidang teknologi dan seni bina.